You are on page 1of 3

REFLEKSI

Semasa menjalankan tugas kerja kursus pendek ini, saya

telah

membuat kajian berkaitan teori Pembelajaran Sains Kanak-kanak.Banyak maklumat yang saya perolehi hasil membuat tugasan ini khususnya tentang perkembangan manusia,kelakuan manusia dan cara berhadapan dengan masalah. Dari peringkat awal, saya menghadapi masalah untuk mencari rujukan .Jadi saya kedai buku untuk mencari bahan rujuk yang sesuai untuk saya belajar dan sebagai bahan rujukan.Saya turut mengunjungi perpustakaan awam di Serian untuk mencari bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Kadang-kadang berlaku situasi kesukaran memilih bahan rujukan yang betul dan sesuai.Saya turut bertanya dengan rakan sekuliah dan rakan dari pengajian Sains lain untuk mendapat maklumat serta pendapat mereka.Disini saya dapati perbincangan dan perkongsian maklumat bersama rakan amat penting kerana tegur membina amat diperlukan pada peringkat ini agar apa yang dibuat tidak keluar tajuk. Keadaan agak rumit bagi saya kerana saya bekerja, bekeluarga dan sedang membuat rumah di kampung.Setiap hari saya akan membahagi

jadual harian saya pada tiga bahagian.Waktu pagi saya akan bekerja di sekolah,lepas balik dari sekolah saya akan membantu kerja membuat rumah emak saya di kampung dan pada sebelah malam selepas anak kecil saya tidur barulah saya berpeluang untuk belajar dan membuat kerja kursus.Ada masanya saya amat tertekan dengan kerja, tugas dan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan. Ada juga perkara yang terpaksa saya korbankan demi

mengikuti kursus ini.Saya dapati kesabaran dan kepercayaan kita amat memainkan peranan dalam situasi begini. Dengan tekanan yang dihadapi saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang dan sentiasa berdoa agar Tuhan memberi kekuatan dan semangat kepada saya agar saya dapat bertahan dan menamatkan kursus ini dengan jayanya. Saya juga menghadapi sedikit kesulitan dalam memilih dan

mendapatkan sumber-sumber dan dapatan kajian kerana bahan rujukan masih banyak dalam Bahasa Inggeris. Saya terpaksa membaca bahan rujukan secara berulang dan bertanya kepada rakan yang baik dalam Bahasa Inggeris.Saya juga menggunakan masa yang panjang untuk meneliti fakta serta huraian berkaitan tugasan. Maka saya mengambil inisiatif dengan

mencari bahan kajian di luar waktu belajar jika ada kelapangan waktu. Proses ini mengambil masa kerana saya perlu mencari bahan tersebut dengan teliti supaya ianya bertepatan dengan kehendak tugasan yang diberi. Kemahiran ICT saya juga terhad.Dengan ini saya sentiasa bertanya dengan rakan yang lebih masih dalam ICT.Kadang-kadang amat melucukan apabila benda yang mudah pun terkial-kial hendak dibuat.Namun saya terus bertanya dan bertanya agar segala masalah yang dihadapi dapat diatasi segera.Saya turut membeli sebuah komputer riba dan mesin pencetak sebagai kelengkapan untuk membuat tugasan. Atas sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan pensyarah.Saya berjaya memanfaatkan peluang yang ada untuk melengkapkan tugasan dengan membuat beberapa metod

kajian seperti pemerhatian, membuat salinan peribadi,membuat catatan nota tambahan, soal selidik, kolaborasi dan sebagainya. Saya turut belajar mengurus masa walaupun dibebani tugas sekolah, tanggungjawab ke atas keluarga dan kerja kursus yang hendak dibuat.Saya turut belajar menyerap tekanan yang ada dan belatih berfikiran positif serta mencuba pada tahap termampu.Saya dapati tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan asalkan kita berusaha,bersabar dan berdoa agar segala cabaran diatasi satu persatu. Kesimpulannya, hari makin hari saya dapat mematangkan diri dengan segala tekankan yang dihadapi.Saya percaya usaha saya akan membuahkan hasil pada satu hari nanti.Pembikinan kerja kursus pendek ini, membolehkan memahami dan menghubungkaitkan teori perbelajaran Sains kanak-kanak dan tugas harian saya di sekolah. Saya juga berasa lebih yakin untuk melakukan pengajaran yang berkesan kerana saya telah mengetahui segala aspek yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, ia akan menjadi satu kelebihan kepada saya di sekolah nanti.

You might also like