You are on page 1of 1

KEBERKESANAN PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN MURID DI SEKOLAH NEGERI KEDAH

Nasarudin bin Pandak Osman Ketua Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti Institut Aminuddin Baki(Cawangan Utara), Bandar Darulaman, 06000, Jitra, Kedah.

ABSTRAK Kejayaan pendidikan murid juga dipengaruhi penglibatan ibubapa atau komuniti murid tersebut. Kajian ini ingin melihat sejauhmana keberkesanan penglibatan ibubapa atau komuniti dalam membantu pendidikan murid di sekolah. Kajian telah dijalankan di 25 buah sekolah pelbagai jenis dan lokasi di negeri Kedah. Seramai 290 responden telah dikenalpasti yang terdiri dari ajk PIBG sekolah terlibat. Soal-selidik berskala Likert yang mengandungi 5 pilihan persetujuan telah di gunakan. Soal-selidik tersebut mempunyai 4 bahagian iaitu Biodata Responden, Hubungan ajk PIBG dengan sekolah, Keberkesanan hubungan komuniti dengan sekolah dan Cadangan meningkatkan pemuafakatan komuniti dengan sekolah. Sebanyak 272 soalselidik telah dikembalikan dari 23 buah sekolah. Data dari soalselidik telah di analisis secara deskriptif menggunkan SPSS versi 16. Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk peratus, frekuensi, min, Ujian t, Ujian ANOVA dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati (i) tiada perbezaan jantina, hubungan ajk PIBG dengan sekolah (ii) tiada perbezaan jawatan, hubungan ajk PIBG dengan sekolah (iii) terdapat perbezaan umur, hubungan ajk PIBG dengan sekolah (iv) terdapat hubungan kukuh antara hubungan ajk PIBG dengan membantu pendidikan murid di sekolah (v) terdapat pelbagai cadangan meningkatkan pemuafakatan komuniti dengan sekolah. Kajian ini menjelaskan penglibatan komuniti khasnya ibubapa sangat berkesan membantu murid dalam pendidikan di sekolah.

You might also like