You are on page 1of 7

Nisbah Keemasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Untuk the Ace of Base album, sila lihat The Golden Ratio (album).

Seksyen keemasan ialah satu temberang garisan yang dibahagikan menurut nisbah keemasan: Panjang keseluruhan a + b is to the length of the longer segment a as the length of a is to the length of the shorter segment b. Dalam matematik dan seni, dua kuantiti berada dalam nisbah keemasan sekiranya nisbah hasil tambah kuantiti-kuantiti itu kepada kuantiti yang lebih besar adalah setara dengan nisbah kuantiti yang lebih besar kepada kuantiti yang lebih kecil. Nisbah keemasan adalah pemalar matematik tak nisbah, bernilai lebih kurang 1.6180339887.[1] Sebutan lain yang sering digunakan untuk nisbah keemasan adalah seksyen keemasan (Latin: sectio aurea) dan purata keemasan.[2][3][4] Istilah lain yang biasa ditemui termasuklah nisbah lampau dan purata,[5] seksyen pertengahan, perkadaran Ilahi, seksyen Ilahi (Latin: sectio divina), perkadaran keemasan, potongan keemasan,[6] nombor keemasan, dan purata Phidias.[7][8][9] Dalam rencana ini, nisbah keemasan diwakili oleh huruf kecil Yunani, phi ( , diwakili oleh huruf besar Phi, ( ). Rajah di sebelah kanan menunjukkan hubungan geometri yang mentakrifkan pemalar ini. Secara algebra diungkapkan sebagai: ) , manakala angka silangannya atau

Persamaan ini mempunyai satu penyelesaian positif dalam nombor tak nisbah algebra:

[1]

Sekurang-kurangnya sejak Renaissance, ramai artis dan arkitek menyeimbangkan karya-karya mereka kira-kira pada nisbah keemasan-terutamanya dalam bentuk segi empat tepat keemasan, yang nisbah sisi yang lebih panjang pada yang lebih pendek adalah nisbah keemasan- dengan

memercayai perkadaran ini memberikan kesenangan estetik. Ahli matematik telah mengkaji nisbah keemasan kerana sifat-sifatnya unik dan menarik.

Binaan sebuah segi empat tepat keemasan: 1. Bina sebuah segi empat unit (merah). 2. Lukis satu garisan dari titik tengah satu sisi ke sudut yang bertentangan. 3. Guna garisan tersebut sebagai jejari untuk melukis satu lengkok yang menentukan dimensi panjang segi empat tepat itu.

Satu segi empat tepat keemasan dengan sisi yang lebih panjang a dan sisi yang lebih pendek b, apabila diletakkan bersebelahan dengan satu segi empat yang kesemua sisinya dengan kepanjangan a, akan menghasilkan satu segi empat tepat keemasan serupa dengan sisi yang lebih panjang a + b dan sisi yang lebih pendek a. Ini menunjukkan hubungan

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Pengiraan

2 Sejarah o 2.1 Garis masa 3 Rujukan dan notakaki 4 Pautan luar

Pengiraan
Templat:Nombor tak nisbah Perduaan 1.1001111000110111011 Perpuluhan 1.6180339887498948482 Perenambelasan 1.9E3779B97F4A7C15F39

Pecahan bersambungan

Bentuk algebra Siri tak terhingga Dua kuantiti a dan b dapat dikatakan berada dalam nisbah keemasan jika:

Persamaan ini dengan jelas mentakrifkan .

