You are on page 1of 5

akiviti pendduduk

Wanita Pantai Timur terkenal dengan kecekalan dan kegigihan mereka untuk turut mencari rezeki bagi menampung pendapatan keluarga dan membantu para suami yang dibebani dengan tanggungjawab itu. Mereka tidak hanya bersenang-lenang di rumah bersama anak-anak malah sanggup bersama-sama turun padang untuk menggembleng tenaga bersama para suami. Begitu juga dengan wanita Kuala Besut, mereka akan memahirkan diri dalam pelbagai bidang termasuklah jahitan, sulaman dan masakan yang boleh memberi pendapatan sampingan kepada mereka tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Salah satu cara untuk memberi peluang kepada wanita-wanita tempatan untuk memajukan diri terutamanya yang mempunyai kebolehan dalam bidang jahitan adalah dengan mengikuti kelas jahitan KEMAS. Kemajuan Masyarakat atau lebih ringkas dikenali sebagai KEMAS adalah salah satu program kelolaan kerajaan yang terdapat di setiap pelosok negara. Di Kuala Besut terdapat 3 tenaga pengajar untuk kelas jahitan yang mana ianya terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Puan Azizah bt. Mohd Salleh mengajar masyarakat Kuala Besut, Puan Normah bt. Ghazali mewakili kawasan Kampung Tok Has dan Kampung Seberang Kastam serta Encik Abdul Rahim b. Abdul Razak adalah penyelia kawasan Tok Saboh.

Kelas latihan akan dijalankan empat kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu di mana setiap kumpulan hanya ada lapan peserta dan mereka akan belajar 2 kali seminggu dalam 3 jam setiap sesi. Latihan asas jahitan akan diberikan diikuti dengan jahitan membuat pakaian, kemudiannya langsir dan seterusnya membuat kelambu. DUN Kuala Besut mempunyai seorang penyelia yang akan bertemu dengan semua tenaga pengajar setiap hari Khamis untuk bengkel percambahan minda sesama mereka. Penyelia bagi DUN ini adalah Encik Ruseli Abdullah yang akan sentiasa memantau kelas-kelas yang diadakan oleh para pengajar bagi memastikan kualiti pengajaran sentiasa memanfaatkan pelajar. Setiap pelajar yang berminat untuk belajar jahitan di KEMAS perlu menyediakan kain untuk latihan dan juga alatanalatan sampingan. Bagi Puan Azizah Mohd Salleh yang mengadakan kelas jahitan di Pekan Kuala Besut, beliau telah mula menjadi tenaga pengajar pada tahun 1979 di mana sebelum itu beliau diwajibkan untuk menjalani latihan di Institut Kemahiran Mara, Petaling Jaya selama 2 tahun terlebih dahulu.

KEUSAHAWANAN
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang paling mendapat perhatian dari hampir seluruh warga wanita di Kuala Besut. Sudah menjadi satu amalan turun-temurun bagi wanita Pantai Timur untuk menjalankan perniagaan dari sekecil perniagaan jualan kuih sehingga ada yang berjaya menjadi usahawan kebanggaan bangsa. Di Kuala Besut, sesuai dengan geografinya yang berada di sepanjang pantai, kebanyakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sini berasaskan bahan mentah dari laut seperti perusahaan keropok, perusahaan budu, perusahaan sotong kering, perusahaan ikan kering, perusahaan pencicah dan juga pelancongan. Antara contoh-contoh perusahaan IKS yang dijalankan ialah perusahaan Budu Cap Limau & perusahaan Keropok Cap Rama-rama.

Perusahaan Budu
Budu yang sudah terkenal di kalangan penduduk Pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagai salah satu hidangan wajib ini biasanya akan dihidangkan bersama ulam-ulaman. Perusahaan Budu yang biasanya hanya terdapat di kawasankawasan yang berdekatan dengan pantai ini membolehkan para pengusaha mendapatkan bahan mentah yang berupa ikan bilis lebih segar dan cepat.

Perusahaan Keropok
Terengganu memang terkenal dengan perusahaan membuat keropok lekor dan keropok kering kerana penduduk di sini yang berada di sepanjang pantai senang mendapatkan bahan mentah iaitu ikan yang segar dengan harga borong yang tentunya lebih murah dengan mudah.

