You are on page 1of 10

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA TAMPAR SMK KOTA MARUDU Perkara 1 : NAMA DAN ALAMAT KELAB 1.

1 Nama Kelab Bola Tampar ________________________________________________ 1.2 Alamat Kelab ________________________________________________ _____________________________________________________ ___________________________________________ Perkara 2 : TUJUAN Untuk membentuk generasi pengguna yang bijak, rasional, kompeten dan bertanggungjawab. Perkara 3 : OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab pengguna serta isu-isu kepenggunaan semasa. Meningkatkan pengalaman, didalam hal-hal kepenggunaan. Memupuk semangat berpasukan dan bersatu-padu dikalangan ahli-ahli kelab di dalam membuat keputusan dan menyuarakan pendapat di dalam hal-hal kepenggunaan. 3.4 Menyemarakkan kegiatan kepenggunaan dikalangan ahli kelab dan rakan-rakan sekolah. kemahiran dan kepimpinan

Perkara 4 :

KEAHLIAN 4.1 Syarat-syarat keahlian 4.1.1 4.1.2 Keahlian terbuka kepada semua murid sekolah. Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan borang permohonan menjadi ahli (borang PMA) dan mestilah dikemukakan kepada Setiausaha 4.1.3 Kelulusan . permohonan menjadi ahli akan

dipertimbangkan oleh Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan adalah muktamad. 4.1.4 Setiap permohonan untuk menjadi ahli adalah diatas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. 4.2 Hak Ahli Seseorang yang telah disahkan keahliannya berhak untuk :4.2.1 4.2.2 4.2.3 kelab; 4.2.4 4.2.5 Menggunakan peralatan dan kemudahankemudahan kepunyaan kelab; Mengemukakan cadangan, idea, dan aduan kepada kelab mengenai isu-isu yang berbangkit. Mengundi dalam pemilihan ahli jawatankuasa kelab; Menjadi calon dalam pemilihan ahli jawatankuasa kelab; Melibatkan diri dan menyertai aktiviti-aktiviti

4.3

Kewajiban Ahli Seseorang murid yang telah disahkan menjadi ahli kelab wajib:4.3.1 Menghormati, mendukung dan mematuhi

perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab ini sepanjang masa dalam semua keadaan; 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua kelab; maruah Menjaga dan mempertahankan nama baik, Memelihara dan menjaga harta benda kelab; Sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan ahli-ahli lain. 4.4 Pemberhentian dan pemecatan ahli 4.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah menyerahkan permohonan bertulis 14 hari terlebih dahulu kepada Setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh jawatankuasa kelab atas nasihat Guru Penasihat; 4.4.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi peraturan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya oleh jawatankuasa kelab atas nasihat Guru Penasihat. Sebab-sebab pemecatan atau keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa dan identiti kelab;

pergantungan hendaklah di maklumkan kepada ahli tersebut.

Perkara 5 :

JAWATANKUASA KELAB DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) 5.1 Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa kelab hendaklah dianggotai oleh :5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 5.1.6 5.2 Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari wakil tingkatan (maksima tujuh ahli)

Pemilihan Jawatankuasa 5.2.1 5.2.2 Pemilihan jawatankuasa hendaklah diadakan

semasa Mesyuarat Agong Tahunan kelab; Nama-nama untuk setiap jawatan hendaklah dicadangkan, disokong dan diundi. Senarai nama jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan oleh Pengetua Sekolah sebelum boleh berfungsi; 5.2.3 5.2.4 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian; Sekiranya berlaku kekosongan jawatan, Guru Penasihat berhak melantik pengganti dikalangan ahli biasa dengan persetujuan AJK;

5.2.5

Mesyuarat Agong tergempar boleh diadakan jika diperlukan oleh jawatankuasa atau dengan permintaan ahli-ahli kelab.

Perkara 6 :

PERANAN DAN TUGAS UTAMA JAWATANKUASA Jawatankuasa kelab adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas semua aspek pengurusan dan pentadbiran kelab termasuklah yang berikut :6.1 Merancang dan mengaturkan kegiatan-kegiatan kelab berdasarkan buku panduan dan kit aktiviti; 6.2 Menentu dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan kelab berlandaskan perlembagaan dan peraturan; 6.3 Mengurus, merancang dan mengawal perbelanjaan kelab dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat Guru Penasihat kelab; 6.4 Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan mempertingkatkan 6.5 6.6 pengalaman, pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara berterusan; Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori dan bekalan pejabat kepunyaan kelab; Menjadi penghubung diantara ahli-ahli kelab dengan Guru Penasihat, pihak pengurusan sekolah, kelab atau kelab lain-lain sekolah dan badan gabungan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan; 6.7 Menganjurkan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya dua bulan sekali;

6.8

Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat serta melaksanakan keputusan yang dihasilkan daripada mesyuarat tersebut khususnya mesyuarat agong tahunan;

6.9

Ahli-ahli Jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa sebab dan alasan yang munasabah akan tersingkir sebagai ahli jawatankuasa dan dianggap telah meletakkan jawatan;

6.10 Perkara 7 :

Menyediakan laporan tahunan kelab.

