You are on page 1of 3

Brain Development in Young Children

Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak merupakan waktu


di mana perkembangan otak berlaku dengan pesat. Walaupun
perkembangan otak terus berlaku selepas itu tetapi tiga tahun
pertama merupakan waktu yang paling kritikal. Ketika ini otak lebih
fleksibel dan bersedia untuk mempelajari sesuatu. Berat otak bayi
ketika dilahirkan ialah 25% daripada berat otak orang dewasa. Ketika
mencapai usia 3 tahun, otak bayi telah berkembang menjadi berjuta-
juta sel (yang terdiri dari neurons dan sel-sel otak yang lain). Sel-sel
ini kemudiannya bercantum untuk membentuk berjuta-juta “jalinan”
(synapses). Jalinan antara sel ini kemudian membentuk pusat
kawalan yang kompleks bagi perkembangan mental, emosi, fizikal
dan spiritual.

Pengalaman-pengalaman awal, samada positif atau negatif yang


dialami oleh bayi dan kanak-kanak mempunyai kesan terhadap
pembentukan “jalinan” sel-sel otak. Otak beroperasi dengan
menggunakan perinsip “use it or lose it”. Hanya jalinan sel-sel yang
sentiasa digunakan sahaja yang kekal. Perkembangan bahasa
merupakan satu contoh terbaik untuk menunjukkan otak beroperasi
mengikut perinsip tersebut. Pada usia 3 bulan, otak bayi berupaya
membezakan pelbagai bunyi percakapan. Beberapa bulan selepas itu,
otak mula belajar mengenali bunyi yang didengarinya. Pada
peringkat awal, otak bayi mampu menyimpan bunyi yang pernah
didengarinya. Sebagai analogy, bayangkan kita membuang sesuatu
dokumen ke dalam “trash” di dalam komputer. Kita berupaya
mencari semula dokumen tersebut selagi dokumen tersebut tidak
dibuang terus dari komputer. Ini juga menerangkan mengapa kanak-
kanak lebih mudah mempelajari pelbagai bahasa selain dari bahasa
ibunda. Pada umur 10 tahun kebolehan ini semakin berkurangan dan
jika masih tidak digunakan ia akan terus hilang. Kanak-kanak yang
berumur 10 tahun ke atas masih mampu mempelajari bahasa asing
tetapi memerlukan usaha yang lebih. Kita boleh bayangkan ketika
berusia seperti kita, mampukah kita mempelajari bahasa asing
dengan mudah semudah kanak-kanak di bawah usia 10 tahun?

Oleh kerana perkembangan otak bayi berkembang dengan aktif dan


bayi pula sentiasa berada bersama ibubapa pada peringkat awal,
maka tidak hairanlah ibubapa mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap perkembangan mereka. Sentuhan, pendengaran dan semua
benda yang dilihat dan dihidu oleh bayi membantu pembentukan
jalinan sel-sel otak. Sebab itulah ibubapa digalakkan meransang
kesemua deria bayi dengan penuh kasihsayang untuk memastikan
otak berkembang dengan sempurna. Perkembangan otak akan
terhenti sekiranya ransangan tidak diberikan secara berterusan.
Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ransangan yang sempurna
biasanya mempunyai otak yang kecil berbanding dengan kanak-
kanak yang mendapat ransangan dan didedahkan kepada pelbagai
pengalaman. Para doktor mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan
di persekitaran yang kurang ransangan, otak mereka lebih
menyerupai otak pesakit "Alzheimer's". Binatang-binatang yang
dipelihara di zoo memunyai otak 20% - 30% lebih kecil daripada
binatang-binatang liar yang hidup di hutan.

Satu kajian yang telah dibuat ke atas 1000 orang kanak-kanak yang
terbiar tanpa ransangan, sentuhan, kasihsayang dan pengalaman
yang sedikit dengan alat-alat permainan (toys). Kajian tersebut
mendapati kanak-kanak tersebut mempunyai otak 20% - 30% lebih
kecil dari kanak-kanak yang sebaya mereka yang mendapat
ransangan sempurna. Separuh daripada kanak-kanak tersebut di
dapati bahagian otak yang tidak mendapat ransangan telah hilang
begitu saja.

Satu lagi kajian mendapati, kanak-kanak yang mengalami trauma


seperti di dera dan melihat pembunuhan yang ngeri, mengalami
kesan fizikal dan emosi yang berterusan walaupun kejadian itu telah
lama berlalu. Kanak-kanak yang trauma ini mempunyai debaran
jantung yang kuat, kadar hormon "stress" yang tinggi dalam darah
dan mengalami gangguan tidur. Semua ini adalah disebabkan
pengalaman ngeri yang mereka alami yang kekal tersimpan di dalam
otak mereka. Sekiranya trauma ini tidak ditangani dengan baik,
kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah emosi, tingkah laku
dan pembelajaran.

Bayi dan kanak-kanak akan mempelajari sesuatu melalui interaksi


dengan persekitaran. Bayi menangis ketika lapar dan tidak selesa,
Apakah tangisan itu mendapat perhatian atau sebaliknya? Sekiranya
ibubapa memberi respon yang positif terhadap tangisan dan
memenuhi keperluannya, bayi itu akan merasa selamat (secure) dan
memfokuskan perhatian untuk meneroka persekitarannya. Ini akan
membantu perkembangan otak bayi tersebut. Sebaliknya, kalau
tangisan dan keperluannya tidak mendapat perhatian dan tidak
dihiraukan ataupun mendapat perhatian secara negatif (seperti
herdikan atau tengkingan), bayi tersebut akan merasa tidak selamat
dan memfokuskan seluruh perhatiannya untuk memastikan
keperluannya dipenuhi. Ini akan menyebabkan bayi tersebut akan
hilang tumpuan dan mengalami kesukaran untuk berinteraksi
dengan persekitaran (manusia dan objek). Lama kelamaan, sekiranya
keadaan ini berterusan perkembangan otak akan terbantut.

Mungkin kita tertanya-tanya, apakah pengaruh genetic terhadap


perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak? Faktor baka atau
genetic memang memainkan peranan dalam menentukan kepintaran
dan kecerdasan seseorang kanak-kanak, Namun begitu, keadaan
keliling tempat seseorang itu membesar sesungguhnya menjadi
faktor penentu untuk menentukan sejauh mana bakat dan kepintaran
yang diwarisi itu akan meningkat dan berkembang. Dengan lain
perkataan, kedua-dua faktor ini saling kait-mengait dan bantu-
membantu.

You might also like