You are on page 1of 17

_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan

_________________

Ujian Yang Baik Mempunyai Kesahan Dan Kebolehpercayaan Yang Tinggi.

Mengapakah Ciri Tersebut Penting Dan Bagaimanakah Kesahan Dan

Kebolehpercayaan Ujian Ditingkatkan

Sistem penilaian memang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan. Setiap

perancangan kurikulum mesti diikuti dengan penilaian. Kebanyakan penilaian yang

diamalkan dinegara kita adalah penilaian berbentuk ujian. Mengikut Ebel (1979),

sebenarnya pembina ujian menghadapi dua persoalan : pertama, untuk menentukan apa

yang ingin diukur, dan kedua, membuat keputusan bagaimana mengukurnya. Sementara

dari segi makna ujian pula Crombach (1970) telah memberikan satu definisi ujian yang

agak luas, iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan

memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem berkategori.

Kenyataan di atas memberikan gambaran bahawa ujian bukan merupakan sesuatu

yang boleh dilakukan begitu sahaja. Malah ianya memerlukan perancangan dan

pengendalian yang sistematik. Bagaimana pula dengan penilaian? Penilaian mencakupi

lebih luas dan lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan ujian. Mengikut Popham

(1975), penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal

tentang nilai fenomena pendidikan. Secara lebih luas, penilaian pendidikan itu

mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran, dan matlamat ke

arah mana usaha pengajaran dihalakan.

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 1
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

Dari sudut pengajaran, penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses

sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para

pelajar (Gronlund, 1981). Ini jelas menunjukkan bahawa penilaian adalah merupakan

suatu cara atau alat bagi mengukur keberkesanan pengajaran di samping untuk

menentukan sama ada objektif pengajaran boleh dicapai.

Sebagaimana yang kita ketahui, ujian atau peperiksaan adalah satu aspek penting dalam

sistem pendidikan kita. Berbagai bentuk ujian bertulis boleh diadakan oleh guru dari

semasa ke semasa, seperti ujian betul/salah, mengisi tempat kosong, mamadankan, ujian

beraneka pilihan dan juga bentuk esei. Pada asasnya, semua ini bertujuan mendapatkan

maklumat. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian

murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya , meramal keupayaannya, memilihnya

untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Walau apa pun format ujian yang hendak dibina,

atau dipilih, pastikanlah bahawa ujian itu mempunyai ciri-ciri tertentu yang

menjadikannya suatu ujian yang baik. Antara ciri-ciri penting ujian yang baik ialah

seperti kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).

Kesahan

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul

maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu

dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya

hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 2
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman

& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan

kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk

kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa

kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity),

kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel

& Wallen, 1996). Ringkasan jenis kesahan dan kaedah memperolehinya ditunjukkan

dalam Rajah 1.

Adakah soalan menguji apa Kesahan Isi Bina JPU dan rujuk item-item
yang ingin diuji? kepada pakar

Adakah soalan dapat Pilih kriteria dan korelasikan


Kesahan markat ujian dengan skor kriteria
menghasilkan petanda untuk
meramalkan kejayaan sampel
Telahan pada masa akan datang.
KESAHAN pada masa akan datang? Pilih kriteria dan korelasikan
Adakah soalan dapat mengaitkan Kesahan markat ujian dengan skor
kejayaan sesuatu kemahiran Semasa kriteria pada masa yang sama.
dengan kemahiran lain?

Adakah soalan merangkumi Kenalpasti.konsep, gagasan


Kesahan dan definisi operasi. Janakan
semua ciri konsep yang ingin Gagasan
diuji? hipotesis berkaitan dengan
gagasan. Uji hipotesis secara
logik atau empirikal.

Rajah 1: Jenis-Jenis Kesahan (Mokhtar,1995; Mohamad Najib,1999; Salkind, 2000)

Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur

ketinggian seseorang. Keputusan ujian, atau skor markah memberi gambaran sebenar atai

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 3
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

tidak sebenar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya sah.

Kesahannya bergantung kepada beberapa jenis kesahan.

a) Kesahan isi (content validity)

Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian.

Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan

pelajaran, penelkanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran peringkat

atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Bagi sebarang ujian bertulis maka

sangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian ia

hendaklah memilih atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula

bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif

pelajaran yang hendak diuji. Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya

tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu, sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itu

dikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak meliputi sukatan pelajaran.

b) Kesahan telahan/ ramalan

Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan

seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya guru

biasa mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid

mengambil peperiksaan PMR, SPM, atau sebagainya. Berdasarkan pencapaian murid-

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 4
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

murid ini maka kita dapat meramal kejayaan murid-murid dalam peperiksaan sebenar

tersebut. Demikian juga bagi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). Sekiranya

calon-calon yang lulus dalam UKELP dan dipilih mengikuti kursus perguruan juga

berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan serta menjadi guru yang berkesan

maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.

c) Kesahan Semasa/Serentak

Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu

selaras denagn pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujian

kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian,

pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang

berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.

d) Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu

menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat peramah,

bertanggung jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya.

Semua ini merupakan idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti

proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang

khusus dan tepat dapat disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat

berbagai-bagai ramalan yang ada hubungannya dengan gagasan tersebut. Misalnya kita

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 5
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

boleh menelah bahawa seseorang murid yang kreatif juga merupakan seorang yang

imaginatif.

Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian

a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah

dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan

Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang

akan disediakan. Di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk

yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau

Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan

tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung

kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-

murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami

isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.

b) Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari korelasi diantara

markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang

diperkatakan itu. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan

kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan mengukur semangat berdikari,

maka kita terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian

lain yang mengukur trait yang sama.

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 6
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

c) Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu

kumpulan yang diketahui mempunyai trait itu. Sifat hormat menghormati boleh

dikatakan sangat tinggi dikalanganm ahli-ahli agama. Ataupun sifat mencari

keuntungan yang maksimum terdapat dikalangan peniaga-peniaga. Oleh itu

sesuatu ujian itu bolehlah ditadbirkan kepada golongan-golongan yang dikatakan

mempunyai sifat ataupun trait yang dikehendaki itu. Jika markah kumpulan itu

tinggi maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan gagasan yang

tinggi.

d) Dengan menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik-detik startegik di

dalam ekperimen itu. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian yang keadaan

mengubah sesuatu trait itu dapat diwujudkan. Keadaan yang berlainan itu

memberi kesan kepada trait seseorang itu. Umpamanya sifat putus asa akan

bertambah serius jikalau seseorang itu menghadapi kegagalan demi kegagalan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang mengukur trait putus

asa ini, maka ujian ini bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang dimasukkan ke

dalam satu ekperimen apabila keadaan dikelolakan supaya mereka yang

dieksperimenkan itu mengalami kegagalan berturut-turut. Jikalau markah pada

ujian itu menunjukkan pertambahan dari satu masa ke satu masa yang berikutnya

maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan.

e) Langkah utama bagi mendapatkan kesahan ini ialah menentukan kriteria tentang

apa yang dikatakan kemampuan atau kejayaan di dalam sesuatu perkara yang

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 7
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

diramalkan itu. Umpamanya perlu diketahui apakah ciri-ciri yang ada pada

jurutaip yang dikatakan baik itu ataupun apakah ciri-ciri kejayaan di dalam

pelajaran di sekolah menengah. Jurutaip yang baik mungkin dapat menaip

sebanyak 80 perkataan dalam satu mionit, mengetahui semua format surat

menyurat, dapat mengeja dengan tidak membuat salah lebih daripada 2% daripada

perkataan yang terdapat pada sesuatu kerja yang dikendalikan, dapat menaip terus

menerus dalam jangkamasa 1 jam, dan berbagai- bagai lagi. Bagi kejayaan dalam

pelajaran sekolah menengah pula, mungkin perkara- perkara yang penting ialah

mendapat markah tidak kurang daripada 60% di dalam tiap-tiap ujian yang

diambil, menolong rakan sebaya di dalam hal-hal pelajaran di sekolah dan

mengambil peranan aktif semasa di bilik darjah.

f) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi diantara ujian

ayang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan

perlakuan yang di dalam konteks kriatiria pada akhir pengalaman itu. Kesahan

ujian itu boleh diterima jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu

mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam kretiria itu, dan calon yang rendah

markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam kretiria itu.

