You are on page 1of 8

Nurnaima bt Zainuddin Nur Nadia bt Mohd Rashidi

A130792 A125701

Adibah bt Ab Razak
Rira Rahayu Arridha

A129647
A130505

2006

Penciptaan realiti maya: Memberikan pengalaman sebenar kepada pengguna untuk merasai berjalan di atas sfera yang berputar. iLike: Penemuan perkhidmatan rangkaian sosial dalam bidang muzik yang membolehkan pengguna untuk mencari dan mendengar lagu-lagu kegemaran mereka iTunes U: Apple melancarkan sebuah perkhidmatan yang menawarkan pengajaran kuliah di peringkat kolej menggunakan podcast (fail media digital). Teknologi pengesan objek: Membangunkan perisian yang boleh mengimbas manuskrip sejarah supaya dapat dicapai oleh pengguna. Twitter :Penciptaan perkhidmatan rangkaian sosial- Mesej Twitter yang pertama; "just setting up my twttr" Televisyen digital (DTV) : Gabungan penyiaran televisyen dan Internet menyediakan rangkaian alternatif bagi penyampaian maklumat digital dan kandungan. Perkomputeran awan (cloud computing) :Amazon melancarkan Amazon Web Service (AWS) bertujuan menyediakan perkomputeran awan kepada pelanggan luar. Windows Vista: Pelancaran oleh Microsoft pada 8 November 2006.

2007

Samsung L83T: Samsung Cameras telah melancarkan Samsung L83T yang mempunyai fungsi teknologi pengecaman imej wajah yang pintar (Samsung's Intelligent Face Recognition Technology) Mesin penterjemah (Machine translation) : Alat penterjemah yang telah disediakan di dalam Internet untuk telah memberi peluang kepada orang awam menggunakannya, contohnya seperti Google, Babylon, Wikipedia dan sebagainya. 1-Terabyte: Hitachi Global Storage Technology memperkenalkan penggunaan hard disk bersaiz 1-Terabyte. iPhone: Apple memperkenalkan sebuah telefon pintar yang boleh berfungsi sebagai telefon kamera, pemain multimedia mudah alih, dan klien internet untuk emel

2008

Penciptaan alat kawalan atas talian: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Kebangsaan Tengah, Taiwan (National Central University, Taiwan) telah melakukan penyelidikan terhadap penciptaan alat kawalan atas talian yang bertujuan untuk mengawal sistem (Remote online machine condition monitoring system). Pameran maya (virtual) : Muzium Getty mengadakan sebuah pameran maya (virtual) bertajuk Tango with Cows: Book Art of the Russian Avant-Garde 1910-1917 dengan terjemahan Bahasa Inggeris dan juga pengguna boleh mendengar teks berkenaan dalam Bahasa Russia.

2009

Ontologi: Hasil kajian daripada Brigham Young University, Provo, USA dan Department of Computer Science, University of Arizona South, USA serta EBusiness and Web Science Research Group, Bundeswehr University Munich, Neubiberg, Germany telah melakukan kajian mengenai kebolehgunaan ontologi dan komponen-kompenan bahasa untuk generasi ontologi (Reusing ontologies and language components for ontology generation). Perpustakaan Digital Dunia :Pelancaran Perpustakaan Digital Dunia yang mengandungi bahan-bahan budaya yang unik dari perpustakaan dan arkib seluruh negara merangkumi manuskrip, peta, filem, rakaman bunyi dan foto. Bing: Pihak Microsoft melancarkan enjin carian Bing yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk melakukan pencarian maklumat. Windows 7: Pelancaran Windows 7 oleh Microsoft pada 22 Julai 2009.

2010

Log-kutub, korelasi kuasa empat dan klasifikasi produk rangkaian kabur saraf: Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, Malaysia Multimedia University (MMU), telah membuat kajian mengenai sistem pemantauan terma yang menggunakan log-kutub, korelasi kuasa empat dan klasifikasi produk rangkaian kabur saraf (log-polar mapping, quaternion correlation and max-product fuzzy neural network classification). Filem 3-D: Industri perfileman di Hollywood semakin pesat dalam membuat filem yang menggunakan 3-D. Contohnya, filem Avatar and Toy Story 3. Televisyen 3-D :Sony sedang berusaha mencipta televisyen 3-D yang berfungsi tanpa menggunakan kacamata 3-D. Pelancaran iPad: Sebuah komputer tablet yang dipasarkan sebagai pelantar untuk media audio dan visual seperti buku, majalah, filem, muzik dan permainan serta laman sesawang. Ubuntu: Sokongan jangka masa panjang (long-term support -LTS) yang terkini dikeluarkan oleh Ubuntu 10.04 pada 29 April 2010 manakala sokongan jangka masa normal (latest normal release) yang terkini dikeluarkan oleh Ubuntu 11.04 pada 28 April 2011.

2011

Telefon pintar Atrix 4G Motorola: Memperkenalkan telefon pintar Atrix 4G yang boleh menjadi CPU laptop dengan melakukan pemprosesan maklumat untuk laptop tersebut. Pelancaran iPad 2: Sebagai pelantar untuk media audio dan visual seperti buku, majalah, filem, muzik dan permainan serta laman sesawang.

You might also like