You are on page 1of 17

PERANAN SUKAN BOLA DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK

PENSYARAH: WENDY YEE MEI TIEN Student MUHAMAD IFWAT ZAKWAN BIN ARFAHSHAD

Permainan bola sepak diterima umum seluruh dunia sebagai sukan yang paling popular di dunia. Namun sejauh manakah permainan bola sepak mampu mengeratkan hubungan antara manusia yang berlainan warna kulit, bangsa dan agama. Melalui kertas ini kami menjuruskan kajian kami mengenai peranan sukan bola dalam mengeratkan hubungan antara etnik.

PERANAN SUKAN BOLA DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK

Isi Kandungan

Muka Surat

1. Pengenalan 1.1 Objektif Kajian 1.2 Skop 2. Latar Belakang Kajian 2.1 Sejarah 2.2 Kekalahan Pasukan Bola Sepak Malaysia Asas Perpaduan 3. Kaedah/Metodologi 4. Hasil Kajian 5. Rumusan dan Cadangan 6. Rujukan

2-6

7-9 10-12 13-14 15

1. Pengenalan

1.1 Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat salah satu daripada medium yang digunakan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini iaitu sukan. Kajian kami menjurus kepada peranan sukan bola sepak sebagai salah satu daripada alat untuk mengeratkan hubungan kaum dan etnik. Hal ini kerana sukan bola sepak adalah sukan yang digemari di seluruh pelusuk dunia tidak kira tua atau muda, berlainan warna kulit, berlainan fahaman dan budaya. Setiap orang terhibur melihat pasukan kegemaran mereka berentap merebut kejuaraan yang disertai dan diidam-idamkan oleh pasukan mereka.

1.2 Skop
Skop kajian kami adalah lebih menjurus kepada peminat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan media massa(contohnya forum dan iklan) mengenai pandangan mereka dalam perpaduan yang diterapkan di dalam sukan khususnya sukan bola sepak.

2. Latar belakang kajian

2.1 Sejarah
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negara China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Lantaran itu, sukan bola sepak telah berkembang dan lama- kelamaan ia telah menjadi salah satu daripada sukan yang paling diminati di dunia. Lebih daripada 200 negara di seluruh dunia menjadikan bola sepak sebagai sukan utama mereka termasuklah Malaysia.

Sejarah berkenaan pasukan bola sepak Malaysia bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pada waktu itu pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan bola sepak pada waktu itu diakui sebagai gergasi bola sepak rantau Asia seiring dengan gergasi lain seperti Korea Selatan. Selepas penggabungan antara semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 barulah pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia.

Bermula dari tahun 1963, Malaysia telah menempa nama di persada dunia. Pemainpemain bola sepak seperti Moktar Dahari(SuperMokh), Santokh Singh, Soh Chin Aun dan R. Arumugam yang datang dari berbilang kaum telah membawa penghormatan kepada negara. Legasi ini diteruskan kepada era Serbageth Singh, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim.

Namun disebabkan amalan rasuah pada tahun 1994 ia sekaligus telah menurunkan kredibiliti bola sepak Malaysia dan sehingga sekarang pasukan bola sepak Malaysia masih terumbang ambing dan banyak perkara yang perlu dibuat demi menaikkan mutu permainan Malaysia ke tahap yang digeruni seperti suatu masa dahulu.

2.2 Kekalahan Pasukan Bola Sepak Malaysia Asas Perpaduan 2.2.1 Dari pandangan penulis
Kekalahan demi kekalahan dialami pasukan bola sepak negara. Terbaru pasukan Malaysia dibenam 5-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) di dalam perlawanan kelayakan AFC Piala Asia 2011. Hal ini boleh dikatakan lumrah pasukan Malaysia kerana jika berjaya boleh dikatakan ajaib. Namun masih terdapat secalit rasa dalam hati setiap rakyat Malaysia untuk melihat pasukan negara mereka cemerlang dipentas antarabangsa (setidak-tidaknya itulah yang dirasai oleh penulis).

