You are on page 1of 7

AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)

TALIAN BEBAS TOL 1800-88-2575 PENDIDIKAN KEWANGAN Jawapan anda kepada masalah kewangan AKPK menyediakan bahan pendidikan kewangan yang meliputi penggunaan kredit yang bijak dan asas pengurusan wang termasuk tip-tip menggunakan KREDIT DENGAN BERTANGGUNGJAWAB. KAUNSELING KEWANGAN Uruskan kewangan anda dengan bijak AKPK memberi khidmat kaunseling dan panduan kepada anda tentang pengurusan kewangan bijak dari segi bajet, pengurusan wang dan penggunaan kredit. PENGURUSAN KREDIT Kuasai semula hutang dan kehidupan anda Kaunselor kami akan bekerja dengan anda untuk menghasilkan suatu pelan pembayaran hutang khas untuk menangani masalah kewangan anda melalui rundingan dengan institusi kewangan. Akses Program AKPK

Daftar untuk DMP online POWER! OnlineLearningPortal (OLP) SpeakSens

Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup PENDIDIKAN KEWANGAN Pendidikan kredit dan kewangan merupakan jawapan bagi kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi di masa kini. Dengan itu, adalah menjadi
1

matlamat AKPK untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan yang dirangka khas untuk membantu para individu supaya mereka dapat mengawal kedudukan kewangan mereka lalu mendapatkan ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak. Kami juga menyediakan bahan-bahan pendidikan kewangan tentang penggunaan kredit yang wajar dan pengurusan wang asas selain tip-tip berkaitan penggunaan kredit secara lebih bertanggungjawab.

Program-program Pendidikan Kewangan kami adalah disasarkan kepada para individu mahupun kumpulan* melalui pelbagai aktiviti, seperti: sesi-sesi taklimat dan ucapan kepada: agensi-agensi kerajaan perbadanan/badan-badan korporat kolej dan universiti pameran dan pameran bergerak bengkel dan seminar

*Bayaran fi minima dikenakan - untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami. Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup adalah misi AKPK. Matlamat kami ialah memastikan dengan proaktif bahawa warga Malaysia terus berdaya tahan dan berhemah dalam menguruskan kewangan mereka. Anda boleh mendapat pengetahuan lanjut tentang cara-cara menguruskan kewangan anda dengan mudah sekali daripada sumber-sumber atas talian (online) kami. Cubalah Uji Diri kami untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan anda. Layari Kalkulator Kewangan kami untuk mengetahui nilai bersih anda, ataupun untuk mengetahui berapa banyak anda akan perlu membayar setiap bulan untuk kereta atau rumah impian anda. Ikutilah teladan orang lain yang berjaya mengawal hutang mereka dengan membaca Kisah Kejayaan dari AKPK. Layari dan perhatikan pelbagai tip serta nasihat dalam Artikel & Tip kami. Oleh yang demikian, ambillah langkah untuk menguruskan kewangan anda menurut kesenangan, kemudahan serta cara anda sendiri dengan sedikit bantuan daripada kami.
2

Jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan. PENGURUSAN KREDIT Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit, para kaunselor kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia* perkhidmatan kewangan anda. AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan. Program pengurusan kredit ini disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, sekiranya:

anda mempunyai sumber pendapatan yang positif jumlah pinjaman anda tidak melebihi RM2 juta anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang yang telah lanjut anda tidak diisytiharkan sebagai muflis

* Penyedia perkhidmatan kewangan terdiri daripada:


semua bank perdagangan semua bank Islam semua syarikat insurans semua pengendali takaful institusi kewangan pembangunan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia) pengeluar kad kredit/caj (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

Jangan berlengah-lengah lagi. Bertindaklah sekarang. Datang berbicara dengan kami. Hubungi talian bebas tol AKPK: 1-800-88-2575 atau mana-mana pejabat AKPK berdekatan anda untuk temu janji. Jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan. Tentang Kami Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan
3

mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. AKPK menawarkan kepada individu perkhidmatan berikut secara percuma:

Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.

