You are on page 1of 24

Kerja Khusus Geografi 2011 Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuhan Semula jadi

Nama : Fauzan Hilmi Bin Noor Hadif I/C : 980503-03-5025

Guru : Cikgu Wan Azhar Bin Setopa

Kandungan Penghargaan Pendahuluan Obejektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan

Rumusan Lampiran Rujukan

Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurnadengan bantuan daripada beberapa pihak. Saya inginmengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang berikut : a)Umi dan Abah yang memberikan dorongan, sokongan dan bantuan kewangan untuk melaksanakan kajian dan laporan ini. b)Cikgu Wan Azhar, Guru Geografi Tingkatan 1 Al-Zahrawi, Sekolah Menengah Dato Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan yang banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan kepada saya. c)Rakan-rakan sekelas yang banyak membantu semasamenjalankan kajian ini. d)Pengetua Sekolah e)Orang-orang perseorangan yang kami temubual di kawasan kajian.

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Georgafi Tingkatan 1 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan.Halini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi

tempatan.Pelajar-pelajar diberi pilihan untuk membuat suatu kajian. Saya telah memilih Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuhan Semula Jadi.Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini bermula 28September 2011 sehingga 6 Oktober 2011. Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankanitu.Saya berasa bangga kerana dapat tinggal di persekitaran yang mana tumbuhan semula jadinya yang unik,indah dan terkenal.Saya berharap agar kajian danlaporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepadasaya dan kepada seluruh masyarakat di sini amnya.

Setelah kajian ini dijalankan, saya mendapati OBJEKTIF KAJIAN telah tercapai sebagaimana berikut;

a)

Dapat mengetahui jenis bentuk muka bumi dan ciri-cirinyadi kawasan kajian

b)

Dapat mengenalpasti perhubungan bentuk muka bumi dankegiatan manusia di kawasan kajianc)Dapat mengkaji halangan bentuk muka bumi terhadappendudukd)Dapat mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekeliling

e) Memupuk semangat patriotisme

Kawasan kajian yang pilih ialah diPantai Cahaya Bulan, Kota Bharu,Kelantan. Jarak rumah saya ke Pantai Cahaya Bulan, ke 20 kilometer atau lebih kurang 15 minit perjalanan. Kalau jarak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Maher ke Pantai Cahaya Bulan ialahdalam 17

kilometer. Jika dari pekan Kota Bharu ke kawasan kajian, kira-kira 12 kilometer.Dari pandang darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, chalet, jalanraya dan banyak lagi. Sebahagianbesar dari tanahnya merupakan tanah rata dan tanah rendah.Di kawasan kajian, terdapat pelbaga itumbuhan seperti pokok nipah,bakau,paku pakis,jongkong dan nibung.Spesies tumbuhan utama ialah pokok nipah. Hutan paya air masin ialah malar hijau. Hutan paya air masin initidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak. Bentuk muka bumi,saliran,tanih daniklim merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok-pokok di hutan paya air masin. Muara sungai yang berlumpur dan pinggir laut yang terlindung menggalakkan pertumbuhan tumbuhan hutan paya airmasin.Terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan hutan paya air masin di Pantai Cahaya Bulan. Antaranya ialah pokok nipah. Pokok nipah boleh dijadikan kraftangan. Daun-daun nipah yang bersaiz besar digunakan untuk membuat atap rumah serta untuk menganyam bakul dan tikar.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Kajian ini ,saya menggunakan beberapa kaedah berikut; i)KAEDAH PEMERHATIAN Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang paling mudah dan cepat dilakukan.Maklumat yanghendak dikumpulkan dapat diperolehi dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan. ii)KAEDAH TEMUBUAL Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang. Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan data atau maklumat yang berkait dengan berita,pendapat atau nasihat. Orang yang ditemu bual akan dikemukakan berapa soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.Saya berpendapat kaedah ini banyak membantumaklumat tentang kajian ini. iii)KAEDAH KEPUSTAKAAN Kaedah rujukan kepustakaan adalah kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahanyang sudah diterbitkan Contohnya ialah maklumat dengan merujuk pada buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar laman web atau cakera padat. iv)INTERNET

Kaedah ini sangat berguna kerana telah membantu sayamemperolehi peta Negeri Kelantan dan Kampung Lundang serta maklumat berkaitan Kampung Kajian

a)