Kebolehpercayaan

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 8
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). Menurut

Mokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua

pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

Reliabiliti adalah istilah yang keliru di sini dan setengah penulis cuba mengganti kannya

dengan ‘consistency’. Walau bagaimana pun, persoalan asas reliabiliti adalah: Adalah

penilai lain setuju dengan interpretasi tingkah laku pelajar? Tetapi variasi yang

mengganggu pula adalah: Adakah saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan

yang sama jika saya melihatnya lagi? (Rowntree, 1977). Secara umum, kesilapan

angkubah pengukuran adalah banyak terdapat dalam skor ujian dalam pendidikan (atau,

dengan kata lain, ujian pendidikan cenderung kepada tidak reliabel) melainkan kerja yang

lebih berhati-hati dilakukan bagi menentukan aras reliabiliti yang diterima (Martuza,

1977). Ini menunjukkan bahawa reliabiliti bukan sahaja skor yang sama didapati walau

pun orang lain yang menilainya, tetapi jika kita harus memberikan skor yang sama juga

walau pun kita menilai pada masa yang berbeza.

Fakta mengenai reliabiliti rendah memeriksa kertas peperiksaan secara individu

telah ditunjukkan oleh Dicker (1973), yang menemukan bahawa pekali korelasi hanya

0.46 apabila 24 guru memeriksa sekali dan kemudian diperiksa semula selepas tiga bulan.

Aschersleben (1971) menganalisis pemeriksaan oleh 24 guru ke atas 623 pelajar dalam

empat ujian matematik yang bersiri dan empat ujian ‘dictation’. Beliau mendapati

kebanyakan korelasi adalah di bawah 0.60, dengan kertas matematik menunjukkan,

secara purata, nilai lebih kecil (Ingenkamp, 1977). Ini menunjukkan bahawa pemeriksaan

seseorang pemeriksa bukan sahaja tidak tekal tetapi amat berbeza di antara seorang

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 9
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

pemeriksa dengan pemeriksa lain. Dengan kata lain pemeriksaan mereka mempunyai

reliabiliti yang rendah.

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti

rendah tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan

menjadikan sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam

membina alat penilaian.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan

kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai

akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian

yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa

keraguan.

Pada kebiasaannya , sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini amat

ketara dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa sama

kerana pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, kedaan atau jenis kasut yang dipakai,

latihan, larian atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu

hari disebabkan oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.

Kepentingan Kebolehpercayaan

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 10
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

Apabila kita menilai ataupun menguji murid-murid, kita akan menyoal diri kita sendiri

adakah jawapan yang diberikan itu tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan

kemahiran, kebolehan dan nilai pada murid itu. Jika benar maka ujian yang kita berikan

itu bolehlah kita anggapkan sebagai stabil. Ujian yang stabil ialah ujian yang dapat

memberikan market yang sama apabila murid itu mengambil ujian itu beberapa kali di

dalam satu jangka masa yang pendek. Katakan kita menyediakan satu ujian penggal

matematik. Untuk menentukan samada ujian itu stabil atau tidak , kita boleh memberikan

dua kali ujian kepada murid kelas kita. Biarkan jarak di antara ujian pertama dengan yang

kedua itu lebih kurang satu ataupun dua minggu. Jikalau markah bagi tiap-tiap murid di

dalam ujian pertama itu lebih kurang sama dengan markah yang diperolehi untuk ujian

kedua , maka ujian itu bolehlah dianggap stabil ataupun boleh dipercayai.

Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita tidak mahu markah yang

diperolehi itu dalah disebabkan oleh nasib. Kita mahukan markah itu datangnya daripada

kemampuan murid itu sendiri. Kebolehpercayaan adalah satu perkara yang senang dilihat

didalam ukuran seperti berat, panjang, tinggi dan lain-lain yang berbentuk maujud.

Sesuatu ukuran panjang itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau barang yang

sama diukur berulang kali. Begitu juaga dengan sesuatu penimbang berat itu sudah tentu

memberi bacaan yang sama jikalau kita menimbang benda yang sama berulangkali.

Bacaan yang berlainan akan menimbulkan syak wasangka kepada kita oleh kerana alat-

alat sukatan itu tidak lagi stabil.

Bagi ujian ataupun penilaian yang kita sediakan , kebolehpercayaan adalah satu

ciri yang patut kita pastikan sebagai dapat diterima. Jika tidak, penilaian yang kita

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 11
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

lakukan itu tidak akan memberi peluang yang cukup kepada murid-murid membuktikan

yang mereka mempunyai kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dinilaikan itu. Satu

peluang sahaja sudah tentu tidak mengcukupi. Umpamanya kita mahu menguji samada

murid itu dapat menolak nombor-nombor tidak lebih dariapada 20 dan dengan bertangan.

