You are on page 1of 2

..........ASSALAMUALAIKUM............

Pertama sekali ,ana bersyukur terhadap Ilahi kerana memberi ana peluang untuk

menyiapkan risalah ini. Sekarang beralih kepada tajuk utama , apa anti buat sebelum dan semasa hari raya. Kutip duit raya? Haa .. masa tu pun kita boleh buat ibadah dan kebaikan . Antara ibadah dan kebaikan dapat kita lakukan ialah: 1) Malam raya hendaklah beribadat (bermunajat) kepada ALLAH SWT banyakkan membesarkan ALLAH S.W.T. , di sunatkan bermula ketika matahari tenggelam (maghrib) pada malam raya. NABI SAW bersabda yang bermaksud : malam aidilfitri , malam raya di sunatkan kepada kita berjaga malam , beribadat , bertakbir ALLAHUAKHAR sepanjang malamnya untuk mendapat keampunan yang banyak , pahala yang besar , rahmat ALLAH tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan 2 malam raya (aidilfitri dan aidiladha) dengan ibadahnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. 2) Mandi sunat Hari Raya Aidilfitri. 3) Sunat makan sedikit sebelum pergi solat hari raya aidilfitri manakala untuk hari raya aidilfitri sunat makan selepas solat. Daripada Anas r.a. berkata : Nabi SAW tidak berangkat solatpada Hari Raya Aidilfitri sebelum baginda memakan buah kurma dan baginda memakannya dengan jumlah yang ganjil. 4) Jangan lupa bayar zakat fitrah ,jika amalan puasa tiada yang tergantung , sepatutnya zakat dibayar sebelum hari raya agar mudah diagihkan oleh pihak yang wajib kepada sesiapa yang layak agar golongan ini dapat beraya dan bergembira bersama sama. 5) Melawat saudara mara tapi melawat biarlah ikhlas , bukannya hendak mencari business, hendak dapatkan projek dan lain-lain.

Haa ... yang tadi tu baru amalan , sekarang ana ingin menyatakan perkara-perkara yang jangan dilakukan ketika hari raya. Perkara perkara JANGAN dilakukan pada hari raya. 1) JANGAN membakar duit dengan jumlah yang banyak untuk bermain bunga api.hanya sedikit untuk kanak-kanak. Elakkan bermain mercun kerana ia boleh membawa padah. 2) JANGAN melakukan perkara-perkara negatif seperti pergaulan bebas, ambil pil khayal, lumba haram, dating dan sebagainya. 3) JANGAN mengumpat orang yang baru diziarahi seperti baju yang dipakai tuan rumah tu baju pasar malam dan kuih yang dihidangkan itu tidak sedap atau kita beri anak dia dua ringgit , dia beri anak kita hanya seringgit. Bukankah baru minta maaf ketika raya. Setakat sini je risalah ana semoga kita semua akan mendapat satu dua amalan . Sebelum itu , bulan puasa ini puasa tau, jangan tak puasa kerana puasa itu salah satu daripada rukun islam ........WASSALAMMUALAIKUM.........

Exegetic = bertakwil. Decalogue = rukun sepuluh (NABI MUSA S.A.W.). Brocade = kain bertenun benang emas. Treasurer = bendahari.

FROM:..

You might also like