You are on page 1of 3

Contoh Surat Notis Mesyuarat Agung Kelab Kembara dan Rekreasi, Ruj. Tuan: SMK Kepala Batas, Ruj.

Kami : SMKKB/05/KKR/09 13200 Kepala Batas, Tarikh : 15 Ogos 2009 Pulau Pinang. ___________________________________________________________________________ . . . Saudara/Saudari, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB KEMBARA DAN REKREASI Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Kembara dan Rekreasi, SMK. Kepala Batas akan diadakan pada : Tarikh : Masa : Tempat: 1 September 2009 2.30 petang Dewan Perdana, SMK Kepala Batas.

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan aluan Pengerusi 2.2 Ucapan Guru Penasihat Kelab 2.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2009 2.4 Membentang laporan tahunan 2.5 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2.6 Peletakan jawatan ahli jawatankuasa 2009 2.7 Pelantikan ahli jawatankuasa baru 2009/2010 2.8 Perkara berbangkit 2.9 Ucapan penangguhan 3. Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, .. (NUR IRDINA BT SAMSUDIN) Setiausaha Kelab Kembara dan Rekreasi SMK. Kepala Batas. s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah. 2. Guru Penasihat Kelab Kembara dan Rekreasi 3. Pengerusi Kelab Kembara dan Rekreasi.

Contoh Minit Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Agung Kelab Kembara dan Rekreasi, SMK. Kepala Batas, Tahun 2009 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : : 1 September 2009 2.30 petang Dewan Perdana, SMK Kepala Batas. Ahli Kelab (senarai nama dilampirkan)

Agenda Mesyuarat: 1.0 Ucapan aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi Kelab Kembara dan Rekreasi 2003, Saudara Mohd. Ali bin Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat kerana telah banyak membantu dan membimbing menguruskan kelab ini. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab kerana telah banyak bekerjasama menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. 2.0 Ucapan Guru Penasihat Kelab 2.1 Guru penasihat Pn. Fatimah bt Khalid mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah banyak membantu beliau menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. 2.2 Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menguruskan kelab ini.
3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2009.

Pengesahan minit mesyuarat agung 2009 telah dicadangkan oleh Saudara Samy Vello dan disokong oleh Saudara Lim Ah Chai. 4.0 Membentang laporan tahunan 2009 Pengerusi meminta semua ahli membaca laporan tahunan yang disediakan dan bertanya sama ada terdapat perkara berbangkit atau tidak. 5.0 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2009 Pengesahan laporan kewangan 2009 telah dicadangkan oleh Saudara Mohd. Arif bin Ismail dan disokong oleh Saudara Mohd Rizal. 6.0 Pembubaran ahli jawatan kuasa Kelab 2009 Ahli jawatankuasa Kelab Kembara dan Rekreasi 2009 dibubarkan secara rasmi. 7.0 Pelantikan ahli jawatan kuasa baru 2009/2010 Ahli-ahli jawatankuasa baru yang dilantik ialah: Pengerusi : Mohd. Jamil bin Mat Naib Pengerusi : Loh Yeap Seng Setiausaha : Siti Sarah bt Mohamad Jiwa Bendahari : Nor Maimunah bt Saad Ahli Jawatankuasa : Kaviseelan a/l Subramaniam Saifuddin bin Nasharudin Mohd. Saleh bin Hitam Wong Fei Hong

8.0 Perkara Berbangkit 8.1 Saudara Mohd.Najib membangkitkan masalah pembayaran yuran kelab. Menurutnya yuran kelab patut dikutip setiap bulan supaya aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan. 8.2 Perkara ini mendapat persetujuan semua ahli. Tindakan : Bendahari 9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Pengerusi baru berucap dan mengucapkan terima kasih kerana beliau telah dilantik sebagai pengerusi baru kelab ini. 9.2 Beliau seterusnya menangguhkan mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.41 petang. Disediakan oleh, 2 SEPTEMBER 2009

.. (NUR IRDINA BT SAMSUDIN) Setiausaha Kelab Kembara dan Rekreasi SMK. Kepala Batas, Pulau Pinang.

You might also like