Professional Documents
Culture Documents
Objektif Pembelajaran:
Aktiviti P&P:
1) Guru menayangkan klip video The magic of The Shadow . 2) Guru mengagihkan pelajar kepada beberapa kumpulan. Dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar. 3) Guru memberi bahan-bahan untuk menghasilkan model haiwan yang akan digunakan dalam permainan cerita bayang-bayang. 4) Pelajar menyediakan model watak dalam cerita mereka. 5) Pelajar membentangkan hasil kerja mereka.
EMK:
Kreativiti & Inovasi Teknologi Maklumat dan komunikasi Bahasa ( Menggunakan laras bahasa yang sopan sewaktu persembahan )
Penilaian P&P:
1) Pelajar dapat menyediakan model haiwan yang akan digunakan sebagai model bayang-bayang dalam cerita mereka. i. ii. 2 kumpulan Berjaya mempersembahkan cerita mereka dengan baik 8 kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka pada P&P yang akan datang.
Refleksi:
Aktiviti 1: Guru bertanya kepada murid, pernahkah mereka melihat permainan berasaskan bayang-bayang. Murid menjawab, pernah Guru meminta murid menyatakan contoh permainan yang mereka pernah lihat Jawapan murid : wayang kulitcontohnya iklan ubat batuk cap ibu dan anak. Guru menayangkan satu klip video permainan bayang-bayang kepada pelajar. ( The Magic of The Shadow) Aktiviti 2 Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri
daripada empat orang pelajar. Guru menerangkan kepada pelajar bahawa mereka akan membuat model watak yang akan digunakan dalam permainan bayang-bayang. Guru mengarahkan murid membina cerita berdasarkan model yang mereka bina. Contohnya cerita Perlumbaan Arnab dan Kurakura ataupun cerita Monyet dan Kura-kura. Guru memberikan murid beberapa keping gambar haiwan beserta kad manila, gam, gunting dan lidi sate. Langkah penyediaan model adalah seperti berikut: 1. Menggunting gambar yang diberikan. 2. Pelajar menampal gambar pada manila kad untuk menjadikannya lebih keras 3. Pelajar melekatkan lidi sate di belakang gambar. Aktiviti 3 Murid berbincang dalam kumpulan jalan cerita yang sesuai menggunakan model watak yang telah mereka sediakan. Murid memilih watak dan pencerita.