Pecahan di sebelah kiri dapat dialih kepada: Pendaraban dengan menghasilkan

yang dapat disusun semula menjadi

Satu-satunya penyelesaian positif bagi persamaan kuadratik ini ialah

[sunting] Sejarah

Ahli matematik Mark Barr telah mencadangkan penggunaan huruf pertama bagi nama pengarca Yunani Phidias, phi, untuk mewakili nisbah keemasan. Kebiasaannya, huruf kecil () yang digunakan. Kadang-kala huruf besar () digunakan bagi angka silangan nisbah keemasan, 1/.[10] Nisbah keemasan telah mempesonakan intektual Barat dari pelbagai minat untuk sekurangkurangan 2400 tahun. Menurut Mario Livio: Beberapa pemikir matematik terhebat dalam semua zaman, daripada Pythagoras dan Euclid pada zaman Yunani Purba, melalui ahli matematik Itali Zaman Pertengahan Leonardo of Pisa dan ahli astronomi Renaissance Roger Penrose, telah menghabiskan masa yang panjang semata-mata mengkaji nisbah yang ringkas ini dan sifat-sifatnya. Tetapi pesona terhadap Nisbah Keemasan tidak terhad kepada ahli matematik sahaja. Ahli biologi, pelukis, pemuzik; ahli sejarah, arkitek, ahli psikologi, malahan pengamal ilmu mistik turut memikir dan memperkatakan asas keberadaan dan daya tarikannya. Memang benar, adalah adil untuk mengatakan bahawa Nisbah Keemasan telah memberi inspirasi kepada para pemikir dalam semua disiplin berbanding nombor lain dalam sejarah matematik. [11] Ahli-ahli matematik Yunani Purba adalah yang pertama mengkaji apa yang kita panggil nisbah keemasan kerana kerap muncul dalam geometri. Pembahagian satu garisan kepada "nisbah yang lampau dan purata" (seksyen keemasan) adalah penting dalam geometri pentagram dan pentagon tetap. Orang Yunani lazimnya mengaitkan penemuan konsep ini dengan Pythagoras atau para pengikutnya. Pentagram tetap yang mmepunyai satu pentagon tetap yang tertera di dalamnya merupakan simbol pengikut Pythagoras. Elements (bahasa Yunani: ) karangan Euclid memberikan takrifan bertulis yang pertama mengenai apa yang kini dinamakan sebagai nisbah keemasan: "Satu garisan lurus dikatakan terpotong dalam nisbah lampau dan purata apabila keseluruhan garisan itu pada bahagian yang lebih besar, begitu juga yang lebih besar pada yang kurang."[5] Euclid menjelaskan binaan bagi pemotongan (pembahagian) satu garisan " dalam nisbah yang lampau dan purata", yakni nisbah keemasan.[12] Di serata tempat dalam Elements, beberapa dalil (teorem dalam istilah moden) dan

pembuktiannya menggunakan nisbah keemasan.[13] Sebahagian dalil-dalil ini menunjukkan bahawa nisbah keemasan adalah nombor tak nisbah. "Nisbah lampau dan purata" merupakan istilah utama yang digunakan dari kurun ke-3 SM[5] hingga kurun ke-18 M. Sejarah moden nisbah keemasan bermula dengan De divina proportione tulisan Luca Pacioli pada tahun 1509, yang memukau ramai pelukis, arkitek, ahli sains, dan ahli mistik dengan sifatsifat nisbah keemasan.

Michael Maestlin, orang pertama yang menerbitkan anggaran perpuluhan nisbah keemasan pada tahun 1597. Anggaran pertama yang diketahui mengenai (angka silangan) nisbah keemasan dengan pecahan perpuluhan, dinyatakan sebagai "kira-kira 0.6180340," telah ditulis pada tahun 1597 oleh Michael Maestlin dari University of Tbingen di dalam sepucuk surat kepada bekas pelajarnya Johannes Kepler.[14] Sejak kurun ke-20, nisbah keemasan telah diwakili oleh abjad Yunani atau (phi, bersempena Phidias, seorang pengarca yang dikatakan telah menggunakannya) atau kurang lazim oleh (tau, huruf pertama Yunani Purba kata akar yang bererti potong).[2][15]

Golden section merupakan satu nombor yang tidak terhingga 1.61803...... . Nisbah ini telah ditemui sejak sebelum masihi lagi apabila Euclid (300SM) telah berjaya mempelopori bidang Geometri dan berjaya mencetuskan idea penemuan Golden Section. Walaupun pada masa itu ia tidak dikenali sebagai Golden section namun konsep yang diperkenalkan tetap sama. Golden Section bukan sahaja banyak digunakan dalam matematik malahan ia juga banyak diaplikasikan dalam bidang kesenian dan alam semula jadi. Tentu anda semua mengenali lukisan Mona Lisa yang sangat terkenal dengan kehalusan seninya sentuhan pelukis terkenal Leonardo da Vinci. Hari ini, Mona Lisa masih merupakan antara lukisan terbaik dalam sejarah seni lukis. Namun tahukah anda da Vinci telah mengapliksikan teori Golden Section dalam hasil karya agung beliau, Mona Lisa?

Bagaimana Golden Section di aplikasikan oleh da Vinci dalam Mona Lisa?? Cuba anda semua perhatikan lukisan Mona Lisa di bawah....

Monalisa masih menjadi antara lukisan paling istimewa dalam sejarah seni lukis

Daripada gambar di atas, jelas menunjukkan beberapa aplikasi golden section dalam seni lukisan da vinci. Antaranya ialah:

Jarak di antara pangkal leher ke pusat anak mata Mona Lisa dan dari pangkal leher ke bahagian atas dahi. Jarak di antara bahagian kanan muka ke bahagian kanan pumcak hidung dan tinggi muka dari titiik tersebut. Jarak antara bawah dagu ke bawah bibir dan dari bawah dagu ke bawah hidung

You might also like