You are on page 1of 10

Panduan usahawan

internet di Malaysia

8 Mar 07

Ahmad Ridzuan

Panduan usahawan internet di Malaysia 1


www.aridztech.com
Pengenalan

Terima kasih di ucapkan kerana mendapatkan e-book yang bertajuk “Panduan


usahawan internet di Malaysia”. Saya terdorong untuk membuat sebuah
panduan kepada semua peniaga internet baru di Malaysia agar pengalaman
yang diperolehi secara realitinya dapat di kongsi bersama agar setiap daripada
peniaga internet yang baru berkecimpung di dalam bidang ini boleh memperolehi
pulangan dengan segera.

E-book ini lebih menumpukan kepada panduan yang boleh merangsang peniaga
internet baru untuk melakukan sesuatu yang betul pada langkah pertama. E-
book ini telah dibangunkan dengan perkongsian gabungan beberapa peniaga
internet yang semakin meningkat naik di dalam perniagaan internet di Malaysia.
Namun, maklumat mengenai perniagaan mereka tidak dapat dikemukakan
secara terbuka.

Kebanyakkan peniaga yang baru berkecimpung di dalam perniagaan internet


agak kurang berkeyakinan di dalam mengharungi perniagaan di dalam internet
tanpa panduan yang boleh membimbing mereka. Di dalam e-book ini, langkah-
langkah permulaan akan di terangkan agar peniaga internet yang baru
mendekati arena perniagaan internet memperolehi pendapatan yang diimpikan.

Terima kasih yang tak terhingga di ucapkan kepada mereka yang telah turut
serta di dalam membangunkan panduan ringkas ini. E-book ini boleh diedarkan
secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat mengenai perniagaan
internet.

Panduan usahawan internet di Malaysia 2


www.aridztech.com
Biodata

Ahmad Ridzuan atau nama samarannya aridz adalah merupakan seorang


usahawan internet yang telah melibatkan diri selama setahun. Beliau telah
menubuhkan sebuah syarikat perniagaan berasaskan internet yang di daftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama Aridztech Enterprise.
Beliau telah menumpukan perniagaan kepada beberapa jenis produk dan
perkhidmatan seperti barangan kesihatan, telekomunikasi, e-education, rekreasi
dan juga program pengiklanan seperti adsense dan agloco.

Ahmad Ridzuan adalah merupakan seorang jurutera kanan di dalam bidang


penyelidikan dan pembangunan di dalam sebuah syarikat multinasional. Beliau
telah berkhidmat selama 7 tahun setelah memperolehi ijazah sarjana muda di
dalam bidang kejuruteraan mekatronik (kepujian).

Beliau juga telah memperolehi sijil di dalam kursus pembangunan teknologi web
daripada Universiti Teknologi Malaysia. Kini, beliau adalah penggiat perniagaan
internet secara separuh masa daripada rumah dan memperolehi pendapatan
empat angka sebulan daripada perniagaan internet.

Antara laman web beliau ialah:


Laman web utama: www.aridztech.com
Laman web perniagaan: www.scorea.aridztech.com/?ref=aridz
Laman blog: www.aridztech.blogspot.com

Beliau senantiasa meningkatkan kemahiran perniagaan internet daripada masa


ke semasa. Jika ada yang berminat untuk bersama- sama terlibat secara aktifnya
di dalam perniagaan ini, beliau boleh dihubungi melalui yahoo messenger atau
email di aridz@yahoo.com

Panduan usahawan internet di Malaysia 3


www.aridztech.com
Senario peniagaan internet di Malaysia.

Sejak mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah memberi


fokus kepada bidang pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Hasil getah dan
kelapa sawit adalah sumber komoditi utama sehinggalah berakhirnya 1970-an.

Pada 1980-an, Malaysia telah mengalihkan fokus ekonomi kepada perindustrian


di dalam pembinaan kilang-kilang elektronik, kilang industri berat dan juga
industri pembuatan kereta sebagai industri utama. “Dasar pandang ke Timur”
telah diterapkan untuk merangsang ekonomi negara setanding dengan negara
Jepun yang merupakan negara maju pada ketika itu. Negara Jepun telah bangkit
daripada krisis peperangan untuk membentuk sebuah negara yang kukuh dari
segi teknologi yang dikagumi.

