You are on page 1of 12

Operasi ke atas Perpuluhan

OPERASI TAMBAH & OPERASI TOLAK


Oleh sebab penggunaan nombor perpuluhan melibatkan perluasan konsep nilai tempat ke sebelah kanan dari nilai tempat sa, maka Perseratus ditambah dengan perseratus Persepuluh ditambah dengan persepuluh Sa ditambah dengan sa Puluh ditambah dengan puluh Ratus ditambah dengan ratus Prinsip bagi melakukan operasi tolak juga adalah sama.

OPERASI TAMBAH
Untuk menambahkan nombor perpuluhan, terdapat 3 langkah yang harus diikuti: Menempatkan satu nombor di atas dan satu lagi di bawah. Ingatlah nilai-nilai tempat dan titik perpuluhan harus diaturkan pada garis tegak yang betul. Untuk mengelakkan kekeliruan, sifar ditambah selepas digit terakhir tanpa mengubah nilai nombor berkenaan. Melakukan algorima penambahan seperti biasa.

Contoh: 1.452 + 1.3= ?


1. Menempatkan 2 nombor di bawah satu pada satu. Nilai tempat & titik perpuluhan diaturkan pada garis tegak yang betul.
Sa Persepuluh Perseratus

2. Menambahkan sifar selepas digit terakhir.

3. Melakukan operasi algorima tambah.

OPERASI TOLAK
Untuk menolakkan nombor perpuluhan, terdapat 3 langkah yang harus diikuti: Menempatkan satu nombor di atas dan satu lagi di bawah. Ingatlah nilai-nilai tempat dan titik perpuluhan harus diaturkan pada garis tegak yang betul. Untuk mengelakkan kekeliruan, sifar ditambah selepas digit terakhir tanpa mengubah nilai nombor berkenaan. Melakukan algorima penambahan seperti biasa.

Contoh: 1.1 - 0.03=?


1. Menempatkan 2 nombor di bawah satu pada satu. Nilai tempat & titik perpuluhan diaturkan pada garis tegak yang betul. Persepuluh Sa

2. Menambahkan sifar selepas digit terakhir.

3. . Melakukan operasi algorima tolak.

OPERASI DARAB
Pada peringkat sekolah rendah, pengajaran operasi darab terhadap nombor perpuluhan melibatkan kemahiran mendarab perpuluhan dengan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Untuk memperkenalkan kemahiran di atas, model penambahan berulang boleh digunakan. Contohnya: 1.32 x 3 = 1.32 + 1.32 + 1.32 = 3.96

Apabila soalan ini ditulis semula dalam algorima piawai bagi pendaraban, maka didapati:

1.32 x 3 3.96
Cara mendarab nombor perpuluhan dengan nombor bulat atau nombor perpuluhan adalah sama seperti soalan kira darab biasa, tetapi kita mestilah meletakkan titik perpuluhan pada jawapan mengikut jumlah bilangan tempat perpuluhan yang terdapat dalam dua nombor yang didarabkan.

Contohnya: 1.32 x 3 = ?
1. Tuliskan 1.32 x 3 dalam bentuk di bawah: 1.32 x 3 2. Darabkan dengan mengabaikan titik perpuluhan. 1 32 x 3 3 96

3. Disebabkan terdapat 2 tempat perpuluhan dalam soalan ini, oleh itu kita meletakkan titik perpuluhan pada 3 96 selepas membilang 2 tempat perpuluhan dari kanan nombor 3 96. 1. 3 2 x 3 3. 9 6

Contohnya: 7.2 x 1.3 = ?

7.2 mempunyai 1 tempat perpuluhan 1.3 mempunyai 1 tempat perpuluhan Kesemuanya 2 tempat perpuluhan Kita meletakkan titik perpuluhan pada 936 selepas membilang 2 tempat perpuluhan dari kanan nombor 936. Jawapannya ialah 9.36

OPERASI BAHAGI
Cara membahagi nombor perpuluhan sama seperti nombor bulat dengan penyebutnya nombor bulat, tetapi kita harus meletakkan titik perpuluhan pada jawapannya dengan sesuai iaitu atas titik perpuluhan pada nombor pengangka.

zz

Contohnya: 9.1

z7 =?
2. Letakkan titik perpuluhan pada jawapan mengikut bilangan tempat perpuluhan pada nombor pengangka.

1. Mengabaikan titik perpuluhan dan membahagikan dengan algorima pembahagian panjang.

You might also like