You are on page 1of 12

Perkembangan Kesusateraan Melayu Singapura PASCA 1965

Pengenalan
Arena persuratan Melayu Singapura menghadapi realiti dari segi mutu dan jumlahnya setelah
tahun 1965. Pada tahun ini, Singapura berpisah daripada Malaysia dari segi geo-politik sekaligus
melenyapkan bukan hanya ramai penulis yang mapan tetapi juga institusi persuratan seperti
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Malaya yang kemudiannya berhijrah ke Kuala
Lumpur. Antara penulis mapan yang masih meneruskan perjuangan persuratan di Singapura
sehingga hari ini ialah Muhd AriII Ahmad dan Masuri SN. Namun demikian, pertubuhan
signiIikan persuratan yang membentuk pergerakan ke arah kemerdekaan Malaya pada 1957 dan
pengumpul sekian ceruk penulis-penulis agar bersatu dan berkarya demi kepentingan
masyarakat, iaitu Angkatan Sasterawan 50, masih tegap berdiri di Singapura dan meneruskan
perjuangan dengan nada dan objektiI baru iaitu menasionalisasikan persuratan Melayu
Singapura.
Zaman 60`an
Sebelum 1965 wujud para penulis yang aktiI dalam dunia pengkaryaan moden seperti Harun
Aminurrashid, Muhd AriII Ahmad, Masuri SN, Noor S.I, Jymy Asmara, A. Salam, A Ghani
Hamid, Suratman Markasan, Aliman Hassan, Hamzah dan Salmi Manja. Namun demikian,
Hamzah dan Salmi Manja tidak lagi menulis di Singapura selepas 1965. Kumpulan ini dianggap
sebagai generasi akhir 40-an dan awal 50-an. Masuri SN menjelaskan bahawa penulisan di
Singapura pada zaman selepas 1965 rata-rata dilakukan oleh para penulis yang proliIik sejak
zaman awal lagi. Mereka juga merupakan deretan daripada anggota Angkatan Sasterawan 50
(Asas 50) yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Pertubuhan ini merupakan tunggak kepada
perjuangan para penulis yang, pada awalnya, inginkan kemerdekaan bagi Malaya. Setelah
kemerdekaan dikecapi, Asas 50, bergerak kepada perjuangan membina manusia melalui sastera
dengan slogannya Sastera Bina Manusia`. Prinsip seni untuk masyarakat` masih bersemadi dan
kukuh dalam jiwa anggota Asas 50 hingga ke hari ini.
Zaman ini juga menonjolkan beberapa penulis yang mula menonjolkan diri sebagai generasi
pelapis yang mula menonjol pada pertengahan dan akhir tahun 60-an . Antaranya ialah
Mohammed LatiII Mohammed; Djamal Tukimin; MIA; Megadona; Eunosasah; Suraidi Sipan;
Mohd Taha Jamil; Mibarzo; Nor Yusman Abdul Majid; A Hamid Ismail; Ajaki; ElIy Runianto;
F.R Bahamid; Samsidah Suleiman dan Yatiman YusoI. Barisan penulis ini merupakan golongan
yang kelak menghasilkan banyak karya dan membentuk perkembangan sastera di Singapura,
selanjutnya.
Dari segi jumlah penerbitan, zaman ini amat sedikit sekali. Masuri SN menyimpulkan bahawa
antara 1965 hingga 1976, hanya terdapat 6 buah novel sahaja yang dihasilkan seperti Sultan
Mahmud Shah (Harun Aminurrashid, 1967); Peristiwa Laksama Cheng Ho ke-Melaka (Harun
Aminurrashid, 1969); Kosong (Mahmud Ahmad, 1966); Dr Tan (Mahmud Ahmad, 1969); dan
Mail Mau Kawin (Mas, 1976). Malahan jika disingkap jumlah sajak dan cerpen yang diterbitkan
di akhbar Berita Minggu Singapura pada tahun 60-an, jumlahnya amat sedikit sekali.
Zaman 70`an
Zaman 70-an menampakkan semacam pergerakan yang serius dari segi jumlah penulis muda dan
pertubuhan yang wujud dalam dunia persuratan. Pada akhir tahun 1969, lahir pula kumpulan
penulis baru yang mewarnai dunia persuratan Singapura. Kumpulan yang terdiri daripada Djamal
Tukimin, MIA, Noryusman Abdul Majid, Eunosasah, Samsidah Suleiman, ElIy Runianto, Ajaki
dan Kamalia A. Karim menubuhkan kumpulan puisi Group Gelorasa pada tahun 1971.
Kumpulan ini amat aktiI dan mengambil initiatiI menganjurkan perbincangan sastera pada 25
Disember 1971 dan diikuti pula oleh majlis Dari Tambak ke Tambak I pada 25 Februari 1972
dan Dari Tambak ke Tambak II pada 3 Jun 1972 . Pada zaman ini juga lahir sebuah lagi
kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Aktivis Sastera Singapura (PASS) yang dianggotai
Noor Hidayat , Mohamed LatiII Mohamed, Mila Karmila, Nurim, Surtini Sarwan, Budi Hartini
dan Bahari Rajib.
Satu perkembangan yang merangsangkan dunia penulisan Melayu Singapura ialah sikap proaktiI
para penulis daripada Kumpulan Sudut Penulis Perpustakaan Toa Payoh yang dianggotai Jamal
Ismail, A Rahim Basri, Norul Ashikin Ajmain, Rohman Munasip dan SariIah Yatiman dalam
menggerakkan aktiviti sastera di perpustakaan. Ia secara tidak langsung menaikkan tahap sastera
ke peringkat nasional dengan melibatkan sebuah pertubuhan pemerintah. Usaha ini dikukuhkan
lagi oleh Kelab Muda-Mudi Perpustakaan Negara yang disokong A Kadir Pandi, Basiran Hj
Hamzah dan Samsidah Suleiman. Para mahasiswa Universiti Singapura juga tidak ketinggalan
dalam usaha menyemarakkan perkembangan sastera Melayu Singapura. Mereka menubuhkan
Kumpulan Jejak Kembara di Universiti Singapura yang dianggotai Rahsiah Halil, Hadijah
Rahmat dan Normala MustaIa.
