You are on page 1of 2

,




Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi.
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala
rahmat dan berkatMu. Kami zahirkan rasa kesyukuran kepada-Mu
atas segala bentuk nikmat yang melimpah ruah,moga-moga dengan
limpahan nikmat ini akan menambah iltizam dan istiqamah kami
dalam menjayakan misi dan visi jabatan ini.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kebahagiaan yang hakiki serta kesihatan jasmani
dan rohani demi mengecapi kenikmatan hidup sebagai hamba-Mu.
Bukakanlah dedaun pintu hati-hati kami dan lapangkanlah dada
kami untuk menerima segala kebaikan dan kebajikan.







Jinakkanlah hati-hati kami, perbaikilah hubungan antara sesama
kami, tunjukkanlah kami jalan-jalan kesejahteraan, selamatkanlah
kami daripada kesesatan, dan hindarikanlah kami dari kecelakaan
yang zahir mahupun batin








Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,
Jadikanlah kami, rakan-rakan kami, pemimpin-pemimpin kami terus
beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan bangsa,
agama dan negara.
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang
mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan
kemakmuran sepanjang zaman.

You might also like