Pada era 1990-an, industri pembuatan elektronik telah menjadi semakin kukuh
dan banyak syarikat utama di dunia telah melabur di Malaysia dalam
pengeluaran produk seperti microchip, penghawa dingin, tv, telefon dan pelbagai
lagi. Namun begitu, persaingan kos pengeluaran yang lebih murah telah
menyebabkan kejatuhan kepada industri ini yang semakin dipelopori oleh
negara-negara seperti China, India,Thailand dan Vietnam.

Malaysia adalah antara negara-negara yang menghadapi kesan daripada


ledakan teknologi maklumat pada pertengahan 1990-an. Antara bidang-bidang
yang menjadi penggiat di dalam bidang IT di Malaysia ialah:
1. Pendidikan
2. Perubatan dan kesihatan
3. Pelancongan
4. Telekomunikasi
5. Pembangunan perisian
6. Hiburan, dan yang terbaru
7. bioteknologi.

Panduan usahawan internet di Malaysia 4


www.aridztech.com
K-economy atau knowledge-based economy telah diterapkan agar salah satu
cara meningkatkan ekonomi negara supaya dapat bersaing dengan negara-
negara lain. Industri pengilangan atau pembuatan tidak lagi menjadi sandaran
utama kerana banyak syarikat – syarikat antarabangsa telah keluar dari Malaysia
dan mereka dapat membekal produk terbabit di negara lain dengan kos yang
lebih murah. Oleh itu, K-economy mensyaratkan produk yang dibina mempunyai
kepakaran tersendiri yang sukar ditandingi oleh negara-negara lain. Itulah
kekuatan baru yang diterapkan oleh Malaysia.

Pada masa itu, kebanyakan syarikat-syarikat, badan-badan kerajaan dan juga


ahli-ahli perniagaan telah bersungguh-sungguh untuk menerapkan IT di dalam
organisasi mereka. Ini bermula dengan penyedian email dan juga website-
website namun tetapi pemahaman yang kurang mengenai dengan penggunaan
internet telah menyebabkan kebanyakkan website-website telah terbengkalai
dan juga tidak dikemaskini. Di kala itu, sesiapa yang tidak menyertai
pembangunan website di atas perniagaan mereka atau organisasi mereka telah
dianggap sebagai ketinggalan zaman.

Permintaan kepada tenaga kerja bidang IT telah meningkat dan banyak institusi
pendidikan yang menawarkan kursus di bidang IT dan mengjangkakan
pendapatan yang lumayan bagi mereka yang mencebuti bidang tersebut.
Perkara ini telah berlaku di dalam masa 5 hingga 7 tahun pada era 1990-an.

Namun begitu, pada ketika itu kebanyakkan pelanggan masih lagi tidak dapat
menggunakan perkhidmatan IT kerana kurangnya pengetahuan dan juga
kekurangan dari segi peralatan dan kemudahan. IT masih lagi dilihat sebagai
sesuatu yang dianggap mewah. Pelanggan juga masih tidak yakin dengan
urusan melalui internet. Banyak kes yang melibatkan penipuan akaun bank, kad
kredit dan kecurian identiti menjadikan masyarakat semakin takut untuk
menggunakan IT di dalam urusan mereka. Kadar penggunaan IT yang kurang

Panduan usahawan internet di Malaysia 5


www.aridztech.com
memberangsangkan ini dapat dikenalpasti apabila kebanyakkan keluarga di
Malaysia masih lagi tidak mempunyai komputer dan juga sambungan internet.

Kesedaran IT semakin meningkat di Malaysia

Harus kita lihat keadaan dan kedudukan perniagaan internet di Malaysia.


Beberapa faktor telah menaikkan perniagaan internet di Malaysia sebagai salah
satu cabang ekonomi yang mula mendapat tumpuan di Malaysia. Antara faktor-
faktor yang menarik ialah:

1. Kadar literasasi IT (celik IT) yang semakin bertambah melalui latihan


formal dan tidak formal (Contoh: Kursus-kursus perniagaan internet
ditawarkan dengan harga yang berpatutan)

2. Promosi penggunaan IT oleh pihak kerajaan dan swasta (sebagai contoh


eporelahan.com.my di dalam permohonan tender dan pembelian tiket
penerbangan oleh Air Asia)

3. Harga barangan IT yang semakin murah dan mudah didapati di pasaran


(contoh, internet dapat dihubung dengan talian biasa tanpa akaun 1315
dan harga komputer yang berkemampuan baik sekitar RM1000 sahaja)

4. Kepelbagaian bentuk penggunaan IT yang semakin berkembang (Contoh:


Banyak bank telah memperkenalkan kemudahan internet banking, email
dan sistem yang boleh dihubung dengan SMS).

