You are on page 1of 2

isi dan Misi Unit Bimbingan Dan Kaunseling

VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPUTIK DAN EFEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN MURID DAN SEKOLAH.

MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan. Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia. Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

LATAR BELAKANG

Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam

membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid. Fail meja merupakan satu kerangka kerja yang sistematik bagi setiap guru kaunseling menyusun dan melaksanakan kerja-kerja hariannya dalam bidang perkhidmatan mereka. Fail meja ini akan menjadi garis panduan kepada guru kaunseling bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancangkan. Usaha ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Adalah diharapkan fail meja ini akan dapat memberi panduan dalam membantu menjalankan tugas-tugas seharian sebagai seorang guru kaunseling.

You might also like