Kita tidak hanya memberikan satu soalan sahaja..Kita akan mengemukakan beberapa

soalan yang dapat menguji kemahiran yang sama. Jika murid itu dapat peluang menjawab

sebilangan besar soalan-soalan itu , maka baharulah kita berpuas hati dan menerima

hasilnya sebagai mencerminkan keupayaan murid itu . Dengan kata lain,

kebolehpercayaan pada ujian ini ialah untuk kita memastikan yang ujian atupun alat

penilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan jawapan yang

mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebab kan oleh nasib.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya, semakin panjang

ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan

atau kebetulan. Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhan

yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yang

sah juaga biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsisten

tidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya merupakan

sampel bagi bidang yang diuji . variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujian

yang setara bentuknya. Hal ini merupakan satu lagi punca ralat.

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 12
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

Oleh kerana guru yang membina dan mentadbir ujian kepada murid-murid, maka

perhubungan guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan keputusannya.

Keadaan fizikal dan mental yang positif, azam dan motivasi, galakan guru, kebiasaan

dengan format ujian juaga akan memberi kesan yang positif terhadap kebolehpercayaan.

Perbezaan skor munkin timbul lantaran perbezaan cara ujian itu ditadbirkan.

Untuk meningkatkan kebolehpercayaan , arahan-arahan mestilah tepat dan jelas. Murid-

murid haruslah diberi masa yang cukup, terutama dalam ujian daya (power test). Mereka

mestilah diawasi dengan teliti semasa ujian. Kadang-kadang kebolehpercayaan

ditentukan dengan cara uji-ulang (retest) . Sebarang manfaat yang didapati oleh murid-

murid daripada ujian pertama akanmengurangkan kebolehpercayaan. Contohnya dalam

ulang uji murid-murid mungkin lebih biasa dengan format , atau lebih faham dengan

item-item ujian. Oleh itu, mereka mendapat skor yang lebih tinggi. Hal ini menunjukkan

betapa perlunya penjelasan yang sempurna sebelum ujian pertama dimulakan.

Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka.

Persekitaran yang sesuai, seperti kerusi meja yang selesa , ruang dan cahaya yang cukup ,

ventilasi yang baik, akan menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan hangar

bingar, misalnya akan menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan

kebolehpercayaan ujian.

Apabila sesuatu ujian itu bersifat subjektif , biasanya markah yang diberi untuk

jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim permarkahan

ada disediakan. Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut

masa dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif, kerana semua

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 13
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

responnya adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan memberi markah yang sama untuk

respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat bagi keutuhan.

Meningkatkan Kebolehpercayaan Dalam Ujian

Pada lazimnya , adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang

mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid

dalam situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh factor-faktor berlainan seperti

bilangan soalan, emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran dan cara memeriksa.

Oleh itu untuk meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian , guru harus

mengurangkan segala punca perubahan faktor-faktor tersebut.

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan

yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu

ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya , muird tidak akan dapat

menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil

ujian , maka jawapannyapun tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya jikalau dia di dalam

keadaan sihat. Oleh itu , guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu

semasa mengambil ujian adalah baik

Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu.

Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan

dariapada muri-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian , guru

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 14
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan,

gambar dan lain-lain lagi itu jelas.

Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang

banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya

beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang.

Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang

dikehendaki. Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu

itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai

tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru

seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru

juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberpa kali.

Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak

menimbulkan masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai

dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering

berlaku di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru

dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara

ini, guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita

patuhi pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 15
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian

ataupun penilaian ilah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya

semakin bilangan solan bertambah, maka semakin tepat pencapaian murid itu., kerana

bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

Penutup

Isu kesahan dan kebolehpercayaan adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu alat

ukur sebelum boleh di gunapakai. Walaupun sesuatu alat ukur yang digunakan telah

pernah dipakai oleh penyelidik terdahulu, dan telah teruji kebolehpercayaan dan

keesahannya, namun alat ukur tersebut masih perlu diuji rintis semula kerana inferens

yang diperolehi hanya sesuai untuk tujuan dan sampel kajian tertentu sahaja

Bibliografi

Krynock, K. & Robb, L. (1996). Is problem-based learning a problem for your

curriculum? Illinois School Research and Development Journal, 33(1), 21 – 24.

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 16
_________________ GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan
_________________

Lee Shok Mee dan Mook Soon Sang (1989). Pengujian dan penilaian dalam pendidikan,

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai : Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa & Pustaka.

Mokhtar Ismail (1995).Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Yap Yee Khiong et al. (1985). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Selangor

Darul Ehsan : Longman.

Rosli Bin Abdullah (66900)


PKPG IPDA/UUM 17

You might also like