Kekalahan ini berpunca dari banyak faktor contohnya faktor fizikal di antara pasukan Malaysia dan UAE. Kita dapat lihat pemain-pemain Malaysia lebih kecil berbanding

pemain-pemain dari Tanah Arab itu. Boleh juga dikatakan faktor genetik namun jika hendak dikirakan faktor genetik pemain bola sepak negara Jepun juga mempunyai tubuh yang kecil namun mereka tetap berjaya. Mungkin kejayaan tidak terletak pada fizikal semata-mata tetapi azam yang kuat juga mampu membawa kejayaan.

Contohnya negara Iraq berjaya menjadi johan dalam Piala Asia yang telah diadakan pada 2007 yang lalu walaupun seperti yang kita ketahui pada ketika itu negara mereka sedang bergolak. Satu fakta yang menarik perhatian saya ialah di dalam pasukan Iraq itu sendiri terdiri daripada rakyat yang berfahaman syiah, sunni dan kurds malah jurulatihnya dari Brazil. Walhal di negara mereka sendiri mereka sering bergaduh. Namun hal ini tidak menjadi masalah. Hal ini kerana mereka telah nekad dan beriltizam untuk merangkul gelaran juara demi negara mereka yang tercinta.

Persoalan ini patut sekali ditanya kepada pemain-pemain negara samada mereka bermain demi maruah negara atau demi wang semata-mata. Mungkin ini agak kasar namun bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Penulis bukanlah pemain bola tersebut jadi penulis tidak tahu apa yang dilalui oleh pemain. Oleh itu penulis berharap kepada sesiapa yang membaca nukilan ini janganlah kita terus menuding jari kepada pemain negara kerana kita tidak berada dalam kedudukan mereka. Lebih baik kita fokus dan mencari jalan penyelesaian daripada terus menuding jari.

2.2.2 Dari pandangan media massa

Di Malaysia, bangsa dan etnik sering dijadikan rujukan utama bila negara mengalami masalah. Ianya sungguh mengecewakan bila bangsa dan etnik dikaitkan dengan kejatuhan ekonomi dan lain-lain lagi. Di dalam terma bola sepak persoalannya ialah kemanakah

perginya pemain dari komuniti yang lain? Daripada 23 ahli pasukan bola sepak Malaysia semuanya melayu kecuali 3 orang yang berbangsa india. Isu utama yang hendak

diketengahkan di sini ialah pemain yang bagus diketepikan disebabkan oleh bangsa.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi berlaku juga di seluruh dunia. Contohnya isu perkauman di Sepanyol. Mungkin disebabkan ini Sepanyol tidak pernah memenangi kejuaraan yang diidam-idamkan semua iaitu Kejuaraan Piala Dunia.yang diadakan setiap empat tahun itu. Walau bagaimanapun, baru-baru ini Sepanyol telah

memenangi Kejohanan Piala Eropah dan mungkin perkara ini berkaitan dengan slogan yang dilaungkan oleh badan organisasi bola sepak antarabangsa FIFA yang menentang isu-isu perkauman.

Isu yang paling penting ialah sukan yang dimainkan di pentas antarabangsa haruslah bebas dari isu-isu perkauman.

3. Kaedah/Metodologi

Kami telah membuat survey kepada 50 orang tempatan yang terdiri daripada berbilang kaum tentang pengetahuan dan pandangan mereka terhadap sukan bola sepak dan peranannya dalam mengeratkan hubungan antara etnik.