5. Minat dan cenderung masyarakat dalam menggunakan IT yang semakin


baik dan masyarakat mula memahami bahawa IT bukan lagi untuk
mereka yang mempunyai kemahiran di bidang tersebut sahaja (Semakin
banyak website dan blog wujud oleh masyarakat).

Panduan usahawan internet di Malaysia 6


www.aridztech.com
6. Kos untuk perkhidmatan IT seperti domain, hosting dan pembangunan
website lebih mudah didapati daripada segi kos dan perkhidmatan.

Namun begitu, kadar penggunaan IT di kalangan masyarakat di Malaysia


masih sederhana apabila hanya 20% daripada populasi rakayat Malaysia yang
menggunakan internet dan hanya 1.5% sahaja yang mempunyai sambungan
jalur lebar pada hari ini. Penggunaan internet masih lagi tertumpu di kawasan –
kawasan bandar berbanding dengan luar bandar. Masalah prasarana yang
belum mencukupi menjadi satu penghalang kepada penggunaan IT yang lebih
meluas. Sebagai contoh, perkhidmatan jalur lebar (broadband) masih lagi terhad
di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Namun demikian, IT menjadi satu ruang
dan dimensi baru yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk di Malaysia agar
ianya boleh menjadi sesuatu keperluan dan bukan lagi sebagai satu peralatan
mewah kepada masyarakat.

Usahawan internet

Penglibatan individu-individu di Malaysia di dalam industri perniagaan internet di


Malaysia juga semakin meningkat. Teknologi IT telah memungkinkan
perhubungan yang agak sukar dibuat secara kovensional boleh dilakukan
dengan mudahnya dengan menggunakan perniagaan internet.

E-commerce menjadi satu dimensi baru tarikan perniagaan kepada masyarakat.


Setiap syarikat perniagaan pada masa kini cuba menerapkan konsep sedemikian
rupa. Apa faedahnya? Cuba difikirkan apakah kesan perbankan internet seperti
Maybank2u dan CIMB click? Ianya memberi impak yang amat besar dalam
sistem perbankan yang memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat
transaksi di mana sahaja menggunakan internet. Begitu juga e-commerce yang
diperkenalkan oleh syarikat- syarikat perniagaan ini.

Panduan usahawan internet di Malaysia 7


www.aridztech.com
Usahawan – usahawan perniagaan tidak lagi perlu ke syarikat untuk mengambil
barang, membuat pembelian atau jualan. Semuanya boleh dilakukan di internet.
Barangan pula terus dihantar oleh syarikat kepada pelanggan menggunakan
khidmat online (digital produk speperti prepaid/ activation code) atau
menggunakan perkhidmatan kurier.

Sistem pengiraan bonus, income atau upah pula dapat dilihat secara serta merta
melalui website. Ianya lebih telus dan jelas daripada transaksi secara manual.
Itulah transaksi dalam syarikat MLM yang dikatakan sebagai e-commerce.

Perniagaan melalui internet dapat menarik minat kerana beberapa alasan namun
ada juga beberapa perkara yang perlu dititikberatkan:

1. Kos permulaan, penyeleggaraan dan operasi yang rendah


Apabila kos permulaan yang rendah, ramai usahawan internet tidak
mempunyai masalah untuk berkecimpung di dalam perniagaan ini. Namun
begitu, ianya juga menjadi sesuatu yang negatif apabila seseorang usahawan
tersebut tidak merasakan kerugian jika mereka memberhentikan perniagaan
mereka. Ini adalah kerana mereka memikirkan bahawa kos yang mereka
keluarkan terlalu kecil dan mereka merelakan kerugian tersebut jika mereka
menghadapi kesukaran dan cabaran. Namun, usahawan internet yang
mengeluarkan lebih kos mungkin mempunyai daya tahan yang lebih kerana
komitmen yang lebih besar telah diberikan. Ini mungkin juga menjadi alasan
kenapa ramai penggiat perniagaan internet gagal di dalam perniagaan
mereka.

