You are on page 1of 31

PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA

DISEDIAKAN OLEH: FATIN NASHWAH BINTI AHMAD SHOBRI NUR IDAYU BINTI MOHD NOOR NUR FARHANAH BINTI AHMAD TARMIZI

TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA


Perkembangan bahasa dan pertuturan kanakkanak dipengaruhi oleh perkembangan intelek, umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila sampai pada peringkat umur tertentu kanakkanak sudah boleh menuturkan perkataanperkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa mereka.

Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau telah memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti di berikut:

Perkembangan bahasa kanak-kanak


Umur 1 - Mengenal nama Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan seperti mama dan papa. Faham arahan mudah. Umur 1-2 : Faham perkataan tidak/ no. Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama. Menggabungkan dua perkataan Mak. Makan. Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu. Melambai-lambai selamat jalan

Umur 2-3 : Mengenal anggota badan Guna dua perkataan dalam frasa negatif - tak mau, dont want. Memahami konsep masa yang mudah - esok, semalam. Selesai masalah dengan bercakap, bukannya secara memukul atau menangis. Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang kecil dan besar. Umur 3-4 : Sudah boleh bercerita Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan. Memahami makna kelmarin, makan tengah hari. Mula menurut arahan/permintaan Letak kasut di luar

Umur 4-5 : Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat. Boleh bercakap angan-angan - saya harap . Banyak menyoal, termasuk Mengapa..? Umur 5-6 : Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan Memahami hubungan ruang seperti atas dan belakang. Tahu alamat sendiri. Tahu perkataan antonim mudah seperti kecil besar Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan. Menggunakan berbagai jenis ayat

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


BEHAVIORIS

INTERKSIONALIS

TEORI

MENTALIS

KOGNITF

TEORI BEHAVIORIS (B.F SKINNER)


Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanakkanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lainlain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu Rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

TEORI MENTALIS (NAOM CHOMSKY)


Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja Bagi menguatkan teorinya, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut : i. wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa; ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi dan iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

TEORI KOGNITIF (JEAN PIAGET)


Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran.

Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.

TEORI INTERAKSIONALIS (HALLIDAY)


Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA

KEMATANGAN
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan

Mereka mempunyai kemahiran mendengar dan kemahiran pemprosesan maklumat yang baik, jadi mereka dapat mempelajari bahasa dan memahaminya dalam tempoh yang singkat.
Perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan mempengaruhi tahap seterusnya. -ibu bapa perlu mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dan sedar bahawa untuk menyediakan persekitaran, kegiatan dan rangsangan yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan anak mereka.

PERSEKITARAN
Persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah Keluarga - berpengaruh terhadap perkembangan belajar anak dari segi fizikal dan sosial psikologis -fizikal(keadaan rumah, tempat belajar, sarana prasarana di rumah dan suasana dalam rumah atau disekitar rumah)

-suasana sosial psikologis dalam keluarga merupakan iklim


belajar dan hubungan antara keluarga.

Sekolah
-kanak-kanak mendapatkan pengetahuan lain yang lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding dengan keluarga -Merangkumi fizikal dan sosial.

kognitif
Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif kanak-kanak terjejas. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang memuaskan. Biasanya disebabkan semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini membuktikan bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya.

ALAT ARTIKULASI

Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai

peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alatalat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut:

1. 2. 3. 4. 5.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi

11. 12. 13. 14. 15.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara

6.
7. 8. 9. 10.

Lelangit keras
Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

16.
17. 18. 19. 20.

Rongga tekak
Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

LIDAH
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh

digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan


udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

Gigi
Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam

penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan


tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilanbunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi

Bibir Atas dan Bibir Bawah


Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada
rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagaibagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar,

manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga


berfungsi dalam membuat sekatan kepada udarayang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya,udara disekat di bibir.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan

lelangit keras. Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke


bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam

penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan


sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan
lelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir

rongga mulut.
Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan


manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

Tulang Rahang
Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyibunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

Anak Tekak
Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak

tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak


tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.

Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara
Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat

penting dalam penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otototot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila keduadua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glottis terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara.

Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita,bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara,misalnya [s].

You might also like