Perkembangan proaktiI seumpama ini dimangkin lagi oleh bengkel-bengkel Sastera KreatiI yang
diadakan oleh Asas 50. Bengkel Penulis I telah diadakan pada 7 Jun 1970 dan Bengkel Penulis II
diadakan pada 26 September 1971. Ruang berkarya juga mendapat jolokan dengan adanya
majalah Pewarta dan Sasterawan terbitan Asas 50. Ini akhirnya diikuti oleh tercetusnya idea
mewujudkan Hadiah Sastera setelah Asas 50 mengendalikan satu Perkampungan Sastera, yang
buat pertama kalinya diadakan setelah perpisahan daripada Malaysia pada 4 dan 5 Ogos 1973
dengan tema 'Hendak Meninjau Sejauh Mana Perkembangan Sastera Berbahasa Melayu dan
Bagaimana Hendak Mengekal dan Menyuburkan dalam Masyarakat Berbilang Kaum,
Khususnya di Singapura . Perkampungan ini dihadiri 153 orang penulis muda, sasterawan,
penyair, dan peminat sastera berbahasa Melayu di Singapura dan beberapa orang dari Malaysia,
Serawak dan Brunei.
Pada 7 Julai 1974, gagasan Asas 50 untuk mengadakan Hadiah Sastera disambut baik oleh 19
buah pertubuhan dan tertubuhlah Jawatankuasa Bersama Hadiah Sastera (JBHS). Anugerah
Hadiah Sastera yang pertama dalam sejarah kesusasteraan Melayu Singapura diadakan pada 12
Oktober 1975. Pada tahun 1977, JBHS berubah menjadi Jawatankuasa Hadiah Sastera (JHS)
sahaja dan diselanggarakan bersama oleh Majlis Pusat (MP), Asas `50, Kesatuan Guru-Guru
Melayu Singapura (KGMS) dan Persatuan Wartawan Melayu Singapura (PWMS); JHS berjaya
mengadakan hari penyampaian Hadiah Sastera kali keduanya pada 1977 bagi karya sepanjang
tahun 1975-1976. Hadiah Sastera ketiga diadakan pada 1979 bagi karya sepanjang tahun 1977-
1978.
Dari segi jumlah karya yang diterbitan, zaman 70-an menampakkan perkembangan yang sangat
menggalakkan berbanding dengan zaman sebelumnya. Jumlah keseluruhan karya yang
diterbitkan ialah 2738 yang merangkumi 1621 sajak; 398 cerpen; 470 esei; 7 novel; dan 27 skrip
drama .
Antara penulis yang aktiI dan dianggap sebagai generasi 70-an dan awal 80-an ialah Asmin,
Sapiee Ahmad Razali, Hadijah Rahmat, SariIah Yatiman, A Kadir Pandi, Isa Kamari,
Radinzaduan, Rauzani Ahmad, dan ShariIah Maznah Albubakar.
Zaman 80`an
Hadiah Sastera merupakan mangkin kepada perkembangan dunia persuratan Melayu Singapura
kerana ia menjadi penggalak kepada lebih banyak karya bermutu dihasilkan. Ia juga menjadi
semacam ukurtara kepada penghasilan karya bagi penulis-penulis baru. Selain itu, ia juga
menjadi bahan rujukan kepada para penggiat sastera luar negara dan penyelidik dalam menilai
kemampuan para penulis Melayu Sngapura. Kesannya, zaman ini merupakan kemuncak kepada
perkembangan sastera kerana tempias daripada kegiatan Hadiah Sastera di Singapura yang
bermula pada tahun 1975. Para penulis muda semakin terangsang untuk bergerak dalam dunia
penulisan melalui pertubuhan. Maka lahir pula Kumpulan Pemuisi Remaja (KUPUJA) iaitu
cabang belia daripada Asas 50 dan dianggotai Roslan Abdul Razak, Hanim Mohd Salleh, Nor
EIIendi Badron dan Nor Azuan. Ini diikuti oleh tertubuhnya Kumpulan Penulis Muda Singapura
(KAMUS) yang dianggotai MustaIa Mohammed, Hamidah Muhamed, Ahmad Mohd Tahir,
Mohd Khalid Lani dan Mohd Arhad Ami.
Hadiah Sastera terus berlangsung walaupun terdapat beberapa perubahan dari segi
pengendalinya. Pada zaman ini JHS dikenali sebagai JBSMP (Jawatankuasa Bahasa Sastera
Majlis Pusat) setelah pengendaliannya dilaksanakan oleh Majlis Pusat sepenuhnya. Hadiah
Sastera bagi kali keempat untuk karya sepanjang tahun 1979-1980 diadakan pada 1981.
Manakala Hadiah Sastera bagi kali kelima untuk karya sepanjang tahun 1981-1982 diadakan
pada tahun 1983 dan akhir sekali anugerah bagi karya sepanjang tahun 1983-1984 diadakan pada
tahun 1986.
Dari segi jumlah karya yang diterbitan bagi zaman 80-an, jumlah keseluruhan ialah 1322 iaitu
936 sajak; 257 cerpen; 107 esei; 1 novel; dan 20 skrip drama . Dari segi penerbitan karya-karya
penerima Hadiah Sastera mahupun Penghargaan, sebuah buku telah diterbitkan bagi tahun
penilaian 1975-1976 berjudul Ekspresi dan sebuah lagi berjudul Gema Temasik bagi tahun
penilaian 1981-1982.
Zaman ini juga amat penting bagi persuratan Melayu Singapura kerana Masuri SN dan Suratman
Markasan telah dianugerahi Anugerah S.E.A Write Award daripada Raja Thailand pada tahun
1980 dan 1989 selanjutnya. Masuri SN merupakan penerima pertama anugerah seumpama ini
bagi penulis Melayu Singapura dan diikuti Suratman Markasan. Anugerah ini diberikan kepada
penulis yang mencapai tahap penulisan yang membanggakan dan proliIik dari segi penghasilan
karya-karya bermutu. Anugerah ini merupakan pengiktiraIan bahawa adanya karya-karya yang
bermutu dan penulis yanag berwibawa di kota Singa ini.
