You are on page 1of 3

Peralatan Bola Tampar Gelanggang

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.

Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m, dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan satu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari permukaan permainan. Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan tepi,) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.Tiang-tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah Bola

Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit fleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Baham ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit dalam lingkungan 6567cm. Manakala warnanya seragam dan cerah. Undang-undang dan Peraturan

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut: 1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang

pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. 3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. 4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6.Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan. 7.Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini

tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. 8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. 9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. 10.Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan pihak lawan.

11. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar

perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula. 12.Setiap pasukan boleh meminta dua kali time-out dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil.

13.Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. 14.Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan
15.Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan. 16. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor. 17.Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh International Volley Ball Association .

You might also like