You are on page 1of 3

1.

0DEFINISI PENGURUSAN STRATEGIK Pengurusan dapat didefinasikan sebagai satu proses perancangan,penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam sesebuah organisasibagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan. Istilah pengurusantelah merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagimeninggikan dan mengarahkan kerja-kerja dan tugasan yang telahditentukan (Ahmad Atory 1996). Oleh yang demikian setiap insanmerupakan pengurus sama ada secara langsung atau tidak langsungdan akan terlibat dengan pengurusan walaupun ia hanya menguruskanhal peribadinya sahaja.Pengurusan boleh juga boleh diertikan sebagai cara dan teknik-teknik yang digunapakai dalam mengendalikan sesebuah organisasiagar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ianyamerupakan gabungan beberapa bahagian organisasi kerja yang manasetiap bahagian akan memainkan peranan yang sangat penting dalamorganisasi.Oleh yang demikan, proses pengurusan merupakan gabunganbeberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, penyusunan,pengarahan dan pengawalan seterusnya ia membentuk set lengkap yangakan di gunakan oleh pengurus bagi memastikan setiap misi dan visisesebuah organisasi akan berjaya. 1

Istilah strategik pula berasal dari bahasa Greek Strategos yangboleh diertikan sebagai Fungsi Seorang Jeneral (Zainal Abidin 2008).Dalam istilah ketenteraan ia memberi erti kepakaran Seorang Jeneral menggunakan pelbagai cara dan teknik yang sesuai dalam menanganiancaman musuh.Dari sudut perancangan pula strategik membawa pengertian,seseorang pengurus menggunakan beberapa strategi yang berkesandalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik yangsesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa perkara pentingdalam sesebuah organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program strategi, dan kaedah yang digunakan bagimancapai matlamat tersebut. Strategi yang berkesan dan sesuai bagisesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktivitisesebuah organisasi. Sekiranya percaturan strategi yang digunakantidak sesuai dan tidak menepati kesesuainyya maka ia akanmenyebabkan berlaku kerugian, pembaziran kemunduran sesebuahorganisasi.Perancangan Strategik pula merupakan satu proses perancangan jangkamasa panjang yang mana organisasi akan menentukan misi danobjektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yangditetapkan(Muhamad Ali Embi 2003). Ia juga dilihat sebagai suatupenggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatansesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis 2

peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi risikokepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensibaru kepada seseorang pengurus untuk membuat analisis kritikaltentang kekuatan sesebuah organisasi dan peluang-peluang yang wujuddalam membuat keputusan.Pengurusan strategik wujud hasil daripada cetusan perancanganstrategik yang dijalankan dan ianya mempuyai dua komponen utama.Komponen yang pertama ialah Pengurusan Isu Strategik itu sendiri yangmana ia merupakan lanjutan daripada Perancangan Strategik.Komponen yang kedua ialah melengkapkan seseorang eksekutif dengansifat yang sentiasa berwaspada dan bersedia dalam menghadapi apa-apakejadian luar jangka dalam sesebuah organisasi. Komponen ini turutdikenali dengan Pengurusan Tak Disangka( Surprise Management ).Dengan adanya kedua-dua komponen ini maka seseorang pengurusakan dapat menangani segala permasalahan yang timbul dan mampumengurus sesebuah organisasi dengan lebih berdaya saing dan maju. 2.0KEPENTINGAN PERANCANGAN STRATEGIK Perancangan strategik merupakan aset utama dan ianyamemainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan strategik.Ia merupakan gambaran atau rangka kerja bagi seseorang pengurusuntuk membuat menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesebuahorganisasi(Mumtaz Began, Norasiken, Norhayati, 2002). Perancangan ini 3

juga membantu seseorang pengurus untuk membuat penilaian sertakeputusan yang berkaitan dengan halatuju sesebuah organisasi. Terdapat beberapa kepentingan perancangan strategik di dalamorganisasi yang dapat dikemukakan disini antaranya ialah:2.1Pengurusan Yang Lebih BaikDengan adanya perancangan strategik, pengurus akandapat membentuk suatu konsep yang jelas dan lengkap bagisesebuah organisasi. Proses ini akan membantu parapengurus untuk menilai kekuatan dalaman serta kekuatanluaran organisasinya dalam menangani cabaran. Denganperancangan ini, matlamat serta objektif sesebuahorganisasi akan lebih jelas dan memudahkan pengurusuntuk membuat keputusan bagi mencapai matlamattersebut.Sekiranya perancangan strategik tidak dilaksanakandi dalam sesebuah organisasi, maka kesannya ialahpengurus akan menghadapi masalah dalam penentuanobjektif serta penetapan matlamat yang harus dicapai olehorganisasi tersebut. Apabila sesebuah organisasi

tidakmempunyai halatuju dan matlamat yang harus dicapaimaka operasi yang wujud di dalam organisasi tersebut tidakmengikut landasan yang diharapkan. Ia akan menyebabkankegagalan dalam menguruskan sesebuah organisasi. 4

Kegagalan ini akan menyebabkan berlaku kemerosotanproduktiviti sesebuah organisasi dan menyebabkanorganisasi tersebut gagal berdiri sama tinggi denganorganisasi-organisasi lain.2.2Bertindak Balas Kepada Perubahan PersekitanDengan adanya perancangan strategik pengurus akandapat menangani masalah yang tidak dijangka sekiranyapersekitaran berubah. Ini kerana perancangan strategiktelah membantu para pengurus dalam membuat persiapanawal bagi menangani permasalahan tersebut. Pengurusakan membuat keputusan berdasarkan situasi terkini untukkeperluan di masa hadapan. Contohnya, sekiranya situasiorganisasi dalam keadaan yang agak perlahan makapengurus boleh menetapkan matlamat organisasinyaberdasarkan pengalaman masa lalu yang berkaitan.Walaubagaimanapun, pada masa ini arus perubahan situasitidak dapat dijangka dengan tepat kerana ianya berlakuterlalu pantas mengikut perkembangan zaman teknologi yang canggih.Oleh yang demikian para pengurus perlu lebih kreatif dalam mencatur strategi bagi mengatasi masalah tersebut.Dengan mengandaikan permasalahan yang mungkin akan 5

timbul akibat perubahan persekitaran, pengurus dapatmenyediakan beberapa langkah menangani masalah sebagaipersiapan awal dan dapat mencongak peluang-peluang yangmungkin wujud dari perubahan persekitarn tersebut. 3.0ELEMEN-ELEMEN DALM PERANCANGAN STRATEGIK Perancangan strategik mempunyai beberapa elemen pentingbagi memastikan perncangan yang dibuat bertepatan dengankehendak dan objektif sesebuah organisasi. Kepincangan salahsatu elemen dalam perancangan strategik akan mengangguperjalanan perancangan ini (Zainal Abidin 1998). Sekiranyaperancangan strategik tidak dapat dilaksanakan maka risiko yangbakal dihadapi oleh seseorang pengurus akan menjadi bertambahbesar. Bahkan ia mungkin menyebabkan berlaku kemerosotandalam sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang wujuddalam perancangan strategik ini ialah:3.1MisiSetiap organisasi mempunyai misi tersendiri,penetapan misi sesebuah organisasi akan membantumemandu halatuju sesebuah organisasi. Pencapaian misi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi menunjukkan 6

You might also like