You are on page 1of 11

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU


TAJUK

1. Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam bahasa Melayu baku. 2. 5 peranan guru dalam menjayakan dasar Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris.
KUMPULAN EL P04 DISEDIAKAN OLEH NAMA LEE CHEAH LIANG NO. ID D20102044500 NO. TELEFON 016-5551983

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADY DR ABDUL HALIM ALI TARIKH SERAH: 18/11/2011

Soalan 1 : Perbualan yang telah ditukar kepada bahasa baku. Guru : Siapakah nama anda? Apakah perasaan anda belajar di sini?

Norji : Nama saya Norji. Saya berasal dari Kampung Pinang. Saya bersekolah di sini. Saya berasa seronok untuk belajar di sini.

Guru : Kenapa anda berasa seronok?

Norji : Ini adalah kerana saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang berpengalaman seperti guru lepasan dari luar negara.

Guru : Apakah peranan anda semasa menggunakan papan tulis elektronik interaktif?

Norji : Saya baru mengetahui bahawa apa itu papan tulis elektronik interaktif . Dengan kewujudannya, saya berasa ada semangat sedikit untuk ingin belajar.

Guru : Oh, rupa-rupanya tiada semangat ingin belajar jika tiada papan tulis elektronik interaktif.

Norji : Tidak. Maksud saya menyatakan bahawa ia menambahkan semangat saya untuk belajar. Namun, setiap perkara memiliki kelebihan dan juga kelemahan yang tersendiri.

Guru : Apakah kelemahan itu?

Norji : Itulah yang terkesan pada papan tulis elektronik interaktif. Masa penggunaannya terlalu singkat sehingga saya tidak sempat untuk menyalin nota.

Guru : Oh, adakah itu bermakna anda memerlukan lebih masa?

Norji : Ya. Masalah teknikal tersebut menyebabkan banyak masa terbuang.

Soalan 2 : 5 peranan saya yang sebagai guru dalam menjayakan dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris.

Pendahuluan Definisi Memertabatkan bahasa Melayu merupakan suatu usaha meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, iaitu sesuai dengan kedudukannya yang sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Memperkasakan bahasa Inggeris pula menunjukkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang perlu dimantapkan kerana ia wajib dipelajari. Bahasa Inggeris juga berfungsi sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa. Tujuan Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah ke arah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu. Tujuan utama memperkasakan Bahasa Inggeris adalah membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik.

Peranan-peranan saya yang sebagai guru dalam menjayakan dasar berkenaan 1) Guru sebagai perancang strategi dan aktiviti pengajaran Guru bertindak sebagai penyebar ilmu dan pengamal ilmu melalui pelbagai strategi pengajaran yang berunsur-unsur seperti yang berikut :a) Asas berbahasa Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis perlu diperkukuh oleh guru kepada murid melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Bahasa inggeris pula diberi penekanan kepada Phonics. b) Didik hibur Pendekatan pengajran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Modul Language Arts membolehkan guru menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui kaedah menyanyi, drama, muzik dan bahan bantu mengajar.

c) Persekitaran pembelajaran yang kondusif Guru perlu mempertingkatkan aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan bilik darjah dari semasa ke semasa bagi memastikan saiz kelas serta keadaan fizikal bilik darjah lebih kondusif untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. d) Guru Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru dengan murid, seorang guru Bahasa Inggeris gred DG41 akan bersedia untuk membantu guru yang mengajar kelas berenrolmen besar misalnya kelas yang melebihi 35 murid di Tahun 1 dan 2. 2) Guru sebagai pembimbing, penyayang dan mentor a) Pembimbing Guru berfungsi sebagai pembimbing dalam MBMMBI dengan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya kepada para murid melalui proses pengajaran sebutan ejaan dan spelling. Pada zaman moden ini, ramai orang tidak ambil kira sama ada orang dewasa atau kanak-kanak sering

berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa tidak baku. Keadaan ini sering berlaku dan banyak kesalahan tatabahasa, iaitu campuraduk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta penggunaan perkataan yang telah diringkaskan. Misalnya, You pernah melawat Pulau Pinang ke? Jika keadaan sebegini terus dilanjutkan, apa yang boleh kita ramalkan ialah kesalahan penggunaan tatabahasa akan semakin serius. Secara tidak langsung, imej negara kita akan terjejas. Dalam proses bimbingan tersebut, guru perlu menitik beratkan kesukaran murid untuk membezakan perkataan-perkataan yang hampir sama dari aspek ejaan dan spelling. Selain daripada itu, guru boleh membimbing murid membina frasa atau ayat pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Sebelum itu, guru seharusnya memberikan contoh-contoh yang relevan untuk memudahkan pembinaan ayat dan frasa oleh murid-murid. b) Penyayang Guru sewajarnya bersifat penyayang dan bersabar dengan sepenuhnya dalam proses membimbing murid yang baru mempelajari sesuatu topik pembelajaran. Guru-guru seharusnya menyedari bahawa mutu dan tahap pembelajaran bagi setiap orang murid adalah berlainan. Jadi, guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris perlulah meluangkan masa untuk merancang

aktiviti P&P yang berasaskan pembahagian kumpulan yang bersesuaian dengan tahap setiap orang murid. Ketika pelaksanaan aktiviti kumpulan, perkara yang tidak dapat dielakkan adalah seperti mengemukakan soalan yang sama diulangi oleh

murid yang berlainan, guru boleh memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang berkenaan. Jika guru tersebut tidak sempat untuk mengatasi masalah bagi jenis kes murid yang sama, guru boleh melatih seorang guru sampingan iaitu anak murid yang amat pintar untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah. Contoh aktiviti kumpulan bagi kumpulan pintar adalah membina ayat berdasarkan perkataan atau frasa yang diberikan. Kumpulan sederhana diagihkan aktiviti membina frasa berdasarkan perkataan yang diberi, manakala kumpulan yang lemah diperuntukkan lembaran kerja yang perlu memadankan perkataan-perkataan berdasarkan gambar-gambar yang diberi. c) Mentor Guru tidak berada di sisi murid-murid sepanjang hari, namun beliau boleh berkewajipan sebagai mentor bagi murid-murid ketika berada di sekolah dengan memberi prihatin yang selebih-lebihnya terhadap gaya dan nada pertuturan murid-murid ketika murid-murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jika guru mendapati bahawa seseorang murid sering bertutur dalam bahasa tidak baku, guru sewajarnya memperbetulkan kesalahan tatabahasa murid tersebut dengan segera. Jangan beri dalih, tetapi kata boleh, pepatah ini yang berada di situasi sini menyatakan bahawa muridmurid tiada sebarang dalih untuk menolak diri daripada belajar menyebut dalam bahasa baku dan, guru tiada sebarang sebab yang mengelakkan diri daripada memberi tunjuk ajar tambahan kepada murid. Selain daripada aspek pertuturan, guru juga dapat mengesan kesalahan tatabahasa murid melalui kerja sekolah murid yang diagihkan kepada mereka iaitu daripada aspek penulisan. Untuk memupuk minat murid dalam bidang penulisan, guru-guru boleh menggalakkan murid-murid menulis karya yang berasaskan kreatif sendiri berdasarkan tajuk-tajuk tentang kehidupan di sekolah. Melalui cara ini, murid-murid akan bercuba dengan sedaya upaya mencetuskan idea-idea sebanyak yang boleh untuk menghasilkan karya yang tersendiri dan, guru-guru dapat mengesan jenis kesalahan tatabahasa yang kerap berlaku pada murid-murid.