KEROPOK CAP RAMA-RAMA

BUDU CAP LIMAU

Syarikat Azizah M. Sharif yang mengeluarkan Budu Cap Limau di Kuala Besut ini sudah memasuki era generasi ke3. Pengusaha awal adalah Puan Azizah @ Mek bt. Abdullah telah memulakan operasi di rumah sendiri sejak tahun 1975 dengan pengeluaran hanya 10 botol sehari. Kini kilang ini telah diambil alih oleh anaknya dan diuruskan oleh generasi cucunya bersama suami dan dibantu oleh 9 orang pekerja.

Perusahaan yang dijalankan oleh Puan Aziah bt. Mahamud dan suaminya Encik Husain b. Hassan ini telah dimulakan sejak tahun 1994 namun sebenarnya perusahaan yang telah dijalankan oleh generasi sebelum beliau iaitu ibunya yang bernama Mek Chik ini sudah dimulakan sejak awal 1970-an lagi.

Proses bermula dengan menjeruk ikan bilis bersama garam selama enam bulan yang kemudiannya ditapis dan dimasak sebelum dibotolkan. Mereka menyediakan dua saiz botol yang kecil dan besar dengan kandungan yang berbeza. Kini setiap hari kilang ini berupaya untuk mengeluarkan 90 - 100 dozen sehari untuk botol besar dan sebanyak 170 dozen botol kecil. Setiap botol yang kecil dijual pada di kilang dengan harga RM6.50 sedozen atau 80 sen sebotol di kedai-kedai dan bagi botol besar pula dijual pada harga RM12.00 di kilang atau RM1.40 sebotol di kedai-kedai.

Terdapat dua jenis keropok yang dihasilkan iaitu keropok lekor yang dihasilkan oleh Puan Aziah dan keropok keping menggunakan Cap Rama-Rama yang dihasilkan oleh adiknya Encik Mohamed Zaki b. Mahamood. Produk yang hanya dihasilkan menggunakan ikan, sagu dan garam ini biasanya hanya menggunakan satu tong ikan setiap hari untuk keropok lekor. Dengan 7 orang pekerja yang membantu, iaitu 5 untuk membersihkan ikan dan dua orang untuk membuat keropok, prosesnya hanya mengambil masa setengah jam untuk disiapkan. Ikan yang biasa dipilih untuk membuat keropok lekor ini adalah ikan selai, ikan lolong, ikan tamban dan ikan kekacang.

PRODUK-PRODUK TEMPATAN
Sebagai pusat penyebaran maklumat berasaskan ICT, pihak PID (Pusat Internet Desa) Kuala Besut juga ingin memperkenalkan dan mempromosi produk-produk tempatan, yang berpotensi untuk menembusi pasaran Industri Kecil & Sederhanan (IKS). Banyak produk-produk ini yang telah memasuki pasaran tempatan dan antara produk-produk hasil usaha penduduk Kuala Besut, yang terkenal dan ingin diketengahkan ialah :

[ KEROPOK KEPING ] - [ KEROPOK LEKOR ] - [ KEROPOK SEGERA ] [ BUDU ] - [ SOS PENCICAH ]

PERTANIAN
Kegiatan pertanian utama penduduk di Kuala Besut ialah tembakau. Manakala kegiatan sampingan yang lain ialah tanaman kelapa yang tumbuh merata di kawasan ini. Penanaman tembakau telah banyak memberi manfaat dan pulangan lumayan kepada segelintir penduduk setempat. Pihak Lembaga Tembakau Negara (LTN) yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegiatan pertanian tembakau telah berusaha memberikan panduan yang berguna kepada setiap petani agar setiap usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang lumayan.LTN akan memaklumkan tarikh yang sesuai bagi petani memulakan kegiatan penyemaian benih serta langkahlangkah yang sesuai digunakan dalam menghasilkan tembakau dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti tinggi. Berikut adalah kaedah-kaedah penanaman tembakau yang diamalkan mereka.