Zaman 90-an
Hadiah Sastera terhenti selama enam tahun. Ia kemudiannya dihidupkan kembali oleh
Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura (JBMS) pada tahun 1992 yang dipengerusikan oleh
Sidek SaniII juga selaku Menteri Negara (Pendidikan). Beliau menganjurkan agar Sambutan
Bulan Bahasa diadakan secara berselang-seli dengan Anugerah Persuratan yang dimulakan pada
tahun 1993. Pada tahun ini juga bahasa Melayu Baku mula diperkenalkan di Singapura dalam
sistem pendidikan dan media massa sepenuhnya. Secara tidak langsung kepentingan berbahasa
dan persuratan semakin ketara di kalangan masyarakat Melayu Singapura, khususnya.
Zaman ini merupakan pencetus kepada peningkatan dari segi darjat Hadiah Sastera dengan
komitmen dan belanjawan yang lebih besar. Strategi yang dilaksanakan termasuk menetapkan
kriteria baru bagi penganugerahan Hadiah Sastera dan aktiviti yang lebih rencam untuk mencapai
masyarakat penulis dan penggemar sastera mahupun khalayak. Usaha ini mendapat anjakan
dengan meningkatnya taraI JBMS kepada sebuah majlis iaitu Majlis Bahasa Melayu Singapura
(MBMS). Majlis telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Anugerah Persuratan (JAP) yang
dipengerusikan oleh Yatiman YusoI juga selaku Setiausaha Parlimen (Ehwal Luar). Dalam usaha
menggalakkan pengkaryaan dan memberikan penganugerahan ke atas karya mahupun tokoh
persuratan, empat jenis penganugerahan diusulkan iaitu; Anugerah Tun Seri Lanang, Anumerta
Tun Seri Lanang, Hadiah Sastera dan Hadiah Sayembara Sastera.
Buat pertama kalinya Anugerah Tun Seri Lanang diperkenalkan khas untuk menghargai tokoh
persuratan setempat yang masih hidup dan sama ada :
i. menjadi tokoh seni yang ulung di mata masyarakat berbilang bangsa dan budaya Singapura;
ii. melalui karya besar mereka telah meletakkan nama mereka sebagai tokoh antarabangsa;
iii. menjadi `pejuang seni dalam erti kata menggunakan sebahagian besar usia dan kehidupan
mereka untuk menyubur dan menyemarakkan bidang yang dihayati; dan /atau
iv. menghasilkan karya yang memberikan sumbangan untuk memajukan pemikiran masyarakat
dalam konteks pembangunan.
Anugerah Anumerta Tun Seri Lanang. Anugerah ini diperuntukkan bagi menghargai tokoh
persuratan setempat yang sudah meninggal dunia yang ukurtaranya sama seperti Anugerah Tun
Seri Lanang. Hadiah Sastera merupakan pemberian anugerah ke atas karya-karya yang mencapai
tahap paling bermutu dan hadiah penghargaan pula akan diberikan ke atas karya-karya yang
bermutu tetapi tidak sampai ke tahap untuk memenangi Hadiah Sastera. Karya-karya yang dinilai
haruslah yang telah diterbitkan atau tersiar dalam sebarang bentuk media semasa tahun
penilaiannya. Jenis karya yang dinilai juga semakin rencam iaitu puisi; cerpen; esei/kritikan;
novel; novel remaja/kanak-kanak; lirik lagu; naskhah teater; naskhah drama radio; naskhah
drama TV; rencana dan berita (media cetak).
Bagi Hadiah Sayembara Persuratan pula, ia diberikan kepada karya-karya berbahasa Melayu
bagi setiap satu genre penulisan berikut; puisi, esei/kritikan sastera, cerpen, naskhah teater dan
artikel bahasa. Pemberian hadiah adalah dalam bentuk hadiah pertama, kedua, ketiga dan tiga
hadiah sagu hati bagi setiap bidang. Karya-karya mestilah dalam bentuk manuskrip dan belum
pernah tersiar atau terbit dalam sebarang bentuk media.
Jumlah karya yang dinilai pada zaman ini ialah 1537 iaitu 644 sajak; 319 cerpen; 208
esei/kritikan; 14 novel; 206 lirik lagu; 16 naskhah teater; 119 naskhah drama radio; 11 naskhah
drama TV.
Penerima anugerah Tun Seri Lanang ialah Muhd AriII Ahmad (1993); Masuri SN (1995); Abdul
Ghani Hamid (1997); dan Suratman Markasan (1999). Manakala penerima Anumerta Tun Seri
Lanang ialah Harun Aminurrashid (1993); Mahmud Ahmad (1995); Noor S I (1997); dan Suradi
Parjo (1999). Tahun ini juga menyaksikan pemberian Anugerah S.E.A Write Award kepada dua
orang tokoh sasterawan Singapura iaitu Muhd AriII Ahmad pada tahun 1993 dan Abdul Ghani
Hamid pada tahun 1998.
Antara penulis yang mula bergiat secara proliIik pada zaman ini ialah Rohani Din, AlIian Saat,
Chairul Fahmy Hussaini, Muhammad RaIi Abu Bakar, ShaIIiq Selamat dan Mohamed Pitchay
Gani Mohamed Abdul Aziz.
Zaman Kontemporari
Dunia persuratan dan kesusasteraan Melayu Singapura kontemporari semakin rancak dengan
adanya kesedaran yang dipupuk oleh pemerintah dan institusi-institusi seperti Angkatan
Sasterawan 50, Majlis Bahasa Melayu Singapura, Institut Pendidikan Nasional, Universiti
Nasional Singapura dan Majlis Seni Kebangsaan.
