You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran
penggunaan huruI besar terutama sekali semasa membuat latihan membina ayat dan menjawab
soalan pemahaman bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya telah memilih seramai 27 orang
murid dari Tahun 3 iaitu 20 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Dalam kajian ini juga, saya
lebih berIokus kepada penggunaan huruI besar pada permulaan ayat. Bagi membantu murid-
murid tersebut, saya telah memperkenalkan teknik menulis huruI besar menggunakan teknik
warna. Ujian pra diberikan kepada murid-murid sebelum sesi rawatan untuk mengesan punca
kesilapan mereka semasa membuat latihan membina ayat dan menyalin ayat dengan
menggunakan huruI besar di tempat yang betul. Rawatan melalui teknik warna diberikan secara
berterusan. Pemerhatian keberkesanan teknik warna terhadap murid juga dijalankan secara
berterusan. Ujian pasca pula adalah ujian yang sama diberikan semasa ujian pra tetapi selepas
rawatan telah dijalankan. Ujian pasca diberikan bertujuan mengukur keberkesanan teknik warna
setelah diperkenalkan kepada murid-murid untuk mengatasi masalah kesilapan menulis huruI
besar. Analisis kajian melibatkan proses penyusunan data. Data yang diperolehi daripada
pemerhatian dianalisis berdasarkan kekerapan. Data yang didapati dari pemerhatian juga dinilai
dari aspek kualiti prestasi dan pencapaian sepanjang rawatan diberi. Adalah diharapkan melalui
teknik warna ini murid-murid dapat menampakkan peningkatan dalam kemahiran menulis huruI
besar berbanding sebelum kajian. Selain itu, sikap yang lebih positiI diharapkan dapat membantu
murid-murid meningkatkan daya ingatan terhadap penggunaan huruI besar pada permulaan ayat.

You might also like