Sampel soalan survey

Borang Survey
Permainan bola sepak diterima umum seluruh dunia sebagai sukan yang paling popular di dunia. Namun sejauh manakah permainan bola sepak mampu mengeratkan hubungan antara manusia yang berlainan warna kulit, bangsa dan agama. Kami membuat survey mengenai persoalan itu demi mendapatkan kepastian. Pilih satu opsyen sahaja. Q1: Bangsa [] Melayu [] Cina [] India [] Lain-lain

Q2: Sejauh manakah anda mengetahui tentang bola sepak? [] Sangat baik [] Baik [] Sederhana [] Lemah

Q3: Pernahkah anda mendengar slogan FIFA against racism? [] Ya [] Tidak

Q4: Pada pendapat anda apakah maksud slogan itu? [] FIFA menyokong isu-isu perkauman [] FIFA membangitkan sifat benci-membenci [] FIFA menentang isu-isu perkauman [] FIFA menggalakkan keganasan Q5: Apakah pendapat anda tentang kempen-kempen (cth: Kempen Malaysia Perkasa Membina Warga Gemilang dll) yang pernah djalankan oleh FAM dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Q6: Apa pendapat anda tentang interaksi antara pelbagai kaum dalam sesebuah pasukan? [] Membantu pasukan mencipta lebih banyak kejayaan

[] Meningkatkan pengetahuan seseorang itu tentang adat resam kaum lain [] Memupuk rasa kasih sayang dan saling membantu [] Meningkatkan semangat perkauman Q7: Adakah anda suka sesebuah pasukan itu terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa? [] Ya [] Tidak [] Tak kisah

Q8: Patutkah FAM dan badan-badan bukan kerajaan mengadakan/menambah aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum? [] Ya [] Tidak [] Tak kisah

Q9: Jika program-program seperti (Program realiti MyTeam dll) diadakan adakah anda bersedia untuk menjadi peserta atau menjadi ahli jawatankuasanya? [] Menjadi peserta [] Menjadi ahli jawatankuasa [] Tak kisah

Q10: Pada pandangan anda adakah aktiviti seperti itu mampu mendatangkan kebaikan kepada anda? [] Ya [] Tidak

Dalam bentuk yang macam mana? (Optional) ___________________________________________________________________________

Terima kasih dalam membantu kami menyiapkan projek kami. Kerjasama anda adalah sangat kami hargai.

4. Hasil Kajian

Dari 50 survey yang kami lakukan, 30 orang adalah berbangsa Melayu, 15 orang berbangsa Cina dan 5 orang berbangsa India dan majoriti daripada responden mempunyai tahap pengetahuan yang baik dalam bola sepak.

40
30 20 10 0 Bilangan responden mengikut kaum
Di dalam borang survey yang kami edarkan. Kami turut sertakan soalan berkaitan slogan FIFA against racism. Keputusan yang kami dapati 52% daripada responden mengetahui tentang slogan tersebut dan 48% daripada mereka tidak mengetahui tentang slogan FIFA against racism itu.

Melayu Cina India

Peratusan responden yang mengetahui slogan "FIFA against racism"

48% 52%

Tahu Tidak Tahu

Kami juga telah mengajukan soalan berkaitan maksud slogan FIFA against racism itu dan apa yang mengejutkan kami ialah 80% daripada responden menjawab dengan betul maksud slogan FIFA against racism itu. Walhal yang benar-benar mengetahui tentang slogan itu hanya 52% daripada mereka. Andaian yang kami dapat fikirkan ialah mungkin respondenresponden itu telah menukar terus maksud FIFA against racism yang berbahasa BI it terus kepada Bahasa Melayu yang bermaksud FIFA menentang isu-isu perkauman. Ditanyakan pendapat-pendapat responden terhadap kempen-kempen perpaduan antara kaum yang pernah dijalankan oleh FAM. Ramai yang memberi pandangan yang positif terhadap kempen-kempen seperti itu namun mereka tidak dapat merasakan impaknya kepada negara kerana kurangnya penekanan dan sebaran malah ada yang menyatakan kempen tidak sampai ke pengetahuan mereka kerana tiada promosi. Terdapat pelbagai pendapat yang diutarakan oleh responden mengenai interaksi antara pelbagai kaum dalam sesebuah pasukan. Ada yang berpendapat interaksi antara kaum dalam sesuatu pasukan dapat meningkatkan persefahaman antara kaum. Melalui pasukan semangat untuk mengenali bangsa lain akan bertambah. Pendapat lain dari responden yang kami terima juga menyatakan interaksi antara pelbagai kaum dalam sesebuah pasukan dapat memupuk rasa kasih sayang dan saling membantu. Melalui berpasukan semangat cintakan bangsa lain akan bertambah. Jadi tidak hairanlah jika 58% daripada responden menyukai sesebuah pasukan itu terdiri daripada pelbagai kaum.