Baru-baru ini Fakulti Sastera dan Sains Hayat, NUS dan The Arts House telah mengambil
initiatiI memberikan Iellowship kepada penulis untuk menghasilkan karya kreatiI sambil
mengendalikan program-program kemasyarakatan. Penulis ini akan diberikan gaji bulanan
sebanyak 4 ribu dolar bagi jangka masa setahun dan 6 ribu dolar bonus. Ini merupakan sesuatu
yang baru buat pertama kalinya diadakan di Singapura atas initiatiI badan bukan pemerintah.
Majlis Bahasa Melayu Singapura
MBMS pula sedang giat mengukuhkan hubungan dengan anggota-anggota Nusantara yang lain
dengan mengikuti program-program yang dirancangkan dengan setekal mungkin. Pada 28
September 2004, negara Singapura buat pertama kalinya menerima perlawaan Mastera untuk
mengikuti program Kuliah Kesusasteraan Bandingan Mastera 2004 dengan menyediakan
kemudahan bagi tokoh yang dilantik Mastera iaitu Dr. Shahlan Mohd Saman untuk memberikan
kuliah di Singapura. Sebelum ini MBMS juga menghantar wakil ke sidang MABBIM dan
Mastera. MBMS juga giat menerbitkan buku-buku sastera kreatiI. Bagi tahun ini sahaja 5 buah
buku telah diterbitkan. MBMS juga telah mengadakan majlis Anugerah Persuratan 2003 yang
menyaksikan pemberian 38 anugerah kepada 12 kategori karya yang dinilai. Anugerah ini juga
menyaksikan penganugerahan tokoh Sastera terkemuka tanah air yang ke 5 iaitu Tun Seri
Lanang Mohamed LatiII Mohamed, penyajak yang tidak asing lagi. Anugerah Persuratan 2003
ini juga telah menghasilkan 4 buah buku.
Angkatan Sasterawan 50
Pertubuhan mapan dan penuh sejarah iaitu Asas 50 terus bergerak secara proaktiI untuk
membawa sastera Melayu ke landasan aliran nasional dengan mengadakan hubungan kerjasama
dengan institusi bukan Melayu seperti National Library Board dalam usaha mengumpul bahan-
bahan sasterawan mapan untuk didokumentasikan secara proIesional dan usaha menerbitkan
buku kumpulan kertas kerja bagi Pertemuan Sasterawan Nusantara ke 12 yang diadakan pada
2003 di Singapura.
Memorandum PerseIahaman yang ditandatangani Ketua Pegawai EksekutiI NLB dan Ketua 1
Asas 50, merupakan satu detik bersejarah dalam laluan Asas 50. Ia merupakan komitmen Asas
50 terhadap usaha memartabatkan dan menaiktaraIkan sastera Melayu di Singapura dan rantau
ini. Asas 50 juga telah melancarkan lelaman webnya, www.asas50.com, dalam usaha
menyerantaukan sastera Melayu Singapura. Asas 50 terus menerbitkan buku-buku sastera yang
bermutu. Sehubungan ini, Asas 50 sedang menghasilkan sebuah buku dwi bahasa yang pertama
di Singapura dalam bentuk kumpulan sajak dan lukisan penyair-pelukis Abdul Ghani Hamid.
Terkini Asas 50 sedang giat menggerakkan sayap belianya dengan mengadakan lebih banyak
sesi pengumpulan karya belia dan mengajak belia berkongsi pengalaman dengan para pelajar
sekolah seperti dalam aktivti Teroka Pantai Timur` yang melibatkan 6 buah sekolah rendah di
pantai East Coast sempena sambutan Bulan Bahasa 2004. Antara penggerak belia Asas 50 ialah
Nazeerah Allaudin, Nazreen Md Noor, Mohd Hizammuddin Mohd YusoI dan Fariz Husnah
Sanjani.
Kementerian Pendidikan Singapura
Pemerintah melalui Kementerian Pendidikan Singapura telah memperkenalkan program Sarjana
Muda Bahasa Melayu dan Sastera di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang
pada tahun 2001 serta pengenalan program pilihan bagi Bahasa Melayu peringkat tinggi iaitu
EMAS bagi sekolah menengah dan MLEP bagi maktab rendah pada tahun yang sama. Kedua-
dua program ini bersiIat pengayaan di peringkat bahasa Melayu tinggi, Sastera dan Budaya.
Perkembangan ini menunjukkan sokongan pemerintah ke atas hasrat masyarakat Melayu untuk
meningkatkan kemajuan bahasa dan budayanya, dan sejajar dengan dasar pemerintah mengenai
bahasa Ibunda sebagai penyulam budaya. Selain itu, pengenalan program latihan khas guru
bahasa Ibunda di NIE kampus Townsville merupakan satu anjakan terhadap perkembangan dan
pembangunan bahasa dan persuratan Melayu di Singapura. Sebelum ini, dasar kementerian
pendidikan yang semakin terbuka telah menggalakkan ramai guru bahasa Melayu di Singapura
meneruskan pengajian Melayu mereka di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia
sejak tahun 1994. Kini jumlah graduan daripada dasar tersebut telah melebihi 100 orang guru.
Majlis Seni Kebangsaan
National Arts Council pula sangat agresiI dalam membantu penerbitan buku-buku oleh para
penulis proliIik Singapura. Ia juga menyediakan geran bagi projek perkembangan dan
pembangunan sastera di Singapura. Hingga kini NAC telah menganugerahkan Cultural
Medallion (Medalion Budaya) kepada beberapa tokoh kesenian Melayu. Antaranya, bagi bidang
sastera ialah Muhd AriII Ahmad dan Abdul Ghani Hamid. Anugerah ini membawa ganjaran
sebanyak 50 ribu dolar yang perlu digunakan untuk menerbitkan karya-karya baru.
Kesan Senario Mesra Sastera Singapura
Senario mesra sastera ini menghasilkan perkembangan proaktiI terhadap pembangunan sastera
Melayu Singapura. Singapura mencapai rekod peningkatan dalam jumlah graduan peringkat
diploma, sarjana muda dan sarjana dalam bidang pendidikan bahasa Melayu dan pengajian
Melayu. Jumlah penerima ijazah peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana bagi tahun 2003
dan 2004 semakin meningkat. Singapura kini menghasilkan 6 sarjana pengajian Melayu. Mereka
berkhidmat di sekolah-sekolah merata Singapura dan institusi pengajian tinggi. Jumlah ini tidak
termasuk para graduan lulusan luar negeri yang mendalami bidang pengajian Melayu.
