You are on page 1of 12

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 PENGGUNAAN KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) DAPAT MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID

DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

STANLEY ANAK KUBONG Pelatih PISMP Reka Bentuk dan Teknologi Semester 8 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) bagi meningkatkan pencapaian dan

mengenalpasti persepsi murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah. Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid (6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan) Tahun 5 Cerdik di SK Penagatan, Keningau. Instrumen kajian ialah ujian pra dan pasca serta borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 dan secara deskriptif menggunakan peratus dan min. Dapatan menunjukkan min keseluruhan pencapaian responden telah meningkat selepas pelaksanaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi). Dapatan min ujian pra dan ujian pos adalah sebanyak 38% dan 50% dengan peningkatan sebanyak 12%. Persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup adalah tinggi iaitu dengan min sebanyak 4.54. Implikasi kajian ini, penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) sesuai digunakan dalam meningkatkan pencapaian murid bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 PENGENALAN Sumber manusia yang berilmu, progresif dan inovatif merupakan aset utama yang perlu dijana bagi membentuk kekuatan Negara, tersebut secara langsung dan tidak langsung proses pemerolehan ilmu adalah tonggak kepada pembangunan sumber manusia dalam sesebuah Negara itu. Dalam menyahut cabaran ini pelbagai pendekatan serta teknik pengajaran serta pembelajaran perlu bagi memberi input yang paling optima dalam persekitaran generasi muda yang pesat berkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Menurut Mok Soon Sang (2000), Hampir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sama ada di dalam kelas ataupun di bengkel untuk setiap tajuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memerlukan murid melakukan kerja-kerja amali atau projek. Guru yang mempunyai kebolehan melakukan kerja-kerja praktikal biasanya lebih bermotivasi untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan guru yang kurang menguasai kemahiran praktikal.

Koh Boh Boon(1985), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan, pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Oleh itu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid ini, pelbagai strategi dan kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah dengan menggunakan kaedah tunjukcara atau demonstrasi.

Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan (Zaiton Zanariah Hamid, 2000).

Menurut Dywer (1978), pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) 2

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4,300,000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50,000 maklumat.

PERNYATAAN MASALAH Seperti yang telah dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2000), mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid untuk melakukan kerja-kerja amali atau projek. Sebelum melakukan kerja-kerja amali, murid-murid harus faham dan teliti dengan setiap susunan langkah-langkah yang betul untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Oleh itu, kajian untuk mengatasi masalah ini menggunakan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) perlu dilaksanakan.

FOKUS KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 Cerdik SK Penagatan Keningau dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup menggunakan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi), seterusnya untuk membaiki amalan pengajaran saya menerusi persepsi murid terhadap gaya pengajaran yang digunakan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk : i. Mengenalpasti adakah penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup. ii. Mengenalpasti persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup selepas intervensi dijalankan.

PERSOALAN KAJIAN Terdapat tiga persoalan dalam kajian ini iaitu : i. Adakah penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dapat

meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup? ii. Adakah penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup? 3

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini adalah murid-murid dalam kelas Tahun 5 Cerdik SK Penagatan Keningau. Populasi dalam kelas tersebut adalah seramai 19 orang murid terdiri daripada 8 murid perempuan dan 12 murid lelaki. Kesemua murid ini terdiri daripada latar belakang keluarga yang mempunyai status sosioekonomi sederhana dan rendah. Responden untuk kajian ini adalah seramai 10 orang murid dari kelas tersebut yang terdiri daripada murid yang lemah dalam pembelajaran dan juga mendapat markah pencapaian terendah semasa ujian semester lepas. 10 orang murid ini terdiri daripada 6 murid lelaki dan 4 murid perempuan. Semua responden kajian ini dilabelkan sebagai murid A,B,C,D,E,F,G,H,I, dan murid J.