MISI Mempromosikan kesihatan kewangan melalui individu yang bergenggamkan pengetahuan kewangan, dan melalui kaunseling kredit serta program pengurusan kredit. VISI Menjadikan Amalan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.Menjadikan Amalan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup. Logo kami mencerminkan pengguna dan AKPK. Kombinasi cengkung biru (AKPK) dan kelabu (Pengguna) melambangkan bimbingan dan bantuan AKPK agar pengguna melangkah keluar daripada belenggu kewangan kepada pengurusan wang yang lebih mantap. KISAH AKPK Pada tahun 2006 semasa ekonomi pada tahap mantap dengan kredit pengguna di bawah kawalan, Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, sebuah agensi yang kini memanfaatkan rakyat Malaysia. PENUBUHAN Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia,sebuah pelan 10 tahun yang bertujuan memajukan dan merangsang sektor kewangan negara. AKPK ditempatkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan nasihat kewangan, pengurusan kredit dan pendidikan kewangan bagi menolong rakyat Malaysia menguasai cara pengurusan kewangan masingmasing. Di samping itu, kami di AKPK berhasrat menolong semua individu yang memerlukan perkhidmatan kami supaya mereka bukan sahaja
4

bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, tetapi juga mencapai ketenangan hidup melalui penggunaan kredit secara bijak. FOKUS Menurut hasil kajian kumpulan fokus yang kami adakan, kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi merupakan sebab utama kebanyakan individu, tidak kira tua atau muda, terjebak dalam masalah hutang yang tidak mampu mereka atasi. Pengurusan kewangan yang tidak cekap hasil daripada kurangnya pemahaman tentang prinsip asas kewangan adalah sebab utama individu terjerat dalam masalah ini. Cabaran terbesar kami kini ialah penstrukturan suatu pendekatan yang boleh mencapai satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan tahap pengetahuan serta latarbelakang sosioekonomi yang berlainan. AKPK sedar bahawa bagi membendung masalah kewangan yang semakin serius di kalangan rakyat, masyarakat umum perlu dididik menjadi celik wang; dan bagi menyokong usaha ini, AKPK menyediakan jalan di mana rakyat boleh mendapatkan nasihat dan kaunseling tentang hal-hal peribadi kewangan. Di samping itu, kami juga menyediakan peluang kepada mereka yang dibelenggu hutang untuk memulih semula keadaan kewangan mereka melalui perkhidmatan pengurusan kredit berstruktur AKPK. AKPK kini telah berjaya merangka suatu pendekatan untuk mendidik masyarakat melalui 3 perkhidmatan kami: Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Program Pengurusan Kredit (DMP). Perkhidmatan kami adalah percuma dan disasarkan memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk kaunseling dan nasihat kewangan. Sebagai pendidik dalam hal kewangan, AKPK sangat menitikberatkan pembinaan satu masyarakat yang bergenggamkan pengetahuan pengurusan kewangan. AKPK akan berusaha untuk terus memperkenalkan cara-cara inovatif untuk mempertingkatkan pengetahuan kewangan di kalangan pengguna agar sentiasa berada di hadapan dari segi penyebaran pendidikan kewangan. Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup Lokasi Kami Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) - Peta Level 8, Maju Junction Mall 1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel: 603 2616 7766 Fax: 603 2616 7601
5

Untuk Permohonan Taklimat: Lot 3, Tingkat 29, Menara TH Perdana 1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel: 603 2691 4088 Fax: 603 2691 4464 Pulau Pinang - Peta Bangunan Bank Negara Malaysia 27 Corner Light/Pitt Street 10200 Penang Tel : 604 261 2246 Fax : 604 261 2243 Kuantan - Peta G-02 Mahkota Square Jalan Mahkota 25000 Kuantan Tel: 609 513 3190 Fax : 609 513 3255 Johor Bahru - Peta Bangunan Bank Negara Malaysia Jalan Bukit Timbalan 80720 Johor Bahru Tel: 607 221 0533 Fax: 607 221 0535 Kota Kinabalu - Peta Bangunan Bank Negara Malaysia Jalan Lapan Belas 88000 Kota Kinabalu Tel: 6088 538 355 Fax: 6088 538 377 Ipoh - Peta Unit B-2-1 Greentown Square Jalan Dato' Seri Admad Said 30450 Ipoh Perak Tel: 605 242 8319 Fax: 605 242 8452 Kuala Terengganu - Peta Bangunan Bank Negara Malaysia
6

Jalan Sultan Mohamad 21100 Kuala Terengganu Tel: 609 631 2797 Fax : 609 631 2801 Melaka - Peta Ground & Mezzanine Floor, No 179, Bangunan Munshi Abdullah Jalan Munshi Abdullah 75100 Melaka Tel: 606 292 1238 Fax: 606 292 1251 Alor Setar - Peta No 11, Ground Floor, Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid, Kompleks Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar Kedah Darul Aman Tel: 604 771 5773 Fax : 604 771 5737 Kota Bharu - Peta PT5, Ground Floor Kota Indah, Jln Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Tel: 609 747 6968 Fax: 609 746 1085 Kuching - Peta Bangunan Bank Negara Malaysia Jalan Satok 93720 Kuching Tel: 6082 414 910 Fax: 6082 414 960

You might also like