Sehubungan ini, dunia pendidikan Melayu Singapura telah dianugerahkan dengan seorang guru
pakar dalam bahasa Melayu. Perlantikan ini merupakan yang pertama oleh Kementerian
Pendidikan Singapura dalam usaha meningkatkan prestasi bahasa Melayu di Singapura. Tahun
ini sahaja, Kementerian Pendidikan juga telah menganugerahkan 4 biasiswa khas kepada guru-
guru bahasa Melayu untuk melanjutkan pengajian di universiti.
Penerbitan
Dunia penerbitan Melayu juga semakin rancak khususnya dalam karya-karya kreatiI. Jumlah
karya bukan-Iiksyen juga semakin meningkat. Bagi tahun 2003 dan 2004 terdapat anggaran 40
judul bagi karya kreatiI dan 10 judul bagi bukan-kreatiI. MBMS sendiri menghasilkan 10 judul.
Terdapat juga peningkatan dalam jumlah dan kekerapan jurnal serta majalah bagi bahasa dan
persuratan yang diterbitkan. Kini terdapat :
i. Jurnal SEKATA terbitan MBMS bagi bahasa di peringkat nasional.
ii. Majalah SASTERAWAN terbitan ASAS 50 bagi sastera di peringkat nasional.
iii. Majalah RIANG RIA dan GELIGA terbitan syarikat swasta bagi para pelajar.
iv. Majalah SALAM dan jurnal PARADIGMA terbitan NUS untuk Institusi Pengajian Tinggi.
v. Jurnal AKTIVIS terbitan Persatuan Budaya Melayu, NIE Kampus Townsville, untuk Institusi
Pengajian Tinggi
vi. Majalah WAHANA terbitan Persatuan Bahasa Melayu, NIE/NTU
vii. Majalah SAUJANA terbitan Program ElektiI Bahasa Melayu (Maktab Rendah Tampines)
untuk para pelajar.
Satu pergerakan proaktiI MBMS ialah mengorak langkah menerbitkan karya-karya pemerima
anugerah sejak 1993 hingga 2001 yang dikendalikan oleh Dr Hadijah Rahmat et.al. Enam buah
buku telah diterbitkan iaitu Antologi Puisi, Cerpen dan Novel Remaja Projek X (2003); Antologi
Esei Citra Minda; Antologi Cerpen Anak Bumi (2003); Antologi Skrip Drama Teater Prisma
Pentas (2004); Antologi Skrip Drama Radio Gelombang Kasih (2004); dan Antologi Puisi Potret
Diri Seorang Penyair (2004).
Buat pertama kalinya karya-karya penerima anugerah dalam Anugerah Persuratan 2003 telah
dibukukan dan diberikan semasa majlis penganugerahan itu sendiri. Buku Anugerah Persuratan
2003 Pengumpulan Karya Dan Ulasan Juri (2003) diselenggarakan oleh Mohd Pitchay Gani
Mohd Abdul Aziz. Selain itu, MBMS juga semakin rancak menerbitkan buku-buku tokoh
Singapura. Antaranya ialah antologi sajak dwi bahasa Bukan Binatang Buruan karya Sidek
SaniII dan Mari Berpantun Satu Petunjuk karya Muhd AriII Ahmad. Buku ini merupakan yang
pertama di Singapura dan di rantau ini. Sebelum ini terdapat beberapa naskah buku mengenai
pantun tetapi lebih berpusat kepada kumpulan pantun pusaka yang dikategorikan mengikut jenis
dan bentuknya. Buku Muhd AriII Ahmad pula amat berbeza kerana beliau bukan sekadar
menyusun pantun-pantun mengikut pergerakan hidup manusia sejak lahir hingga kematian
manusia itu tetapi ia juga memuatkan cara menghasilkan pantun yang bermutu dan sesuai dengan
budaya Melayu yang penuh dengan keindahan alam dan Iauna.
Sehubungan ini, jumlah penerbit aktiI juga bertambah iaitu MBMS, Angkatan Sasterawan 50,
Majlis Pusat, Angkatan Pelukis Aneka Daya, Tokoh Buku Haji Hashim, Pustaka Nasional dan
Anuar Othman & Associates.
Pertemuan Sasterawan Nusantara
Singapura telah menjadi tuan rumah bagi Pertemuan Sasterawan Nusantara ke 12 pada
September 2003. Anjuran Angkatan Sasterawan 50, pertemuan ini telah mendapat sambutan baik
daripada negara-negara Nusantara yang lain dan penggiat sastera tempatan. Ia telah dihadiri
sekitar 200 orang peserta dan sasterawan dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia,
Singapura dan Thailand. Kegiatan ini mendapat sokongan padu pemerintan dan badan-badan
swasta. Sebuah buku yang mengumpul dan mengupas kertas kertas kerja yang dibentangkan
telah disiapkan sempena pertemuan ini. Buku ini merupakan kerjasama pihak Asas 50 dan NLB.
Anugerah Persuratan
Anugerah Persuratan 2001 menyaksikan pemberian 34 anugerah kepada karya-karya terbaik
Singapura daripada 14 kategori iaitu iaitu Novel, Novel Remaja/Kanak-Kanak, Buku Bukan
Fiksyen, Antologi Sajak, Antologi Cerpen, Esei Kritikan Sastera, Cerpen, Sajak, Cerpen Remaja,
Drama Pentas, Drama Radio, Drama Televisyen, Sajak Remaja dan; Lirik Lagu. Sebanyak 666
karya telah dinilai .
