You are on page 1of 3

1 Bahagian A(i): Ringkasan [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk menangani keruntuhan akhlak remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi akibat keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang melanggar norma-norma agama dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu, masalah keruntuhan akhlak remaja harus ditangani segera sebelum merebak menjadi masalah sosial dalam masyarakat. Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan yang negatif. Masyarakat harus sedar bahawa masalah social adalah masalah kita bersama dan memerlukan strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individu. Perkara yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan penting untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma, dan pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat. Menurut Prof. Dr. Sidek Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan kepada dua factor yang saling berhubung, iaitu faktor teladan dan pengaruh persekitaran. Hal ini demikian kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi, dan meneladani. Ibu bapa ialah model awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi teladan yang terbaik. Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang serta mempraktikkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan seharian bagi membentuk keluarga harmoni. Kita tidak dapat menafikan bahawa sesetengah ibu bapa mengabaikan dan tidak peduli pada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. Bagi ibu bapa, dengan memberikan wang, sudah cukup untuk anaknya hidup selesa. Golongan ini tidak peduli percampuran anak mereka dengan rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu juga bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja. Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan masalah gejala social ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Namun yang lebih utama, remaja sendiri perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk menentang sebarang unsur negatif. (Dipetik dan diperubahsuaikan daripada Menangani Gejala Sosial Generasi Muda, oleh Hasbullah Mat Daud, Utusan Malaysia, 30 April 2008)

2 Bahagian A (ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud tunjang kerohanian dalam petikan. [2 markah] 2. Pada pendapat pengarang, apakah sikap negatif ibu bapa yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja? [4 markah] 3. Seandainya rakan sebaya anda terjebak dalam gejala social, apakah yang akan anda lakukan untuk menangani masalah tersebut? [4 markah]

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 25 minit] [20 markah] Berdasarkan carta di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi pencemaran alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Program kitar semula

Kempen secara terancang

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Penguatkuas aan undangundang

Pendidikan di sekolah

3 Bahagian C [40 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. 1. Minat membaca dalam kalangan remaja begitu rendah sekali. Pada suatu hari anda berbincang dengan rakan anda tentang usaha-usaha untuk menarik minat membaca dalam kalangan remaja. Tulis perbualan anda itu selengkapnya. 2. Anda telah menyertai pertandingan menulis rencana sempena Hari Ibu. Tajuk rencana yang anda pilih ialah Cara-cara Menghargai Ibu. Tulis rencana anda itu selengkapnya. 3. Baru-baru ini anda telah berpeluang menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya. Perihalkan pengalaman anda itu. 4. Prestasi sukan negara pada peringkat antarabangsa semakin merosot. Pada pendapat anda, apakah punca-punca kemerosotan mutu sukan negara? 5. Peribahasa jiran sepakat membawa berkat digunakan untuk memberi nasihat dan perangsang kepada masyarakat. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah] Jawapan mestilah berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 1, iaitu Sukar Membawa Tuah. Dalam setiap novel terdapat pengajaran untuk memberi kesedaran kepada diri pembaca sebagai iktibar. Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga pengajaran daripada sebuah novel yang telah anda kaji.

You might also like