You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPP

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP kecuali yang tersebut dalam peraturan berikut. 1. PENDAFTARAN : 1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan. 1.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masing-masing. 1.2.1 Pengurus Pasukan 1.2.2 Jurulatih 2. KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN 2.1 L12 / P12 / L15 / P15 / L18 / P18 3. PAKAIAN 3.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor masing-masing di depan dan belakang. 3.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan. 3.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali. 3.4 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard ) 4. SAIZ BOLA 4.1 Saiz 1 : L12 / P12 4.2 Saiz 2 : L15 / P15 / P18 4.3 Saiz 3 : L18 5. MASA PERMAINAN 5.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit. (15.3.15) * diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri. 5.2 Masa Rehat Pasukan (1 minit ) (a)
(b)

(c)

Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa. Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper). Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit : Semasa pasukannya mengawal bola.

Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar. 6. SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Pertandingan ini dijalankan secara LIGA / KALAH MATI 6.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG. 6.3 Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA : 6.3.1 Menang : 3 mata 6.3.2 Seri : 1 mata 6.3.3 Kalah : 0 mata 6.4 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri. 6.5 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah : 6.5.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. 6.5.2 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang. 6.5.3 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang. 6.5.4 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. 6.5.5 Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan. 6.6 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL 6.6.1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. 6.6.2 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan. 6.6.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut. 7. SISTEM KALAHMATI 7.1 Bagi perlawanan secara kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya: 7.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat selama lima minit. 7.1.2 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan. 8. SISTEM BALINGAN 7 METER 8.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang pemain. 8.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi. 8.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan. 8.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.

8.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter. 8.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma. 8.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang. 8.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan. 9. KELEWATAN Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 0. 10. BANTAHAN 10.1 Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima. 10.2 Keputusan Juri adalah muktamad. 11. JURI RAYUAN 11.1 Terdiri daripada : 11.1.1Pengerusi Teknik Bola Baling MSSPP / Zon 11.1.2Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan 11.1.3Pengerusi Pengadil 11.1.42 orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola. 12. PERATURAN BARU
12.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran. (peraturan 2:5) 12.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran. (peraturan 2 :8) 12.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat kesukanan. (peraturan 4:11) 12.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan. (peraturan 4:1) 12.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil. (peraturan 4:1) 12.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurangkurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel. (peraturan 10.3) 12.7. Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman. (klarifikasi no 4) 12.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.

(peraturan 15.6) 12.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir kepada pasukan lawan. (peraturan 11.3) 12.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang. (klarifikasi no 3)

13.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 11.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturanperaturan ini dan undang-undang Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA BALING MSSPP.

You might also like