3) Guru sebagai pembentuk nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan poyensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Apa yang saya sedari bahawa penguasaan bahasa ibunda oleh kebanyakan pelajar di sekolah saya yang berjenis SJK ( C ) adalah agak lemah, apatah lagi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Namun, usaha-usaha memenambahbaikkan penguasaan murid-murid terhadap ketiga-tiga bahasa tersebut sedang dijalankan oleh pihak sekolah saya dan guru. Terdapat sebilangan murid yang lemah dalam penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sering terpengaruh dengan faktorfaktor luaran sehingga kerap menyalahgunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris iaitu bercakap kasar dengan bahasa-bahasa tersebut dan seterusnya bertindak kasar terhadap pihak yang bertutur dengan mereka. Terdapat sebilangan kecil pelajar pula hanya sekadar untuk bercakap kasar berdasarkan perkataan-perkataan yang direti oleh mereka. Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan bahasa sebagai bahasa kasar, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni pada mereka melalui strategi pengajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Misalnya, guru membahagikan muridmurid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta mencipta sebuah dialog tentang sebarang topik berbudi bahasa berdasarkan idea-idea kumpulan masing-masing. Kemudian setiap ahli kumpulan mempersembahkan lakonan di hadapan kelas secara bergilir-gilir. Ketika sesuatu kumpulan berlakon, kumpulankumpulan lain diarahkan memerhatikan sama ada gerak geri kumpulan yang berlakon berunsur kesederhanaan dan sejauh mana cara pertuturan mereka bersopan. Selepas selesai persembahan lakonan oleh semua kumpulan, guru memberikan komen yang setimpalnya kepada setiap kumpulan dengan

menerapkan nilai-nilai murni yang berkenaan pada murid-murid. Guru juga mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan kesalahan tatabahasa pada murid-murid seperti kekerapan menggunakan bahasa tidak baku. Sebenarnya guru juga perlu menitikberatkan sebahagian penggunaan perkataan yang kerap disalahgunakan oleh murid-murid seperti engkau, kamu,

kaudan anda. Walaupun perkataan-perkataan tersebut sama makna tetapi penggunaannya adalah berbeza dari jenis ayat yang disebut. engkau, kamu dan kau biasa digunakan ketika bertutur dengan kawan karib atau dengan orang yang berhubungan rapat dengan kita. Manakala anda digunakan apabila kita bertemu dengan orang yang baru kita kenal mahupun dengan orang yang lebih tua daripada kita. Jadi, murid-murid perlu diterapkan pengetahuan am sebegini oleh guru supaya murid-murid sering bersopan dalam sebut kata. Perkara yang seterusnya yang ingin saya tekankan ialah kes salah faham yang terhasil daripada kesalahan sebutan bahasa. Suatu ketika, saya menonton drama televisyen yang menyatakan seorang pesakit wanita dari China ingin mendapatkan pemeriksaan keselamatan sebelum bersalin daripada doktor di sebuah klinik persendirian yang terletak di Hong Kong. Ketika wanita tersebut berdaftar di kaunter dan ingin menanya sesuatu, jururawat Hong Kong di kaunter itu tidak reti untuk bertutur dalam bahasa kebangsaannya iaitu bahasa Mandarin . Jadi, jururawat tersebut cuba bertutur dengan wanita itu dengan menggunakan bahasa Mandarin, namun wanita itu menganggap jururawat tersebut memakinya kerana kesalahan menyebut perkataan dalam bahasa Mandarin oleh jururawat itu. Guru boleh menggunakan kes ini untuk menggalakkan murid-murid agar tekun dalam menimba ilmu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan diri iaitu bahasa Melayu untuk mempertahankan maruah negara kita. Selain itu, guru sepatutnya menasihati murid-murid agar tekun menempuhi ilmu tentang bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris luas digunakan di seluruh dunia. Jika seseorang murid amat berbakat dalam penggunaan bahasa Inggeris, diharap dia akan mewakili negara kita meluaskan kegiatan ekonomi ke luar negara dan secara tidak langsung mengharumkan nama negara kita.