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, saya berdasarkan kepada lengkung-lengkung yang terdapat pada model Gelung Kajian Tindakan Kemmida dan Mc taggart (1988). Pada peringkat plan, langkah pertama yang dilakukan adalah memilih tajuk yang sesuai untuk dijadikan sebagai tajuk kajian. Seterusnya merancang keperluan dan pelaksanaan kajian. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua saya akan mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya. Oleh itu, kajian tindakan yang dijalankan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan. Instrumen Kajian Dalam kajian ini, saya telah menyediakan beberapa instrumen untuk mengutip data yang diperlukan. Saya menggunakan instrumen ini mengikut aktiviti dan langkah tindakan yang telah dirancang sepanjang kajian. Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian prapasca yang dilaksanakan semasa praujian dan pascaujian. Praujian telah ditadbir pada 7 Mac 2011 (Isnin). Ujian ini untuk melihat sejauhmana pencapaian responden selepas menggunakan kaedah tradisional Chalk and Talk pada peringkat permulaan sebelum sebarang pelaksanaan intervensi. Pascaujian pula telah ditadbir pada 18 April 2011 (Isnin). Ujian ini adalah 4

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 untuk melihat perubahan pencapaian yang berlaku kepada setiap responden selepas pelaksanaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi).

Selain instrumen praujian dan pascaujian, saya juga menyediakan satu instrumen dalam bentuk soal selidik bagi mengenalpasti persepsi murid selepas menggunakan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dalam pengajaran.

Analisis Data Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 dan secara deskriptif menggunakan peratus dan min.

Dapatan Kajian

TABURAN PERBANDINGAN MARKAH UJIAN RESPONDEN


70

Ujian Pra
60 41 60 43 35 61 48

Ujian Pasca
60 45 39 42 42 33 44 43 36

MARKAH MURID

60
50 40 30 20 10 0 38

40

37 38

A 38 60

B 41 60

C 43 61

D 35 48

E 40 45

F 39 60

G 42 42

H 33 44

I 37 38

J 36 43

Ujian Pra Ujian Pasca

Graf 1 : Perbandingan Praujian Dengan Pascaujian

Berdasarkan jadual 8 dan graf 2 analisis di atas, semua markah yang diperoleh setiap responden pada praujian telah meningkat pada pascaujian selepas penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi). Pada praujian, semua responden hanya mendapat peratus markah di bawah 45% di mana responden yang mendapat peratus paling tinggi ialah sebanyak 43% dan responden yang mendapat peratus paling rendah ialah sebanyak 33%. Namun, selepas saya melaksanakan kaedah 5

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 Tunjukcara (Demonstrasi) kepada semua responden, hasilnya mendapati

peningkatan markah peratus semua responden pada pascaujian.

Pada pascaujian ini, seorang responden mendapat markah 61% dan empat orang responden berjaya mendapat markah 60%. Hanya seorang responden sahaja yang tidak melepasi markah 40% ke atas yang hanya mendapat markah 38%. Selepas membuat penilaian dan analisis, didapati bahawa responden yang mendapat markah 38% ini adalah seorang yang sangat lemah dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, hasil analisis membuktikan bahawa tetap berlaku

peningkatan positif kepada responden yang sangat lemah ini. Buktinya, pada praujian responden ini mendapat hanya 37% markah, selepas penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dan akhirnya diuji dengan pascaujian, peratus yang diperoleh responden ini telah meningkat daripada 37% kepada 38% di mana responden berjaya mendapatkan peningkatan sebanyak 1%.

Analisis Borang Soal Selidik Jadual di bawah merupakan hasil dapatan yang diperoleh daripada analisis borang soal selidik bagi kelima-lima bahagian yang telah diedarkan kepada 10 responden kajian. Setiap bahagian mengandungi lima soalan dan diukur menggunakan interprestasi data min.

Jadual 1 : Analisis Borang Soal Selidik. Bahagian A B Item Soalan Pengajaran & Pembelajaran Guru Di Dalam Bilik Darjah Bahan Bantu Mengajar Digunakan Guru Semasa Sesi Pengajaran & Pembelajaran. Penggunaan Kaedah Demonstrasi Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Aktiviti Kumpulan. Lembaran Kerja Yang Diedarkan Oleh Guru Purata Min Keseluruhan Purata Min 4.72 4.50

C D E

4.50 4.48 4.50 4.54

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 Jadual 2 : Interprestasi Data Min. Nilai 1.00 2.33 2.34 3.67 3.68 5.00 Tahap Rendah Sederhana Tinggi

Sumber: Dr. Azizi Yahaya (Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan)

