You are on page 1of 18

Apakah yang menyebabkan gempa bumi?

Lapisan luar bumi diperbuat daripada lapisan nipis yang terbahagi kepada beberapa bahagian atau plat tektonik.

Hujung setiap plat tektonik adalah sempadan yang akan bergesel antara satu sama lain dan dalam tempoh masa tertentu tekanan yang bertambah akan menyebabkan gegaran atau gempa bumi.

Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin yang dinamakan seismograf. Mesin ini merekodkan gegaran dan saintis boleh mendapatkan ukuran kuasa gempa dalam skala ritcher. Nombor 1 hingga 10 dan nombor 1 adalah gempa bumi kecil yang biasa berlaku setiap hari dan biasanya manusia tidak merasainya. Nombor 7 hingga 10 adalah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun.

Kerosakan akibat gempa bumi di San Francisco pada tahun 1906

Sebahagian jalan layang yang runtuh akibat gempa bumi Loma Prieta pada tahun 1989

Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut pelauhan. Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai. Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.

Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya. Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggian ombak.

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

1. Hujan yang berterusan Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2. Hakisan sungai Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

3. Hutan tadahan Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anakanak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

Gunung berapi adalah suatu proses geologi yang melibatkan pembentukan daratan yang dijana daripada letusan menerusi permukaan planet dipanggil magma, batuan cair yang meleleh keluar daripada bahagian dalam (interior) planet. Bentukbentuk gunung berapi yang lain termasklah gunug berapi ais (seperti yang wujud pada bulan-bulan Musytari, Zuhal dan Neptun) dan bentuk gunung berapi lumpur.

Di bumi,gunung berapi cenderung untuk wujud di permukaan plat-plat kerak numi. Pengecualian penting yang wujud dalam tompok-tompok panas gunung berapi, yang wujud pada lokasi-lokasi yang jauh daripada sempadan-sempadan plat; tompok-tompok panas gunung berapi ini juga dijumpai dalam sistem solar, terutamanya pada planet-planet dan bulanbulan yang berbatu-batu.

Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia dilihat seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Siklon Tropika Dikelaskan Seperti Berikut: Lekukan Tropika satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63kmpj Taufan Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118kmpj atau lebih Ribut Tropika Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 117kmpj

Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26 C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika lebih dikenali sebagai taufan. Ia terbentuk semasa musim panas Hemisfera Utara di mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah terbentuk di lautan tropika yang panas dan bergerak ke arah barat, ia mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan akhirnya, menjadi taufan yang matang.

Musim kemarau atau musim kering ialah musim di kawasan tropika yang dipengaruhi oleh sistem monsun. Bulan musim kemarau ditakrifkan apabila bulan itu menerima kerpasan kurang 60 milimeter (2.4 in). Musim kemarau biasanya berlaku di kawasan tropika hemisfera utara pada Oktober hingga Mac, dan di kawasan tropika hemisfera selatan pada April hingga September.

You might also like