4) Guru sebagai pendidik, agen sosialisasi dan pakar rujuk Sebelum menjadi seorang pendidik dan pakar rujuk yang berjaya dan memberi keyakinan kepada masyarakat, saya yang sebagai guru perlu membuat kajian tindakan yang mendalam tentang penguasaan saya terhadap kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, sebelum semester baru persekolahan bermula, guruguru perlu memahami isi-isi huraian sukatan pelajaran yang diajar olehnya. Setiap kemahiran dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mempunyai teknik pengajaran dan keunikan yang tersendiri. Dalam kemahiran

bahasa Melayu, terdapat kata banyak makna, kata hubung, kata nama, kata adjektif, kata hampir sama ejaan, pemahaman, penulisan dan sebagainya. Manakala kemahiran dalam bahasa Inggeris terdapat past tense, present tense, future tense, comprehension, composition dan lain-lain lagi. Tatabahasa dan grammar yang tersebut merupakan suatu ilmu pengetahuan yang agak rumit. Jadi, guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan perlu sentiasa peka terhadap perubahan yang seiras dengan pengubahsuaian pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan menyampaikan isi-isi pengajaran yang telah dimansuhkan. Justeru, sebelum guru menjalankan sesi pengajaran dengan murid-murid, beliau perlu merancang aktiviti pengajaran yang sesuai dengan tahap semua murid secara terperinci seperti aktiviti pembahagian kumpulan yang telah dinyatakan pada (1) di atas. Dengan mengamalkan persediaan yang mencukupi sebelum mengajar, barulah guru dapat mendidik pelajar dengan penuh keyakinan. Guru perlu melonjokkan prestasi diri dengan melibatkan diri dalam peperiksaan atau penilaian kendiri. Dalam usaha ini, ketua-ketua panitia bahasa Melayu dan bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting untuk berbincang dengan ahli-ahli jawatankuasa supaya menggubal soalan-soalan peperiksaan bagi tujuan penilaian tahap pemahaman guru-guru terhadap pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sebenarnya prinsip tatabahasa dan grammar sering diperbaharui dari semasa ke semasa, ini memungkinkan penggunaan tatabahasa dan grammar oleh guru yang tidak mengikuti kursus dalaman semasa akan mengajar isi pengajaran yang ketinggalan masa. Oleh yang demikian, guruguru di sekolah dikehendaki mengikuti kursus dalaman yang dianjurkan ketuaketua panitia untuk mempertingkatkan prestasi mereka terhadap pengajian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sebagaimana yang telah disebutkan, peperiksaan mahupun penilaian yang dijalankan pada guru adalah menguji tahap pemahaman guru terhadap tatabahasa dan grammar. Sebagai seorang guru, kita haruslah berdedikasi dalam mengkaji tahap pemahaman murid terhadap ilmu pengetahuan tatabahasa dan grammar dengan menggubal soalan-soalan peperiksaan tidak formal berdasarkan keperluan topik-topik pengajaran. Penilaian tidak formal ini boleh dijalankan dari aspek lisan, nyanyian, bacaan, tulisan dan sebagainya. Selepas peperiksaan tidak formal, guru akan menyedari bahawa mutu pembelajaran yang dicapai oleh semua murid.

Langkah ini memudahkan guru membuat refleksi serta merancang tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan murid-murid menguasai tatabahasa dan grammar. Jika guru terlibat dalam tugas menggubal soalan-soalan peperiksaan formal iaitu peperiksaan bulanan, guru-guru perlu menentukan jadual penentuan yang menggariskan tahap kesukaran untuk tujuan penggubalan soalan. Guru yang sebagai agen sosialisasi memainkan peranan yang penting dalam komunikasi dengan pelbagai pihak terutamanya dengan anak-anak murid. Ini bermakna nada suara dan mimik muka yang ditunjukkan oleh guru semasa berkomunikasi dengan murid banyak berpengaruh kepada murid. Keramaian murid tidak berani untuk bertutur dengan guru kerana guru yang berkenaan langsung tidak beramah mesra atau terlalu garang sama ada dalam sesi pengajarannya atau selepas sesi P&P. Dalam kes ini, guru-guru harus sedar bahawa kita merupakan watak utama bagi pelajar melalui proses interaksi dengan mereka. Jika seseorang murid tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dan, guru sering bersikap penyabar dan tidak jemu untuk memberi penerangan yang selanjutnya, maka tentulah murid itu berminat untuk meminta bantuan daripada guru untuk menimba ilmu tentang tatabahasa dan grammar serta karangan atau essay.