Berdasarkan jadual 1, hasil dapatan menunjukkan bahawa skor purata min keseluruhan yang diperolehi adalah pada aras tinggi iaitu min 4.54. Pada bahagian A purata min yang diperolehi adalah 4.72 dan ini menunjukkan cara pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dapat menarik minat dan menambah ilmu pengetahuan responden dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Pada bahagian B dan bahagian C, purata min yang diperolehi daripada setiap lima soalan ialah 4.50, ini menunjukkan 94% responden setuju pada setiap bahagian. Pada bahagian D item soalan mengenai aktiviti berkumpulan yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, purata min yang diperolehi ialah 4.48. Ini menunjukkan responden lebih suka melakukan aktiviti dalam berkumpulan berbanding secara individu. Pada bahagian E item soalan mengenai lembaran kerja yang diedarkan oleh guru, purata min yang diperolehi ialah 4.50 ini juga menunjukkan responden memberikan respon yang positif apabila lembaran kerja diberikan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kesimpulan daripada hasil purata min keseluruhan bagi borang soal selidik iaitu min 4.54 menunjukkan persepsi responden terhadap kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) adalah pada aras tinggi. Ini menunjukkan responden lebih menyukai kaedah yang digunakan berbanding kaedah sebelumnya iaitu kaedah tradisional Chalk and talk.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 HUBUNGKAIT DAPATAN KAJIAN DENGAN KAJIAN LEPAS Berdasarkan keputusan dalam bahagian B, di mana responden sangat setuju bahawa guru menggunakan bahan bantu mengajar ketika mengajar didalam kelas. Penggunaan alat (ABM) dan BBM yang berkesan dapat membolehkan menarik minat dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara hakikatnya ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Che Hafizie (2006) dimana penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dapat meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran.

Keputusan soal selidik pada bahagian C menunjukkan persepsi responden berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah Tunjukcara. Secara keseluruhannya 96 peratus responden sangat setuju dan setuju dengan penggunaan Kaedah Tunjukcara dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Responden suka, lebih bersemangat dan lebih senang untuk mengingati langkahlangkah yang telah ditunjukkan oleh guru sebelum responden meniru dan melakukan perkara yang sama semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Ini selari dengan pendapat dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) yang melibatkan pancaindera akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran. IMPLIKASI Kajian penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dapat meningkatkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini mempunyai banyak kesan positif dan manfaat kepada banyak pihak. Implikasi dan kesan kajian ini memberi impak kepada 3 pihak iaitu kepada diri saya sendiri sebagai seorang guru, kesan kepada murid serta kepada profesion keguruan.

Sememangnya, seorang guru mempunyai cara dan stail pengajaran tersendiri yang mungkin berbeza-beza. Saya sendiri mengamalkan cara pengajaran saya yang 8

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 tersendiri. Namun, apabila berhadapan dengan masalah pembelajaran yang sama, maka guru-guru perlu mengubah dan memperbaiki cara pengajaran sebelumnya yang mungkin kurang berkesan kepada murid-murid. Dalam kajian ini, saya mendapat manfaat yang paling bermakna iaitu saya lebih memahami proses untuk menambahbaik kemahiran mengajar serta mengetahui kebaikan dan keberkesanan penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan amalan pengajaran saya selepas ini.

Implikasi kepada murid pula lebih berfokus kepada murid-murid yang menerima intervensi dalam kajian ini. Murid yang bermasalah dalam mata pelajaran ini sudah tentunya akan berhadapan kesukaran ketika berhadapan dengan ujian, peperiksaan dan lain-lain. Hal ini kerana responden ini tidak dapat mengingat dan mengaplikasikan langkah-langkah yang telah diajar guru dengan tepat dan betul. Dengan terlaksananya kajian ini telah berjaya membantu kesemua responden yang dipilih untuk meningkatkan pencapaian dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Implikasi seterusnya adalah kepada profesion keguruan. Sebagai seorang warga pendidik, budaya berkongsi ilmu baharu dan budaya penyelidikan adalah perkara yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui budaya ini sudah tentu akan dapat memartabatkan lagi profesion keguruan ini dan dapat melahirkan guru yang berinovasi dan berbudaya menyelidik. Dapatan yang diperoleh dalam kajian ini boleh dikongsi dengan rakan seprofesion yang mungkin memerlukan penggunaan teknik yang berkesan untuk pengajaran mereka. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Melalui kajian tindakan akan dapat membantu seorang guru mengetahui kelemahan pengajaran yang tidak berkesan di samping mengenal pasti masalah pembelajaran murid. Dengan kelemahan dan kekurangan yang dapat dikesan, guru akan dapat memikirkan inisiatif baharu yang lebih berkesan untuk pengajaran sekali gus boleh menambahbaik amalan pengajaran.