2. Boleh dilakukan secara persendirian atau kumpulan


Sebaiknya perniagaan internet ini boleh dijalan secara individu dan boleh
digerakkan secara perseorangan. Individu tersebut perlulah lebih cekap di
dalam mencari ilmu-ilmu perniagaan di internet secara teknikal contohnya di
dalam pembangunan website. Bekerja secara kumpulan pula perlulah

Panduan usahawan internet di Malaysia 8


www.aridztech.com
dijalankan dengan mermbahagikan tugas-tugas tertentu dan sentiasa
berkomunikasi dalam menentukan halatuju perniagaan tersebut. Setiap
pandangan peribadi mungkin dapat diterima atau tidak dapat diterima. Oleh
itu, bekerja secara perseorangan kadangkala memberikan lebih kepuasan.

3. Boleh dijalankan secara separuh masa daripada “perniagaan dari rumah”


Kadangkala, terdapat kerja-kerja peribadi yang perlu dilakukan dan ini
mengganggu perniagaan. Walaupun perniagaan ini secara separuh masa
namun, adakalanya perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan agar
kehendak pelanggan dapat dipenuhi. Komitmen yang tinggi perlu diberi agar
setiap permasalahan dan penyelesaian dapat diberikan terutamanya di dalam
permulaan perniagaan tersebut. Keluarga juga perlulah diberi penjelasan
yang khusus agar mereka senang hati dengan aktiviti anda. Namun begitu,
jangan diabaikan aktiviti harian anda semata-mata kerana perniagaan
internet seperti bersukan, bersosial, kerja rumah dan lain-lain lagi.

4. Berpeluang untuk memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa.


Ada yang mengatakan bahawa mudah untuk memasarkan produk melalui
internet kerana ianya boleh menghubungkan sesiapa sahaja. Sebenarnya, ini
bergantung kuat kepada ilmu pemasaran. Seperti kebanyakan yang kita
maklum, mempunyai website yang baik tetapi tidak akan bermakna apa-apa
jika tanpa pengunjung. Sebagai peniaga kecil di internet amatlah sukar kita
untuk bersaing dengan syarikat yang besar-besar. Jalan terbaik adalah
pemasaran mencari sasaran pelanggan untuk produk anda.

5. Tidak memerlukan prasarana fizikal seperti kedai, perabot dan pelbagai


lagi.
Perniagaan internet tidak memerlukan kedai namun, kedai di dalam
perniagaan internet bolehlah dikatakan sebuah website. Pembangunan
laman web boleh dibuat sendiri dengan menggunakan :

Panduan usahawan internet di Malaysia 9


www.aridztech.com
a. Macromedia Dreamweaver 8
b. Microsoft Frontpage 2003
c. Photoshop CS2
Untuk menarik pelawat mengunjungi website, kita perlulah melengkapkan
website dengan sistem affiliate, chat box, blog, forum dan dikemaskini
dengan perkembangan terbaru. Jika anda tidak mampu untuk membinanya
sendiri, anda bolehlah mengupah orang lain yang berkemahiran untuk
membina website anda. Kelengkapan komputer yang baik juga diperlukan.
Sudut khas di rumah anda juga boleh dibentuk agar keadaan menjadi lebih
teratur sejajar dengan konsep “SOHO” iaity Small Office-Home Office.

6. Boleh dilakukan pada setiap masa dan tempat selagi mempunyai talian ke
internet.
Inilah kelebihan perniagaan internet yang paling penting iaitu mobility.
Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada jenis talian. Sebagai
contoh, dial-up connection tidak berapa sesuai untuk membuat
penyelenggaraan laman web. Kos juga mungkin meningkat jika kita
menggunakan perkhidmatan internet di tempat-tempat yang tertentu seperti
hotel-hotel dan lapangan terbang.

Secara ringkasnya, perniagaan internet adalah satu peluang kepada bentuk


perniagaan yang baru di Malaysia. Perniagaan internet ini mempunyai tarikan
tersendiri kerana menggunakan kemudahan teknologi. Usaha yang berterusan
hendaklah dilakukan agar menjamin kejayaan perniagaan internet yang diceburi.

Kesimpulan
Perniagaan internet di Malaysia masih lagi baru dan mempunyai potensi yang
amat besar seiring dengan perkembangan IT di dalam negara. Setiap
warganegara perlulah mengambil peluang dan inisiatif untuk tidak ketinggalan
didalam bidang perniagaan berkonsepkan IT yang boleh memperbaiki ekonomi
secara individu khususnya dan negara secara amnya.

Panduan usahawan internet di Malaysia 10


www.aridztech.com

You might also like