5) Guru sebagai pengamal ilmu dan pengamal profesional Setiap insan perlu melonjokkan ilmu pengetahuan diri, malah kita yang sebagai seorang guru digalakkan lebih bergiat dalam mangkaji ilmu secara mendalam demi generasi baru kita. Biasanya guru dapat meningkatkan ilmu pengetahuan diri dengan membaca buku, melayari internet, melancong dan sebagainya. Model Standard British English yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa. Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan peluang lanjut belajar kepada para guru. Misalnya, saya sebagai guru yang memiliki gred jawatan DGA29 telah memohon untuk mengikuti Program Pensiswahzahan Guru. Selain daripada tujuan peningkatan gred kepada DG41, saya juga berpendapat bahawa menuntut ilmu secara mendalam melalui program tersebut yang ditujukan kepada pelbagai mata pelajaran tertentu juga adalah mustahak. Mata pelajaran yang perlu diikuti dalam program tersebut ialah Pengantar Bahasa Melayu, English For Communication, Teknologi Maklumat, Pembangunan Sahsiah, Kenegaraan,

Falsafah Pendidikan Negara dan lain-lain lagi. Sudah jelas bahawa usaha Kerajaan Malaysia dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris merangkumi rancangan mempertingkatkan mutu pengajaran guru melalui program tersebut. Kementerian Malaysia juga menganjurkan pelbagai kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Jika seseorang guru diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menghadiri kursus tersebut, guru tersebut sewajarnya menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka . Izinkan saya luahkan perasaan saya tentang kursus peningkatan mutu pengajaran PJK yang telah saya tuntuti pada tahun lepas. Ketika itu, Jurulatih Utama PJK membimbing saya yang sebagai guru PJK selama ini tentang cara-cara yang berkesan untuk menunjukkan teknik asas lompat pagar, lontar peluru dan senaman erobik. Walaupun terdapat buku-buku yang boleh kita rujuk untuk mengetahui teknik-teknik tersebut, namun tiada sebarang yang lebih baik daripada praktikal. Begitu juga dengan kursus-kursus mempertingkatkan pengetahuan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, terdapat sesi perbincangan antara guru-guru yang hadir dan pembentangan berdasarkan pelbagai strategi. Secara tidak langsung, guru-guru dapat mencungkil idea yang baru untuk dilaksanakan dalam sesi pengajaran mereka apabila mereka kembali ke sekolah. Guru-guru juga perlu memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah dengan menghadiri kursus dalaman sekolah yang berlandaskan matlamat mempertingkatkan mutu pengajaran. Oleh kerana guru merupakan pengamal ilmu yang profesional, jadi saya perlu menambahbaikkan strategi pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan sesudah kelemahan dikesan. Dalam situasi ini, penulisan refleksi adalah amat penting sebelum proses penambahbaikan dilakukan. Saya juga perlu berinovasi dan kreatif dalam merancang segala aktiviti pengajaran yang sesuai dengan semua murid pada tahap yang berlainan. Setiap murid memiliki kemampuan menyerap ilmu pengetahuan yang berlainan. Murid-murid yang amat pintar akan diagihkan aktiviti pengayaan manakala murid-murid yang amat lemah diberikan aktiviti pemulihan oleh guru. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta

menghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi para pendidik. Para guru boleh berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang bahasa Melayu dan bahasa Inggeris melalui portal tersebut untuk memanfaatkan sesi P&P. Penutup Kesimpulannya, kedudukan bahasa Melayu yang sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan bahasa Inggeris yang sebagai bahasa antarabangsa merupakan isu yang sering dititikberatkan. Kewajipan guru untuk membimbing, mendidik muridmurid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut memang tidak dapat dinafikan. Diharap usaha memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris dapat melahirkan insan yang berilmu. Justeru, kelakuan murid-murid tidak harus diabaikan kerana melahirkan insan yang berakhlak mulia juga merupakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like