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA 7.1 Tugas dan kuasa Pengerusi 7.1.1 Mengetuai melaksana diatas; 7.1.2 Mengetuai pengurusan dan pentadbiran kelab serta mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan dikelolakan oleh jawatankuasa kelab; 7.1.3 Berhak menggunakan undi memutus dalam setiap mesyuarat yang dipengerusikannya selagi tidak melanggar atau bertentangan dengan perlembagaan dan peraturanperaturan kelab; 7.1.4 7.1.5 7.1.6 Berkuasa memanggil mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tergempar apabila difikirkan perlu; Mengetuai jawatankuasa disiplin kelab; Menandatangani semua dokumen kewangan seperti resit penerimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama Setiausaha dan Bendahari; usaha-usaha serta merancang, semua mengurus tugas dan utama

memantau

jawatankuasa seperti yang tersenarai didalam Perkara 6

7.1.7 7.1.8

Mewakili kelab dalam semua perjumpaan atau mesyuarat dengan kelab atau kelab lain; Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat Kelab.

7.2

Tugas dan kuasa Timbalan Pengerusi 7.2.1 Melaksanakan tugas dan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaan atau ketidakhadiran Pengerusi ataupun dengan kebenaran bertulis daripada Pengerusi; 7.2.2 Membantu Pengerusi didalam usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua tugas utama jawatankuasa seperti yang disenaraikan didalam Perkara 6; 7.2.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat kelab dan Pengerusi;

7.3

Tugas dan kuasa Setiausaha 7.3.1 Menjalankan kerja-kerja kelab mengikut peraturan dan keputusan mesyuarat jawatankuasa serta melaksanakan semua keputusan yang diluluskan didalam mesyuarat agong kelab dan mendokumenkan semua pelaksanaan; 7.3.2 Menguruskan hal-hal, surat menyurat, menyimpan semua rekod-rekod dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku kewangan; 7.3.3 Menyedia, mengurus dan menyelenggara tugas kesetiausahaan kelab seperti penyimpanan rekod dan penyimpanan maklumat, mengemaskinian rekod kelab, menyebarkan maklumat kelab kepada ahli-ahli dan pendokumentasian aktiviti-aktiviti kelab;

7.3.4 7.3.5

Menyedia, mengedar, mengumpul dan memproses borang keahlian; Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia dan mengemaskini rekod atau daftar keahlian kelab dan mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat kelab;

7.3.6

Menyediakan buku rekod kehadiran ahli dan menandakan kehadiran ahli dalam setiap aktiviti yang dianjur, diurus dan dikelolakan oleh kelab;

7.3.7 7.3.8 7.3.9

Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan; Menyediakan laporan tahunan kelab dan membentangkannya dalam mesyuarat agong tahunan kelab; Menerima dan mengumpul dan memproses aduan-aduan, cadangan-cadangan, pendapat dan idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli kelab;

7.3.10 Menyediakan

kertas

konsep

dan

kertas

cadangan

pelaksanaan bagi setiap aktiviti untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa kelab; 7.3.11 Menandatangani dokumen-dokumen kewangan kelab seperti resit penerimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama Pengerusi dan Bendahari; 7.3.12 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi. 6.4 Tugas dan kuasa Bendahari 6.4.1 6.4.2 6.4.3 Mentadbir dan mengurus kewangan kelab; Menerima, mengutip dan mengakaunkan pendapatan kelab; Membayar bagi pihak kelab segala perbelanjaan atau tuntutan yang dikemukan oleh pembekal dan merekodkan pembayaran yang dibuat;

6.4.4

Menandatangani semua dokumen kewangan kelab seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama Pengerusi dan Setiausaha;

6.4.5 6.4.6

Menyimpan wang tunai ditangan tidak lebih daripada RM 20.00 Merancang dan mecadangkan kepada jawatankuasa kelab akan aktiviti-aktiviti atau projek-projek untuk menambah kewangan kelab;

6.4.7

Menyedia dan melaporkan penyata kewangan bulanan kelab dengan sesalinan kepada Guru Penasihat dan Pengetua Sekolah;

6.4.8

Menyediakan menyerahkannya diaudit;

penyata kepada

kewangan Pemeriksa

kelab Kira-kira

dan untuk

6.4.9

Membentang dan melaporkan penyata kewangan tahunan yang diaudit dalam mesyuarat agong tahunan kelab;

6.4.10 Menyerahkan sesalinan penyata kewangan tahunan kelab yang telah disahkan dalam mesyuarat agong kepada Pengetua Sekolah; 6.4.11 Melaksanakan keputusan mesyuarat agong yang berkaitan dengan hal ehwal kelab; 6.4.12 Menyerahkan wang terkumpul kelab kepada Pengetua sekolah selepas 31 Oktober tahun berkenaan; 6.4.13 Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha. 6.5 Tugas dan kuasa ahli jawatankuasa; 6.5.1 6.5.2 Menghadiri semua mesyuarat ahli jawatankuasa; Mengetuai sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengurus dan mengelola sesuatu aktiviti atau projek kelab;

6.5.3 6.5.4 6.5.5 6.5.6

Mengemukakan cadangan,ulasan, kritikan dan pendapat berkaitan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran kelab Membantu melaksanakan keputusan-keputusan yang diluluskan dalam mesyuarat agong Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa kelab; Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

You might also like