You are on page 1of 31

TOPIK 4: PERKEMBANGAN KOGNITIF

 Perkembangan kognitif ialah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.  Melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi, dan sebagainya.  Penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

 Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanakkanak.  Perkembangan kognitif berpusat pada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.  Untuk mengkaji perkembangan kognitif, kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky.  Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

 Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.  Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahanperubahan yang berlaku di persekitaran mereka.  Piaget mengenal pasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.

i. Kematangan biologi:  Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik. ii. Interaksi individu dengan persekitaran:  Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

iii. Pengalaman sosial:  Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang di sekeliling. Contohnya: ibu bapa, guru, adikberadik, rakan dan sebagainya. iv. Keseimbangan:  Proses keseimbangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang beru dialami.

 Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka.  Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan.  Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka.  Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan.

 Setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalamanpengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.  Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.  Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.  Pembentukan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan.

 Pembentukan skema bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks  Contohnya: Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategorikan sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak.  Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru.

 Contohnya: Kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato.  Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah.  Mereka perlu mengubah suai skema lama mereka supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi yang beru tersebut.  Proses perubahan ataupenukaran skema lama kepada skema baru dipanggil adaptasi.

 Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.  Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada.  Contoh: Dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah sedia ada.  Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.

 Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.  Dalam contoh tadi, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b .  Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan meng akomodasi ialah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan .  Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

 Kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik, maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.

 Piaget mencadangkan empat peringkat dalam Perkembangan Kognitif: i. Peringkat Sensorimotor (semenjak lahir 2 tahun) ii. Peringkat Praoperasi (2 7 tahun) iii. Peringkat Operasi Konkrit (7 11 tahun) iv. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

 Peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif.  Pada peringkat ini, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya.  Skema-skema yang terbentuk ialah hasil daripada interaksi fizikal bayi dengan persekitaran.  Contoh: Mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.

 Pada peringkat akhir sensorimator, kanak- kanak akan mencapai peringkat pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori.  Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada di penglihatan mereka (out of sign, out of mind).  Selain daripada itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga menunjukkan permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan.

 Contoh: Kanak-kanak yang telah mencapai tahap ini dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang dari sebuah bekas bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.  Dalam tahap ini juga, kanak-kanak boleh mengulang semula proses ini ke asal. Contohnya, memasukkan kembali objek ke dalam bekas dan menutupnya.

 Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak sudah boleh menggunakan skema-skema fizikal yang mudah.  Seterusnya, pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skemaskema baru.  Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema.

 Peringkat permulaan dalam peringkat praoperasi adalah apabilakanak-kanak dapat mawakili sesuatu (objek/pergerakan fizikal) dengan simbol.  Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya.  Contoh: Mewakili imej sebenar buku dengan perkataan buku atau menggunakan gambar.  Proses ini dinamakan fungsi semiotik.  Dalam proses ini juga, perkembangan berbahasa akan berlaku dengan pesat.  Kanak-kanak pada peringkat ini juga masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul.

 Contoh daripada uji kaji yang dijalankan oleh Piaget dengan kanak-kanak 5 tahun menunjukkan prosesproses di atas masih tidak dapat dikuasai.  2 baris duit syiling ditunjukkan kepada kanak-kanak tersebut.

 Apabila ditanya adakah bilangan duit syiling di dalam setiap baris sama, kanak-kanak tersebut menjawab ya.

 Tetapi apabila salah satu baris dipanjangkan seperti di bawah:

 Kanak-kanak itu menjawab baris yang dipanjangkan itu mempunyai lebih duit syiling daripada baris di atas.

 Eksperimen di atas menunjukkan pemikiran kanakkanak tersebut: i. Lebih menumpukan kepada keadaan fizikal (panjang baris) daripada konsep yang lebih abstrak (bilangan/nombor). ii. Tidak dapat melaksanakan transformasi. Melihat pemanjangan baris sebagai baris baru dan bukan proses pemanjangan baris yang lama. iii. Tidak dapat melakukan proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada asal.

 Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik.  Sikap egosentrik kanak-kanak membawa maksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.  Kanak-kanak pada peringkat ini selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka.  Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat satu siri kartun, beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

 Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mreka masih terikat dengan situasi yang konkrit.  Mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul.  Berdasarkan uji kali duit syiling tadi, mereka sepatutnya sudah boleh menyatakan bilangan duit syiling ialah sama walaupun baris kedua dipanjangkan.

 Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan (conservation).  Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu manguasai tiga prinsip asas: Prinsip identiti: Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek ialah sama walaupun bentuknya berubah.

Prinsip compensation (ganti rugi) Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.

Prinsip keterbalikan Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

 Contoh: Gelas A dan B diisi dengan air yang sama banyak. A B A C

 Air dari gelas B dituang ke gelas C yang lebih panjang dan tirus.  Paras air dalam gelas C meningkat berbanding paras air dalam gelas A.

 Kanak-kanak dalam peringkat ini akan dapat menyatakan jumlahair dalam gelas A dan C masih sama banyak kerana: i. Tiada pertambahan dan pengurangan jumlah air dilakukan. (Prinsip identiti) ii. Perubahan bentuk gelas C (panjang dan tirus) yang membawa kepada peningkatan paras air. (Prinsip ganti rugi) iii. Apabila air dituang semula ke gelas B, air akan memberi paras yang sama dengan gelas A. (Prinsip keterbalikan)

 Selain daripada proses-proses tersebut, pelajar dalam peringkat ini juga menguasai proses pengelasan.  Dalam kemahiran ini, pelajar dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.  Contoh: pengelasan mengikut ciri warna, saiz dan sebagainya.  Proses pengelasan berkembang apabila pelajar mula menyedari sesuatu objek yang dikelaskan kepada sesuatu ciri juga boleh tergolong dalam kumpulan yang lain juga.

 Contoh: Kucing digolongkan dalam haiwan mamalia dan juga tergolong dalam haiwan yang berdarah panas.  Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun juga merupakan satu pencapaian dalam peringkat ini. Dalam proses ini juga pelajar boleh membuat susunan logik seperti A < B < C.  Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan, pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkan pelajar pada peringkat initelah mencapai satu peringkat pemikiran logik.

 Walau bagaimanapun, sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal yang mana pelajar boleh menyusun, mengelas, manipulasi dalam situasi yang berbentuk konkrit.  Pelajar-pelajar pada peringkat ini masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalansoalan yang abstrak atau masalah yang melibatkan penggabung jalinan faktor-faktor yang kompleks.

You might also like