Hasil daripada kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan, kami mendapati kawasan kampung Kubang Kerian memiliki hutan jenis paya air tawar. Kawasan Kubang Kerian yang memperlihatkan sebuah kawasan yang luas ,bertanah rata serta amat sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi penduduk.Oleh kerana tanih yang sesuai,kerajaan melapangkan hutan yang menyebebakan kepupusan spesies di hutan tersebut. Sistem perparitan sentiasa diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan. Pada musim tengkujuh, Kampung Kubang Kerian juga mengalami banjir kerana ketiadaan pokok untuk memegang tanih terutamanya kawasankawasan lembah berdekatan dengan sawah padi dan tali air.

c)

d)

Kegiatan ekonomi dan manusia memerlukan ruang.Oleh sebab tersebut,beratus hektar tanah hutan perlu dilapangkan demi memenuhi keperluan manusia dan semakin hari keperluan manusia bertambah. Jika diperhatikan,manusia banyak menjalankan kegiatan perindustrian demi memajukan negara tetapi tidak mengambil kisah terhadap kesannya kepada tumbuhan dan haiwan liar. Kerajaan melapangkan beberapa hektar tanah untuk membina petempatan bagi keperluan manusia.Hal ini mengganggu habitat haiwan liar. Ini akan menyebabkan hakisan tanah,tumbuhan dan haiwan akan pupus dan menyebabkan kenaikan suhu di muka bumi.

1. Kesan terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi Kepupusan pelbagai jenis spesies pokok hutan dan tumbuh-tumbuhan istimewa yang tidak mungkin tumbuh kembali dalam masa yang singkat. Menjejaskan keaslian tumbuh-tumbuhan semula jadi. Kehilangan hasil-hasil hutan yang berharga. 2. Kesan terhadap hidupan liar Hidupan liar kehilangan habitat dan terpaksa mencari habitat baru. Kepupusan hidupan liar seperti memerang, orang utan, pelanduk, dan seladang. Menjejaskan kadar pembiakan hidupan liar. Kekurangan makanan. Mengganggu tanaman manusia. 3. Jangkaan kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar pada masa depan Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar akan pupus. Habitat semula jadi tergganggu. Hakisan tanih akan mengurangkan kesuburan tanih dan menjejaskan sektor pertanian. Suhu permukaan bumi meningkat dan mengubah keadaan cuaca tempatan. Punca pendapatan hasil hutan terjejas. Pengunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan dapat mengganggu keseimbangan ekosistem.

Bahan beracun dapat memusnahkan hidupan air seperti ikan, udang, dan ketam. Bahan beracun dapat memusnahkan organisma pengurai seperti bakteria dan kulat. Generasi baru tidak kenal tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

Kayu pokok-pokok bakau ditebang untuk kegiatan perindustrian.Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan di dalam habit haiwan dan juga akan menyebabkan kepupusan spesies pokok ini.

Nasib yang sama juga ditimpa oleh pokok jenis nipah ditebang dengan tujuan untuk membuat atap nipah

Langkah-langkah Pencegahan

Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .

* Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter. Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994 Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia

Setelah menjalankan kajian ini,saya telah tahu kesan-kesan kegiatan manusia di sekitar Kampung Kubang Keriang,Kota Bharu,Kelantan dengan lebih mendalam.Dengan kajian ini saya dapat mengenali pasti kesan-kesan kegiatan manusia, terutamanya penduduk di Kampung Kubang Kerian.Selain itu,saya juga dapat mengenali pasti langkahlangkah penyelasaian yang sepatutnya dijalankan kesan daripada kegiatan manusia.Pada pendapat saya,Kg.Kubang

Keriang sangat berpotensi untuk dimajukan tetapi mestilah mengekalkan pegangannya dikalangan Orang Melayu kerana ini tanah rizab Melayu.Sepanjang penghasilan kajian ini, saya telah mempelajari banyak perkara seperti bekerjasama,bersyukur terhadap usaha kerajaan membangunkan kawasan sekitarkawasan ini. Semua cabaran telah saya hadapi dan akhirnya terhasillah sebuah folio lengkap.

Peta Malaysia

Peta Kelantan

BUKU RUJUKAN ILMIAH TAJUK BUKU: Ulang Kaji Total Terkini PMR Geografi PENGARANG: Tong Siew Kheng TEMPAT TERBIT: Selangor Darul Ehsan PENERBIT: Sasbadi Sdn.Bhd TAHUN TERBIT: 2006 INTERNET ALAMAT LAMAN WEB: http://www.scribd.com/doc/4341426 6/Geografi-Ting-1-Oleh-ShazaShazwana-1-Khas2 ORANG SUMBER NAMA RESPONDEN: Encik Husin Bin Ahmad UMUR: 42 Tahun ALAMAT: No.15 Pusat Komersil,

Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur

You might also like