1. Semaian Biji Benih

2. Kuantiti Semaian

Pada kebiasaannya, tembakau mula disemai pada 7hb. Kadar anak benih yang disemai bergantung kepada keluasan Januari bagi setiap tahun. Biji benih akan mula ditabur pada tanah yang akan ditanam. Bagi setiap batas, petani disyorkan batas-batas yang telah disediakan agar menyemai lebih kurang 5 gram anak benih yang mana ia boleh menghasilkan kira-kira 5,000 batang anak benih. Akan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, petani akan menyemai anak benih ini secara berlebihan dengan tujuan:

3. Bekalan Air
Dalam tempoh biji benih mula ditabur, ia memerlukan perhatian yang mendalam dari para petani terutamanya dari segi bekalan air. Biji benih ini perlu disiram sekurangkurangnya 2 atau 3 kali sehari bagi memastikan tanah sentiasa lembap.

4. Percambahan Biji Benih


Biji benih akan mula menunjukkan perubahan dari segi percambahan pada hari yang ke 5 hingga 7 dalam cuaca yang mendung akan tetapi sekiranya cuaca agak panas, biji benih akan mengambil masa yang lebih lama iaitu antara 7 hingga 10 hari untuk mula bercambah. Dengan ini, keadaan cuaca memainkan peranan yang utama dalam pertumbuhan biji benih.

5. Baja Pertama (Tumbesaran)


Setelah anak benih berusia dua (2) minggu dimana dua helai daun telah mula mengembang, buat pertama kalinya anak benih akan disiram dengan baja yang dikenali sebagai baja PERNAS (baja sayur) yang bertujuan untuk membantu tumbesaran anak benih. Baja ini akan dihancurkan didalam air dengan kadar segenggam bagi setiap batas atau setiap tangki siraman. Selain daripada itu, anak benih juga akan disembur dengan racun serangga bagi mengelakkan berlakunya pembiakan virus. Penggunaan racun serangga ini akan menyebabkan anak benih murung kerana terlampau panas. Untuk meredakan kemurungan tersebut, pelbagai cara digunakan oleh para petani bagi mengelakkan anak benih terus mati.

6. Penyediaan Kompos
Apabila anak benih hampir mencapai usia 20 hari, kompos yang akan digunakan dalam dulang anak benih dihasilkan. Kompos ini oleh didapati dari Syarikat Black Morris yang berpengkalan di Padang Tembak dekat Pengkalan Chepa, Kelantan. Kompos ini berharga RM95.00 bagi setiap beg dengan kandungan bersih bagi setiap beg adalah 3.8 kaki persegi atau 107 liter.

7. Pemindahan Anak Benih


Apabila anak benih mencapai umur 20 hingga 23 hari, ia akan mula dipindahkan kedalam dulang semaian. Disini saringan peringkat pertama dilakukan dengan memindahkan anak benih yang betul-betul sihat sahaja. Antara faktor-faktor yang diambilkira sewaktu pemilihan anak benih iaitu anak benih dalam keadaan sihat tanpa tanda-tanda penyakit, mempunyai ketinggian lebih kurang 2 inci dan mempunyai bilangan daun yang diantara 2 atau 4 helai.

8. Pemulihan Akar Anak Benih


Anak benih yang telah dipindahkan kedalam dulang akan diasingkan untuk pemulihan akar dan pengawalan serangga perosak didalam rumah pemulihan selama 28 hingga 30 hari. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada anak benih tersebut mendapat gangguan dari serangga perosak atau virus penyakit. Sepanjang berada didalam rumah pemulihan, anak benih akan disembur dengan racun serangga antara 3 atau 4 kali bagi memastikan anak benih yang dikeluarkan dari rumah pemulihan ini benar-benar sihat dan bebas dari gangguan ulat atau serangga perosak yang lain.

Belia Aktif Bersukan


Belia bukan sahaja bakal pemimpin negara pada masa akan datang, malah menjadi teras utama dalam pembangunan negara maju. Hubungan erat antara belia di kampung ini dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti kesukanan mahupun keagamaan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Tidak dinafikan belia di sini aktif bersukan. Pada setiap petang, mereka akan berkumpul dan bermain bola sepak bersama-sama. Antara sukan lain yang menjadi kegemaran mereka sudah tentu badminton dan juga pingpong. Setiap malam selepas solat Isyak, belia Kampung Baharu akan berkumpul di Dewan Sivik Kampung Baharu. Penglibatan belia ini dalam aktiviti sukan menjadi salah satu penghalang bagi mereka dari terlibat dengan anasir yang kurang sihat. Aktiviti sukan belia Kampung Baharu dikawal selia oleh Gerakan Belia 4 Bersatu (Belia 4B) Kampung Baharu.

You might also like