Anugerah Persuratan pada September 2003 pula menyaksikan pemberian 38 anugerah kepada
karya-karya terbaik Singapura dalam 13 kategori iaitu Novel, Buku Bukan Fiksyen, Antologi
Cerpen, Antologi Sajak, Esei Kritikan Sastera, Cerpen, Esei Bahasa, Sajak, Esei
Kemasyarakatan, Cerpen Remaja, Drama, Puisi Remaja, dan Lirik Lagu.
Anugerah Tun Seri Lanang telah diberikan kepada Aliman Hassan (2001) dan Mohamed LatiII
Mohamed (2004). Buat pertama kalinya juga telah diadakan satu anugerah khas iaitu Anugerah
Sahabat Persuratan yang diberikan kepada Chan Maw Woh (2001). Anugerah ini diberikan
kepada soerang yang bukan berbangsa Melayu tetapi telah memberikan sumbangan besar dalam
dunia persuratan Melayu. Mohamed LatiII juga telah menerima Anugerah S.E.A Write Award
pada tahun 2002 sekaligus membuktikan adanya pergerakan positiI dalam dunia kesusasteraan
Melayu Singapura.
Kampus Townsville
Satu kesan yang paling ketara daripada usaha murni ini ialah penghasilan penulis-penulis kaum
muda yang proliIik oleh NIE Kampus Townsville . Sejak bermulanya program ini sehingga hari
ini, kampus ini telah menghasilkan ramai penulis kaum muda di bawah usia 35 tahun. Antaranya
termasuk penulis-penulis wanita seperti Noor Hasnah Adam, HaIizah Mahat, Sri Rahayu Binte
Zainal, Siti Norlelawati Mohd Jelani, Norzaidah Suparman, Zakiah Muhamad, Arlitaharianty
Sayrol, Siti Sujinah Johari, Nazirul Husna Ikhsan, Sopiyanti Abdullah, Helmilina Md Som dan
Nur Uzaimah Fadzali. Manakala penulis lelakinya pula terdiri daripada Md Naguip Ngadnan,
Mohd Hizammuddin Mohd YusoI, Djohan Abdul Rahman, Mohd HaIiz Bin Mohd Said, Mohd
ZulIadli Mohd Rashid dan Mohd Arizal Bin Ahmad.
Program ini juga telah menghasilkan para belia yang aktiI dalam pertubuhan-pertubuhan
persuratan seperti Asas 50, MBMS, KGMS dan kelab E-Remaja Berita Harian. Mereka
memegang tanggungjawap menyelenggarakan dan menggerakkan kegiatan-kegiatan dalam
pertubuhan tersebut. Sumbangan yang tidak kurang penting juga ialah penerbitan jurnal
AKTIVIS` yang mengumpulkan segenap karya-karya kreatiI dan bukan kreatiI para guru pelatih
NIE ini yang menyumbang kepada perkembangan persuratan Melayu Singapura. Program ini
juga pemula kepada tradisi pendokumentasian khazanah persuratan Melayu Singapura dengan
memulakan pengajaran sejarah sastera secara pragmatik sehingga guru pelatih perlu
mendapatkan bahan asli daripada para penulis dan membuat kajian perpustakaan.
Bukti akan mutu atau kualiti para penulis yang dihasilkan dapat dilihat melalui anugerah yang
mereka terima dalam majlis Anugerah Persuratan yang diadakan setiap dua tahun sekali. Sejak
tahun 1999, mereka mula meraih anugerah. Dalam bidang puisi terdapat Zakiah Muhamad
(1999) dan HaIidah Mahat (2001), manakala dalam cerpen pula terdapat Nur Hasnah Adam
(1999), Mohd Naguib Ngadnan (1999), Djohan Abdul Rahman (2001), Nur Hasnah Adam
(2003), Norzaidah Suparman (2003) dan Mohd ZulIadli Mohd Rashid (2003).
-Remaja
Dunia kesusasteraan Melayu remaja Singapura mendapat galakkan dengan bermulanya Kelab
Coretan Remaja` (KCR) pada tahun 1994. Kelab ini dikelolakan oleh seorang wartawan Berita
Harian, Cik Dewani Abbas. Setiap hari rabu akan disediakan sebuah ruang di akhbar tersebut
untuk mengisi karya-karya remaja. Kelab ini berjaya menambah jumlah karya remaja sekaligus
menggalakkan penglibatan para pelajar dan muda-mudi yang berminat dalam berkarya. Kelab ini
juga berjaya menghasilkan ramai penulis yang proliIik. Akhbar ini juga menyediakan sebuah lagi
ruang iaitu InIo-R` yang membuat liputan mengenai aktiviti belia dan remaja. Pada 25 April
2004, KCR` dan InIo-R` telah digabungkan menjadi E-Remaja`. Gabungan ini amat
bersesuaian dengan perubahan zaman kerana konsep sastera kini perlu disatukan dengan
perkembangan semasa dalam dunia pembangunan remaja agar mereka dapat memahami korelasi
sastera dan budaya. Keberkesanan KCR ini terbukti dengan adanya kategori khas bagi karya
remaja dalam Anugerah Persuratan. KCR juga telah menerbitkan dua buah buku antologi remaja
bertajuk Manik-Manik Hijau (Sajak) dan Bingkisan (Cerpen). Antara anggota yang lebih proliIik
dalam kumpulan Kelab Coretan Remaja` (KCR) ialah ShaIIiq Selamat, Normala Mohd Yusope
dan Chairul Fahmy Husaini.
Karya Penulis Melayu Singapura dalam Antologi Bersama
Jika disingkap beberapa buah antologi sahaja, kita dapati terdapat banyak karya penulis Melayu
Singapura yang proliIik sama ada dalah antologi bahasa Melayu mahupun Inggeris diperingkat
nasional, serantau mahupun antarabangsa. Berikut merupakan beberapa contoh :
i. Puncak Sembilan.Singapura: Pustaka Nasional, 1975. (9 Penulis) Masuri S. N; Noor S I; A
Ghani Hamid; Aliman Hassan; Djamal Tukimin; Nor Yusman Abdul Majid; Mohamed LatiII
Mohamed; Noor Hidayat; dan Ajaki.
ii. Singapore Writing.Singapore: Woodrose Publications, 1977. (7 Penulis) Mohamed LatiII
Mohamed; A. Ghani Hamid; Aliman Hassan; Masuri SN; Suratman Markasan; A. Razak JaaIar;
dan Fuad Salim.
iii. Friends-Foreign Poetry. Seoul: Bok Ji Moomwha Co., 1979. (2 Penulis) Mohamed LatiII
Mohamed; Suraidi Sipan.
iv. Lamp Light Ever Burning Korea Seen by Foreign Poet. Seoul: Kapin Publishing Co., 1980.