Melalui kajian ini, penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) telah dijalankan dan dapatan daripada tindakan tersebut mendapati peningkatan 9

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 pencapaian murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup serta persepsi penggunaan kaedah ini. Hal ini dapat dilihat melalui keputusan dapatan yang menunjukkan hasil yang memberangsangkan bagi setiap responden. Kajian ini amatlah penting dilakukan bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, khususnya dalam aktiviti yang melibatkan praktikal.

Selain masalah gaya pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, murid juga sering menghadapi masalah dalam belajar mengingat langkah-langkah dengan betul. Kedua-dua aspek ini dalam subjek Kemahiran Hidup. Oleh itu, saya bercadang kajian seterusnya perlu dijalankan untuk mengatasi masalah mengingat menggunakan teknik peta minda dalam pengajaran. Kajian seumpama ini perlu diteruskan oleh guru agar dapat meningkatkan kecemerlangan diri dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan Negara melalui budaya penyelidikan.

KESIMPULAN Berdasarkan kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) merupakan kaedah yang berkesan untuk dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Hal ini dibuktikan melalui peningkatan markah positif semua responden yang diperoleh pada pascaujian berbanding markah sebelumnya pada praujian.

Guru

harus

perbanyakkan

lagi

menggunakan

Kaedah

Tunjukcara

(Demonstrasi) ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Ini disokong Shahabuddin dan Rohizani (2003), apabila seseorang pelajar sudah mempunyai minat akan mendorong pelajar tersebut untuk berusaha sehingga berjaya. Faktor minat ini menjadi pendorong utama pelajar melakukan sesuatu. Apabila guru berjaya merangsangkan minat pelajar terhadap pelajarannya, dengan sendirinya pelajar akan bermotivasi dan boleh belajar tanpa dipaksa. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

10

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 Pihak sekolah haruslah sentiasa memeriksa kelengkapan-kelengkapan pembelajaran yang terdapat di bilik darjah, makmal dan bengkel. Ini bagi memastikan setiap kelengkapan tersebut berfungsi dengan baik dan jika ada yang rosak haruslah diperbaiki dengan segera bagi memudahkan proses pengajaran guru. Pihak Kementerian Pelajaran haruslah menyediakan peruntukan yang secukupnya di setiap sekolah untuk membeli kelengkapan dan peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, penggunaan kaedah

Tunjukcara

(Demonstrasi) boleh

dijadikan amalan pengajaran saya agar dapat menambahbaik kualiti pengajaran saya kelak. Guru-guru lain yang menghadapi masalah serupa seperti situasi ini boleh juga disarankan agar menggunakan kaedah seperti ini dalam pengajaran mereka. RUJUKAN Abd. Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Asma Wati Binti Sanip (2008). Kesesesuaian Isi Kandungan, Masa, Alatan Dan Kemudahan Serta Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Mengikut Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Che Hafizie Bin Che Hassan (2006). Keberkesanan Penggunaan Abm Dan Bbm Sebagai Alat Bantu Mengajar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah. Fakulti Seni Dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan; Buku 1. McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

11

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 Koh Boh Boon (1985). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Rohana Yusof (1996). Data Primier dan Data Sekunder. Retrieved from web site Http;/haniyy.Multiply.com/journal/item/3. Muat turun pada 27 Mei. 2011 Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib (2004). Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru. Jurnal Pendidikan: 93-109. Universiti Malaya Kuala Lumpur. Saiful (2009). Model kajian Kemmis & McTaggart. Retrived from website: http://saifuldpliukm.blogspot.com/2009/11/model-kajian-tindakan-kemmismctaggart.html. Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Shahabuddin dan Rohizani (2003). Learning Psychology and Personality. Universiti Sains Malaysia. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff (2006). Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd. Wan Nur Azyyati (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia.

12

You might also like