Pilihan responden terhadap soalan nombor 8 mengakui bahawa FAM patut menambah aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Semangat sukarela juga perlu ada dalam diri kita jika kita ingin mengubah sikap kita untuk menerima kaum lain. Ramai yang menyatakan pendapat tidak kisah untuk menjadi peserta atau menjadi ahli jawatankuasa di dalam program-program seperti realiti MYTeam. Adakah tidak kisah mereka itu berpaksikan pada sukarela atau adakah perasaan tidak kisah mereka tentang kempen ini. Persoalan ini amat merisaukan kami. Dan kira-kira 92% peratus daripada responden menyatakan bahawa program-program seperti program realiti MyTeam ini mendatangkan kebaikan dalam banyak segi seperti membentuk perpaduan di antara pelbagai kaum.

5. Rumusan dan cadangan

Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, keturunan, umur dan taraf sosioekonomi. Kesannya bukan sahaja dalam kalangan mereka yang menyertai aktiviti

sukan, tetapi yang lebih penting juga dalam kalangan rakyat yang menontonnya (terutama bagi sukan yang popular seperti bola sepak). Bercerita tentang bola sepak sudah pasti tiada kesudahannya. Tambahan lagi

dengan prestasi liga dan pasukan kebangsaan Malaysia yang dilihat tidak pernah meningkat. Berita sensasi tentang bola sepak yang sering dipampangkan di dada-dada akhbar ialah cerita tentang pentadbiran FAM yang boleh dikatakan tidak professional. Namun FAM boleh diberi ucapan tahniah kerana masih mengadakan kempen-kempen untuk memajukan prestasi bola sepak negara (seperti program reality MyTeam) di samping memupuk semangat saling sayang menyayangi antara pelbagai kaum. Badan-badan NGO seperti SportsUnite meneruskan keprihatinannya dalam

mempromosikan perpaduan sambil membudayakan sukan di kalangan rakyat negara ini sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan warga cergas, sihat dan bersatu. Pihak-pihak swasta seperti EPG (emas perak gangsa) juga turut memainkan peranan dalam mengeratkan hubungan antara kaum melalui bersukan

Badan-badan antarabangsa seperti FIFA memandang serius isu-isu perkauman ini. Pelbagai kempen seperti FIFA against racism dan Let's Kick Racism Out of Football

telah dijalankan demi memberi peluang kepada semua orang untuk bermain bola, melihat dan berbincang mengenai sukan nombor satu dunia ini tanpa rasa takut. Mungkin sekali banyak kempen-kempen yang telah dijalankan namun jika kita sendiri tidak ada kesedaran untuk berubah maka semuanya tidak akan berubah juga.

Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'ad, ayat 11).

Jadi dengar-dengarlah wahai sahabat dan moga-moga apa yang kita kecapi hari ini tidak membawa kita jauh dan terpesong dari ajaran yang sebenar. InsyaAllah.

6. Senarai Rujukan

[1] Shamsul Amri Baharuddin (2007). MODUL Hubungan Etnik. Kuala Lumpur. MASKHA SDN. BHD. [2] Google (http://www.the-diplomat.com/article.aspx?aeid=3227) [3] Google (http://www.farenet.org/default.asp?intPageID=2) [4] Bradbury, S. (2001) 'The New Football Communities', SNCCFR, University of Leicester

You might also like