( 1 Penulis) Mohamed LatiII Mohamed.
v. Puisi Temasik. Singapura: Angkatan Sasterawan 50, 1981. (24 Penulis) Abdul Ghani
Hamid; Ajaki; Al Ijma`; Asmin; A Salam; AzizIakir; Jasady; Masuri SN; Mas; Megadona; M.
RaziI IrIan; Mohamed LatiII Mohamed; Mohd Taha Jamil; Nasrie Noor; Noor S I; Noor
Hidayat; Nurul-Ain Kudsi; Rasiah Halil; Raida Suryana; Suratman Markasan; SariIah Yatiman;
Suraidi Sipan; Zaihar; Zaitun Talib
vi. Tiga Warna Bertemu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987. (41 Penulis) Abdul
Ghani Bin Abdul Hamid; Ahmad MustaIa; Abdul Jalil Kadir (Ajaki); Abdul Kadir Pandi; Jamal
Ismail (Al-Ijma`); Aliman Hassan; Abdul Salam Ayob (A.Salam); Abdul Samad Bin Salimin
(Asmin); Djamal Tukimin; Eunosasah; Fathol Rahman Abdul Hamid (F.R.Bahamid); Hadijah
Rahmat; Hamed Ismail; Isa Kamari; Johar Buang; Muhd AriII Ahmad (Mas); Masuri Bin
Salikun; Mohd Gani Ahmad (Megadona); Mohd Ismail Abdullah (MIA); Mohammed YusoII
Bin Abdul Rahman (Mibarzo); Mohamed LatiII Bin Mohamed; Mohd Taha Hj Jamil; Mohd
Naim Daipi (Nizqin); Ismail Hj Omar (Noor S I); Nor Azuan; Normans; Norulashikin Jamain;
Haron Abdul Majid (Nor Yusman Abdul Majid); Ridzuan Chong (Radinzaduan); Rauzani
Ahmad; Rohman Munasip; Samsidah Suleiman; ShariIah Maznah Syed Omar (ShariIah Maznah
Albubakar); Sapiee Ahmad (Sapiee Ahmad Razaly); SariIah Yatiman; Sukinah Sapar; Suraidi
Sipan; Suratman Markasan; Yahya Abdul Hamid; Yatiman YusoI; Zaiham
vii. Words Ior The 25th Readings By Singapore Writers. Singapore: Unipress, 1990. (7
Penulis) Abdul Samad Salimin (Asmin); Hadijah Rahmat; Jamal Ismail; Masuri S N;
Mohamed LatiII Mohamed; ShariIah Maznah Syed Omar; Suradi Parjo.
viii. Voices oI Singapore. Singapore: Faculty oI Arts and Social Science NUS, 1990. (5 Penulis)-
Abdul Ghani Hamid; Abdul Samad Salimin (Asmin); Masuri S N; Mohamed LatiII Mohamed;
Noor S. I.
ix. Dinamika Budaya. Singapura: Majlis Pusat, 1991. (14 Penulis) Muhd AriII Ahmad (Mas);
Masuri Salikun; Suradi Parjo; Ismail Hj Omar (Noor S I); Aliman Hassan; Abdul Ghani Hamid;
Djamal Tukimin; Hadijah Rahmat; Mohamed Naim Daipi (Nizqin); Abdul Samad Salimin
(Asmin); Mohd Raman Daud; Isa Kamari; Mohd Noor Mohd YusoIe (Yusnor EI); Mohd Khalid
Lani (Sri Sumira)
x. The Fiction oI Singapore. Singapore: Unipress, 1993. (22 Penulis) Masuri Bin Salikun;
Abdullah Abdul Kadir Munsyi; Mahmud Ahmad; Abdul Samad Ismail; Harun Aminurrashid;
Abdul Salam; Rosemera; Hamzah; Akhbar Goh; Muhd AriII Ahmad (Mas); Suratman Markasan;
Ismail Hj Omar (Noor S I); Mohamed LatiII Bin Mohamed; M Fuad Salim; Peter Augustine
Goh; Rasiah Halil; Hadijah Rahmat; Anuar Othman; Isa Kamari; Jamal Ismail.
xi. The Poets` Chant. Indonesia:Istiqlal International Poetry Reading `95, 1995. (2 Penulis)
Mohamed LatiII Mohamed; Suratman Markasan.
xii. Rhythms- A Singaporean Millennial Anthology oI Poetry. Singapore: National Arts Council,
2000. (25 Penulis) Abdul Ghani Bin Abdul Hamid; A.Salam; Ahmad Md Taha; Aliman
Hassan; Asmin; Djamal Tukimin; Hadijah Rahmat; Isa Kamari; Johar Buang; Mas; Masuri Bin
Salikun; Mirbazo; Mohamed LatiII Bin Mohamed; Mohd Taha Jamil; Noor S I; Norulashikin
Jamain; Nurul-Ain Kudsi; Peter Augustine Goh; Rasiah Halil; Rohman Munasip; SariIah
Yatiman; ShariIah Maznah Syed Omar; Suraidi Sipan; Suratman Markasan; Yatiman YusoI.
xiii. Tides oI Memories and other Singapore Poems. Singapore: Asiapac Books, 2002. (1
Penulis) Mohamed LatiII Mohamed.
