You are on page 1of 4

Tajuk 1urnal : A Study on the Use of Interactive Web-Based Maps in the Learning and

Teaching of Geography

PENGENALAN
Peta telah digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
GeograIi di dalam kelas sejak dahulu lagi. Kajian ini berIokus kepada kesukaran yang
dihadapi oleh pelajar semasa membaca peta. Jenis peta yang digunakan di dalam bilik darjah
sekarang adalah dalam bentuk peta cetakan. Peta biasanya dicetak dalam kertas bersaiz A3.
Keadaan Iizikal kertas yang besar menyukarkan pelajar mengorganisasikan pembacaannya.
Tambahan pula peta yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran kemahiran
geograIi terlalu kompleks. Cetakan nama-nama bandar dan kawasan dengan menggunakan
abjad yang sangat kecil menyebabkan pelajar terlepas pandang. Keadaan ini membebankan
kognisi pelajar yang mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan peperiksaan. Peta cetak
kurang sesuai digunakan pada masa ini kerana pelajar perlu mencari maklumat dengan cepat
dan betul. Oleh hal yang demikian, satu bahan pengajaran yang unggul perlu disediakan
supaya pelajar dapat mengumpul, menganalisis, menterjemah dan merumus maklumat
daripada peta dengan berkesan.

Pembangunan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
mengubah metodologi pengajaran dan pembelajaran geograIi di sekolah-sekolah. Komputer
boleh digunakan untuk memaparkan peta yang lebih dinamik dan membolehkan interaksi dua
hala berlaku. Perubahan begini menstrukturkan semula pertalian antara manusia dengan peta.
Tambahan lagi kemajuan dalam bidang kartograIi menyebabkan peta mendapat wajah baru
dalam penggunaannya. Kini, animasi digunakan secara meluas dalam kartograIi(kajian peta).
Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa peta animasi boleh meningkatkan

pemahaman pelajar tentang maklumat geograIi. Internet pula satu medium penting yang
digunakan untuk membentangkan dan menyebarkan data geograIi menggunakan peta web.
Peta web ialah peta yang dibentangkan di dalam web pelayar yang membolehkan penyebaran
data ruangan geograIi (data geospatial) yang dinamik dan interaktiI. Oleh itu, peta web
menawarkan teknik pemetaan baru berbanding dengan peta dicetak secara tradisional. Peta
web boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu peta web statik dan dinamik.

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran GeograIi belum sepenuhnya dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di
Malaysia. Para pelajar akan ketinggalan dari segi pengetahuan ruang dan kedudukan
berbanding pelajar-pelajar di negara-negara Barat. Oleh itu, pengkaji telah menghasilkan satu
perisian yang boleh digunakan oleh para pelajar sekolah menengah. Perisian yang
dibangunkan oleh pengkaji mudah digunakan di sekolah.

B1EKTIF KA1IAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta animasi dan
interaktiI berasaskan web dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran peta topograIi.
Kajian ini juga bertujuan untuk menilai dan membandingkan pencapaian pelajar yang
mengikuti pengajaran dan pembelajaran GeograIi menggunakan peta animasi dan interaktiI
berbanding pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta statik di atas skrin komputer
untuk membaca peta, mentaIsir peta dan mengenal pasti simbol peta.

METLGI

alam kajian ini penyelidik menyediakan satu alat bantu mengajar berbentuk perisian
cakera padat (peta animasi dan interaktiI). Penyelidik menggunakan teknologi animasi
berkomputer semasa membangunkan alat bantu mengajar ini. Komputer digunakan sebagai
medium perantaraan. Sampel kajian ini terdiri daripada 106 orang pelajar tingkatan empat
pelajar dari sekolah menengah daerah Kulim telah dipilih secara rawak dan dibahagikan
kepada dua kumpulan. Kumpulan eksperimen menerima arahan menggunakan peta animasi
dan interaktiI berasaskan web manakala kumpulan kawalan menerima arahan menggunakan
peta statik tanpa ciri-ciri animasi. InteraktiI bermaksud pelajar boleh mengawal bahan
pelajaran mengikut kehendak mereka. Mereka boleh memulakan perisian, meneroka atau
mengakhiri sesi pembelajaran. Statik bermaksud tidak bergerak dan merujuk kepada peta
cetak/konvensional. Peta statik berlainan dengan peta animasi dan interaktiI. alam peta
animasi, pelajar boleh melihat perubahan di atas peta. Misalnya dalam bahagian membaca
peta pelajar boleh melihat sistem atau cara melukis peta lakar. Sebaliknya dalam peta statik
tidak akan bergerak dan sistem hanya menunjukkan peta lakar yang siap dibina.

Kedua-dua kumpulan itu menggunakan tiga peta untuk menguji kemahiran geograIi
mereka berdasarkan sukatan pelajaran tingkatan empat untuk mengenal pasti simbol,
membaca peta dan mentaIsir maklumat geograIi. Peta pertama mengandungi pelbagai jenis
simbol seperti simbol titik, simbol garis, simbol kawasan dan singkatan bergambar. Pelajar
daripada kedua-dua kumpulan dijangka dapat mengenal pasti simbol-simbol tersebut selepas
arahan diberikan. alam peta kedua, pelajar belajar untuk melukis peta lakaran selepas
arahan. Satu siri peta lakaran animasi telah disampaikan melalui laman web bagi
membolehkan kumpulan eksperimen untuk membaca dan mengenal pasti maklumat geograIi
di atas peta. Peta ketiga membolehkan pelajar untuk mengenal pasti dan mentaIsirkan
maklumat geograIi yang terdapat pada peta. Kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen

dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pentaIsiran dan mengumpul maklumat
geograIi selepas arahan. Ujian telah diadakan untuk menilai pencapaian antara kedua-dua
kumpulan tersebut.

APATAN KA1IAN
Keputusan ujian menunjukkan bahawa kumpulan pelajar yang menggunakan peta
animasi interaktiI berasaskan web mendapat keputusan yang cemerlang daripada kumpulan
pelajar yang menggunakan peta statik.

RUMUSAN
Integrasi teknologi komputer dan strategi pengajaran yang sesuai dapat membantu
meningkatkan tahap pemahaman pelajar dan meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu
mata pelajaran. Penggunaan peta animasi dan interaktiI berasaskan web juga dapat
memudahkan pelajar membaca dan mentaIsir peta serta menggalakkan proses pembelajaran
mata pelajaran GeograIi. Kajian ini menyarankan satu alat bantu alternatiI dalam pengajaran
dan pembelajaran GeograIi dan merupakan satu bukti bahawa teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca peta.

You might also like