You are on page 1of 5

Kelahiran anak di dalam sebuah keluarga memang menceriakan dan mengembirakan.

Sejajar dengan Iitrah manusia yang memiliki kasih sayang dan ingin disayangi, anak-
anak adalah pembawa kegembiraan. Namun pada hari ini ramai manusia hanya
menumpukan kepada kesejahteraan rumah tangga dan kejayaan anak-anak yang bersiIat
duniawi. Hidup yang sementara memerlukan perancangan jangka panjang dunia dan
akhirat. Kerjaya, keluarga dan anak-anak perlu mempunyai rancangan yang lebih jauh
sehingga menjangkau dunia dan akhirat. Anak-anak perlu dibangunkan bukan sekadar
Iizikalnya, mindanya malah akidahnya. Jika pembangunan anak-anak diintegrasikan di
dalam sistem gerakan berjamaah, ianya lebih menarik, memudahkan dan
meberangsangkan.

IKRAMkids, IKRAMteens, IKRAMyouth adalah diantara medan terbuka yang anak-
anak boleh menceburinya bila besar nanti.
Namun, bagi yang baru merancang untuk menimang cahaya mata atau baru menimang
cahaya mata, berikut adalah sedikit panduan:-

Menyambut Kelahiran Bayi

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi
oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada
disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.
Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak
mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
Aktiviti :
1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu
yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada
isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah
serta banyak beristighIar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-
Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.
Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan
diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan
dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan dari RaIi' r.a. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali
pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." Riwayat Abu Daud dan
Tirmizi

. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah
Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan
terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh
dari menyeleweng Iahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di 1ari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan
jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi
tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :
Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-
harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang
dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan
bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan
peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam
(yang dikutuk dan disingkirkan)".
Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang
dilahirkan mempunyai lidah yang Iasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-
perkara yang tidak berIaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh
dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama
melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah
satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh
kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama
kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud
Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi
keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan
menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya
Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada
RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walaIiat. Ya Allah, jadikan ia
pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga
hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan
kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha
Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu
dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki
dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih
pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya". Riwayat abu
Daud
Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.
Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari
......(sebut nama anak)....

Gesaan Aqiqah :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : "Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah
kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".
MuttaIaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :
- Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.
- Melindungi diri dari gangguan syaitan.
- Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh
(dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :
- Hikmah kesihatan.
- Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang
rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernaIasan dan
pendengaran.
-Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:
Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut
cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat
timbangan rambutnya dengan nilai perak". Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

KhuraIat yang perlu ditinggalkan.
- Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak
dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh
Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim.
- Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga
kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang
bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia
tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis
disebutkan:
Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita". Riwayat Abu Daud
Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas
tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik
sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-
Quran untuknya.
Antara Iaedah berkhatan adalah :
- Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit. Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:
Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun
genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".
Imam As-SyaIie berkata
"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau
tidak walaupun sekali susuan".
Kelebihan menyusukan anak :
- Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

. Memelihara dan Mentarbiyah anak-anak

Mentarbiyah keluarga dan anak-anak menjadi sangat sukar bagi mereka yang tidk berada
di dalam manhaj dakwah dan tarbiyah. Tetapi suatu yang mudah bagi mereka yang
berada di dalam gerakan Ialam yang istiqamah dan berencana walaupun sesekali terpaksa
berhadapan dnegan tekanan persekitaran yang kompleks.

Mendidik dan mentarbiyah keluarga adalah suatu kewajipan syar'ai dan lebih-lebih lagi
pada persekitaran hari ini. Tanggungkawab dan usaha-usaha tarbiyah seharus bermula
semenjak anak di dalam kandungan lagi dan berterusan sehingga dewasa. Di dalam al-
Quran Allah memerintahkan ketua keluarga agar memelihara dirinya dan juga ahli
keluarga (isteri dan anak-anak) dari api neraka. Allah berIirman;

'Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka
yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu.. (at-Tahrim: 6)

Dalam menghuraikan maksud memelihara keluarga dari api neraka, Saidina Ali berkata;
yakni 'kamu didiklah mereka serta ajarlah mereka. Berkata Imam Qatadah; yakni kamu
menyuruh mereka supaya mentaati Allah dan menegah mereka dari memaksiatiNya serta
kamu melaksanakan tanggungjawab kamu terhadap mereka dengan agama Allah, kamu
memerintahkan mereka dengannya dan membantu mereka untuk melaksanakannya.
Apabila kamu melihat mereka melakukan maksiat, tegahlah mereka. Menurut Imam
Muqatil; 'Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli
keluarganya (isteri dan anak-anaknya) apa yang diIardhukan Allah ke atas mereka dan
apa yang ditegah Allah dari mereka. (Rujuk: TaIsir Ibu Kathir)

Kelahiran anak-anak yang soleh tidak mungkin terhasil jika tidak bersumber manhaj
Islam - iaitu AL-Qur'an dan Sunnah. Manhaj Islam perlu digali dan dijadikan asas
didalam kehidupan berkeluarga. Suburkan persekitaran keluarga dengan kesuburan iman
dan hindarkan jauh-jauh segala unsur-unsur yang melalaikan, sia-sia serta merosakkan
iman dan amal. Bersyukurlah anak-anak yang ibu bapanya begitu perihatin dan tahu
apakah yag baik untuk dibawa masuk kerumahnya.

You might also like