Kewujudan karya-karya dalam antologi bukan Melayu merupakan satu Ienomena yang sangat
unik dan memberangsangkan. Suratman menjelaskan bahawa terdapat banyak persatuan penulis
yang menyokong usaha ini. Persatuan Penulis Cina dengan nama Singapore Association oI
Writers telah memuatkan dua buah sajak Masuri SN yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Mandarin di dalam jurnalnya. The Island Society, sebuah persatuan bahasa dan kebudayaan Cina
telah memberikan sokongan kewangan kepada Asas 50 untuk menerbitkan majalah Sasterawan
dalam bahasa Melayu. The Society oI Singapore pula, yang menerbitkan karya-karya pelbagai
bangsa ke dalam bahasa Inggeris, telah menerbitkan 3 sajak A. Ghani Hamid, 2 sajak Mohamed
LatiII Mohammed, 1 sajak Masuri SN, 1 sajak Aliman Hassan, 2 cerpen Suratman, 1 cerpen
Mohd Fuad Salim dan 1 Cerpen Abdul Razak JaaIar.
Penutup
Sejarah perkembangan sastera Melayu Singapura menampilkan kerencaman dari segi kumpulan
penulis dan karya yang dihasilkan. Jelas sekali persuratan di Singapura masih kukuh merentasi
zaman dan waktu. Cuma tumpuan terhadap penghasilan dan penerbitannya sahaja yang agak
berbeza. Namun demikian, ia tetap mendapat sokongan proaktiI daripada pemerintah dan badan-
badan swasta dalam melestarikan persuratan Melayu Singapura. Sokongan padu pemerintah
dalam hal pertumbuhan dan perkembangan sastera Melayu Singapura tidak dapat
dikesampingkan kerana peranan utama ini juga telah menghasilkan 5 penerima anugerah
terunggul Asia Tenggara iaitu SEA Write Award daripada raja Thailand. Mereka ialah Muhd
AriII Ahmad, Masuri SN, Abdul Ghani Hamid, Suratman Markasan dan Mohamed LatiII
Mohammed. Para penerima ini merupakan golongan mapan yang menjadi citra sastera Melayu
Singapura sepanjang zaman mengikut proIesionalisme mereka dalam bidang masing-masing
yang mereka suburkan melalui peranan mereka dalam pertubuhan khususnya Asas 50 dan
institusi-institusi lain amnya.
Sastera Melayu Singapura umumnya dibentuk oleh dua komponen utama iaitu akhbar dan
Anugerah Persuratan. Jelas sekali, kita dapati peranan akhbar selaku wahana bagi bahan-bahan
kreatiI dan kritikan sangat menggalakkan. Melalui akhbar banyak bakat-bakat baru dalam
penulisan lahir dan digalakkan. Sejak tahun 1965 hingga kini, dianggarkan sejumlah 3200 buah
karya dalam bentuk cerpen dan sajak yang dihasilkan di akhbar sahaja. Jumlah ini tidak termasuk
terbitan di majalah, jurnal mahupun buku dan antologi.
Para penulis sastera Melayu Singapura yang proliIik sebenarnya mencapai kemuncak pada tahun
70-an kerana pada zaman tersebut lahir lebih kurang 40 penulis baru dalam dunia sastera Melayu
berbanding dengan yang ada iaitu 8 bagi tahun 60-an, 14 bagi tahun 80-an dan 7 bagi tahun 90-
an. Jelas sekali tahun 70-an merupakan tahun emas bagi sastera Melayu Singapura kerana
ledakan daripada kesuburan jumlah penulis pada zaman tersebut menjadi asas kepada
peningkatan kegiatan dan penerbitan bagi tahun-tahun yang selanjutnya. Berikut merupakan
pengkategorian para penulis mengikut zaman mereka mula berkarya kecuali zaman yang
dicatatkan dalam kurungan :
60-an (8 Penulis)
Abdul Ghani Bin Abdul Hamid (sejak 1948); Abdul Jalil Kadir (lewat 1950-an); Ismail Hj Omar
(lewat 1940-an); JaaIar Bin Haji Muhammad (lewat 1940-an); Masuri Bin Salikun (lewat 1930-
an); Harun Aminurrashid (sejak 1920-an); Mahmud Bin Ahmad (sejak 1929); Muhd AriII
Ahmad (lewat 1930-an).
70-an (40 Penulis)
Abdul Aziz Bin Pakkeer Mohd; Abdul Kadir Pandi; Abdul Salam Ayob; Abdul Samad Bin
Salimin; Ahmad AIIandi Jamari; Ahmad Awang; Aliman Hassan; Anuar Othman; Basiran Haji
Hamzah; Djamal Tukimin; Eunos Bin Asah; Fathol Rahman Abdul Hamid; Goh Mey Teck
Iskandar Goh; Hamed Ismail; Haron Abdul Majid; Hartinah Ahmad; Isa Kamari; Ismail Sarkawi;
Ismail Wardi; Jamal Ismail; Mohamed LatiII Bin Mohamed; Mohammed YusoII Bin Abdul
Rahman; Mohd Gani Ahmad; Mohd Naim Daipi; Mohd Taha Hj Jamil; Rasiah Halil; Rohman
Bin Munasip; Saeda Buang; Sapiee Ahmad; SariIah Yatiman; Sidek Bin SaniII; Suradi Parjo;
Suraidi Sipan; Suratman Markasan; Yatiman YusoI; Mohd Ismail Abdullah; Norulashikin
Jamain; Patimah Jalaludin; Mohammed SaIIri Bin Abdul ManaI; Mohd Raman Daud
80`an (14 Penulis)
Abdul Wahab Bin Hamzah; Ahmad Ja`aIIar Bin Munasip; Ahmad Md Tahir; Hadijah Rahmat;
Jumaiah Bte Mohd Jubri; JuIIri Bin Supa`at; Johar Buang; ShariIah Maznah Syed Omar;
Sulaiman Jasman; Nuraini Hj Khudsi; Samsudin Said; HaIizah Talib; Mohd Khalid Lani;
Muhammad Salihin Sulaiman
90-an (7 Penulis)
AlIian Sa`at; Chairul Fahmy Hussaini; Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz;
Muhammad RaIi Bin Abu Bakar; Rohani Bte Din; ShaIIiq Bin Selamat; Aidli Alin` Mosbit
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang

You might also like