You are on page 1of 1

Tajuk: Keberkesanan Penggunaan ICT dalam pembelajaran Sejarah di peringkat SPM: Kajian Terhadap Pelajar-pelajar Sekolah Pra -Universiti

KDU Univesity College. Oleh : Hasmiza Idris, Oo Cheng Keat, dan Asilatul Hanaa Abdullah School of Pre-University Studies, KDU University College, Damansara Jaya,Selangor

Abstrak Anggapan sterotaip terhadap pembelajaran mata pelajaran Sejarah adalah dipetik sebagai membosankan. Namun dengan perkembangan ICT, pelbagai usaha telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah dan guru-guru bagi meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini seiring dengan kecanggihan teknologi dan multimedia. Antaranya adalah penggunaan ICT dalam P& P sejarah. ICT terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh yang panjang, malah maklumat dapat diingati kembali dengan lebih pantas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisi. ICT dapat menggalakkan pemahaman, refleksi, dan analisis dalam kalangan pelajar. Kajian ini ingin mengenal pasti skala penggunaan ICT bagi pembelajaran mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar-pelajar yang mendapat gred A yang kini sedang menyambung pengajian dalam prgram pra-universiti di KDU University College . Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah menggunakan ICT. Kajian ini diharapkan dapat memberi pengetahuan tentang penggunaan dan keberkesanan ICT dalam kalangan pelajar-pelajar yang telah mendapat gred A dalam mata pelajar Sejarah di peringkat SPM. Seramai 50 orang pelajar yang mendapat gred A dalam mata pelajaran Sejarah yang kini sedang menuntut dalam Program Pra-Universiti di KDU University College telah dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Data dan maklumat akan dikumpulkan menggunakan borang soal selidik. Kaedah kuantitatif dan kualitatif akan digunakan dalam menganalisis data.

You might also like