You are on page 1of 3

http://www.utusan.com.my/utusan/inIo.asp?

y2004&dt1004&pubutusanmalaysia&secS
astera&pgsa02.htm&archive

ARKIB : 04/10/2004

Kembara Sastera: Memupuk cinta sastera peIajar
sekoIah
Oleh LUQMAN HAKM
Abdul Ghaffar brahim (tengah) mengepalai persembahan
bersama para pelajar yang menyertai bengkel Kembara
Sastera.



D sebalik pelbagai cerita mengenai kelesuan sastera Melayu sebagai
matapelajaran di sekolah, terdapat pelbagai usaha dilakukan demi
menghidupkan dan menyemarakkan kegiatannya.
Usaha tanpa mengenal penat lelah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
dan nstitut Bahasa Melayu Malaysia (BMM) melalui program Kembara
Sastera ke sekolah-sekolah di seluruh negara sejak tahun lepas bertujuan
menanamkan daya apresiasi dan cinta sastera di kalangan pelajar sekolah.
Menyemarak
Kesungguhan dan kelangsungan tersebut amat perlu dalam usaha
menyemarakkan sastera di kalangan para pelajar agar mereka lebih dekat dan
prihatin terhadap sastera bangsanya sendiri.
Salah satu program tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Seri Jengka di Maran, Pahang baru-baru ini membuktikan
sastera masih mendapat tempat jika ada keinginan dan kesungguhan untuk
meletakkan sastera Melayu dalam sanubari para pelajar.
Program seperti ini sepatutnya menjadi pelengkap kepada pendidikan sastera
di sekolah-sekolah kerana mengambil komponen sastera sebagai modul.
Malah ia sewajarnya membuka pemikiran dan menyemaikan sikap terbuka
kepada pihak berkuasa pendidikan untuk meletakkan kembali sastera Melayu
sebagai matapelajaran yang wajib kepada semua pelajar tanpa mengira
aliran.
Penganjuran kembara ini menyajikan satu pakej kegiatan yang mengandungi
tiga komponen pembelajaran dan penghayatan sastera.
Semasa program di SMK Seri Jengka baru-baru ini, para pelajar sekolah
terbabit dan di sekitar daerah Maran berpeluang menemui dua orang
karyawan jemputan, iaitu Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan
penyair, Abdul Ghaffar brahim (AG).
Program yang dianjurkan tersebut pula bertujuan meningkatkan apresiasi
sastera dalam rangka mengimbangi tuntutan emosi dan estetika yang
peranannya juga penting dalam kehidupan seharian.
Para peserta misalnya berpeluang untuk berinteraksi dengan kedua-dua orang
karyawan tersebut terutama berhubung pengalaman mereka dalam dunia
penulisan.
A. Samad Said misalnya memberitahu para pelajar mengenai pengalamannya
menghasilkan novel Salina yang 40 peratus daripadanya merupakan fakta.
Sehubungan beliau memberitahu, karya sastera perlu dibaca kerana ia
merupakan khazanah hati dan perasaan yang perlu dihayati.
``Hasil sastera menghikmahkan orang yang membaca. Saya memilih menjadi
seorang seniman yang tidak terlalu kaya atau tidak terlalu papa,'' ujarnya.
Sementara itu celoteh dan gaya penyampaian Abdul Ghaffar yang kreatif
berjaya menarik perhatian para pelajar untuk turut serta bergurindam dan
bernazam.
Bengkel
Minat dan kecenderungan yang ditunjukkan oleh pelajar sebenarnya
membuktikan matapelajaran sastera termasuk puisi tradisi mampu menarik
perhatian jika diajar dengan cara atau kaedah yang betul dan tidak
membosankan mereka.
Para pelajar sekolah juga turut mengikuti bengkel puisi tradisi dalam
kumpulan-kumpulan kecil yang menekankan aspek pengucapan yang betul
dan menarik. Hasil bengkel tersebut, mereka dikehendaki membuat
persembahan.
Sesi seumpama ini dapat mendekatkan puisi tradisi dan sastera di hati para
pelajar serta mencambahkan minat mereka.
Malam persembahan sempena Kembara Sastera 2004 di Dewan bnu Sina
SMK Seri Jengka menunjukkan bahawa sastera mampu menjadi sumber
hiburan kepada khalayak.
Kembara Sastera dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan
nstitut Bahasa Melayu Malaysia (BMM) dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Pahang.
Kembara tersebut menampilkan usaha dan kesungguhan dua kakitangan
BMM, Mohd. Fauzi Abdullah dan Mohd. Samsuddin Mahmod

You might also like