You are on page 1of 10

1.

Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya. 9. Ada Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah. 10. Ada Bakat Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel. 11. Ada Can Maksud: Ada peluang. Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair. 12. Ada Gaya Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya. Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan. 13. Ada Hati Maksud: Keinginan. Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti. 14. Ada Jalan Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank. 15. Ada-Ada Maksud: Ada sesuatu. Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar. 16. Adat Balai Maksud: Adat dalam istana raja. Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai. 17. Adik Angkat Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah. Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara. 18. Adik Ipar Maksud: Adik kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor. 19. Adik Kandung Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa. Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku Maksud: Bertinju. Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid. 21. Adu Domba = Mengadu Domba Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang. 22. Adu Kening = Beradu Kening Maksud: Berhadap-hadapan muka. Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual. 23. Adu Lengan = Beradu Lengan Maksud: Beradu kekuatan. Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu. 24. Adu Nasib = Mengadu Nasib Maksud: Mencari rezeki. Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan. 25. Adu Untung Maksud: Mencari rezeki. 26. Air Mandi Maksud: Sudah menjadi kebiasaan. Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari. 27. Air Muka Maksud: a) Wajah b) Maruah Contoh Ayat: a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang. b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin. 28. Air Pasang Maksud: Paras air laut yang meningkat. Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air. 29. Air Sembilan Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.

Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi. Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman. 31. Air Surut Maksud: Paras air laut yang turun. Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut. 32. Ajak-Ajak ayam Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam. 33. Akal Belut Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat. Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah. 34. Akal Kancil Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat. 35. Akal Sejengkal Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain. Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain. 36. Alas Cakap Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan. 37. Alas Kata Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. 38. Alas Perut Maksud: Makan sedikit. Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. 39. Alih Akal = Beralih Akal Maksud: Berubah pendapat atau fikiran. Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin Maksud: Berpindah tempat tinggal. Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih. 41. Alih Muka = Beralih Muka Maksud: Menyamar. Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali. 42. Alim Kucing Maksud: Pura-pura baik. Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya. 43. Aliran Masa Maksud: Perubahan masa. Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini. 44. Aliran Masyarakat Maksud: Kehendak masyarakat. Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit. 45. Ambil Abu Maksud: Maksud yang tidak kesampaian. Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja. 46. Ambil Ada Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada. Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya. 47. Ambil Angin Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih. Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang. 48. Ambil Bahagian Maksud: Menyertai. Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah. 49. Ambil Berat Maksud: Beri perhatian.

Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami. 50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan. 51. Ambil Hati Maksud: Berasa tersinggung. Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan. 52. Ambil Ibarat Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan. Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas. 53. Ambil Ingatan Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian. Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi. 54. Ambil Muka = Mengambil Muka Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai. Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai. 55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu. 56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara. Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya. 57. Anak Adam Maksud: Umat manusia. Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil. 58. Anak Air Maksud: Sungai kecil. Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman. 59. Anak Angkat

Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi. 60. Anak Baju Maksud: Baju dalam. Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju. 61. Anak Buah Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi. 62. Anak bukit Maksud: Bukit kecil. Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu. 63. Anak Didik Maksud: Orang di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya. 64. Anak Emas Maksud: Orang yang sangat disayangi. Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya. 65. Anak Gahara Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan. Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah. 66. Anak Haram Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama. Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim. 67. Anak Jantan Maksud: Lelaki yang berani. Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya. 68. Anak Kandung Maksud: Anak sendiri. Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

69. Anak Kapal Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah. 70. Anak Negeri Maksud: Penduduk di sesebuah negeri. Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa. 71. Anak Perahu Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. 72. Anak Piatu Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu. Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti. 73. Anak Pungut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 74. Anak Tunggal Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain. Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. 75. Anak Tut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 76. Angkat Alis = Mengangkat Alis Maksud: Kehairanan. Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya. 77. Angkat Bahu Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab. Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu. 78. Angkat Diri Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid. 79. Angkat Kaki Maksud: Pergi meninggalkan. Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening Maksud: Kehairanan. 81. Angkat Mata Maksud: Menentang sesuatu tindakan. Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya. 82. Angkat Muka Maksud: Dimanja-manjakan. Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka. 83. Angkat Nama Maksud: Terkenal. Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian. 84.Angkat Senjata Maksud: Berperang. Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh. 85. Angkat Suara Maksud: Meninggikan suara. Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka. 86. Angkat Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. 87. Anjing Hitam Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya. Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ. 88. Anjing Kurap Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya. Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari. 89. Api Peperangan Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan. Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan. 90. Api Percintaan Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.

Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid. 91. Arang Di Dahi Maksud: Mendapat malu. Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah. 92. Arang Di Kening Maksud: Mendapat malu. 93. Maksud: Arang di muka Mendapat malu. 94. Asam Garam Maksud: Pengalaman. Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah. 95. Atas Angin Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah. Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin. 96. Atas Nama Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan. Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak. 97. Atas Pagar: Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu. 98. Ayam Jalak: Maksud: Orang yang berani. Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut. 99. Ayam Tambatan: Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan). Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

You might also like