You are on page 1of 1

PERLEMBAGAAN KELAB RUKUN NEGARA 1.

MATLAMAT Melahirkan murid yang mengetahui dan memahami prinsip Rukun Negara sertamengamalkannya dalam kehidupan harian. 2. OBJEKTIF: 2.1 Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara2.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara2.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akankepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan2.4 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidupyang berterusan bagi melahirkn masyarakat yang mempunyai jati diri,setia, bersatu-padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka danberetika sejajar dengan wawasan negara. 3. KEAHLIAN 3.1 Dibuka kepada semua murid Sek. Keb. Seri Indra3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang disediakan. 4. GURU PENASIHAT 4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini.4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana, ataumembatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. 5. AHLI JAWATANKUASA 5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.5.3 Pemilihan AJK secara undian.5.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakanmesyuarat.5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar suratperletakan jawatan kepada Guru Penasihat.5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri daripada:PENGERUSINAIB PENGERUSISETIAUSAHA AGUNGPENOLONG SETIAUSAHABENDAHARIAJK KELASPEMERIKSA KIRA-KIRA5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu

You might also like