You are on page 1of 3

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

KEMAHIRAN Membaca

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Memahami,menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada sumber yang didengar,ditutur,dibaca,dan ditulis dengan bertatasusila.

DESKRIPTOR

B6 DB1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan sastera dan bukan sastera

EVIDENS

B6 DB1 E1: Bercerita atau menyampaikan maklumat yang dibaca secara bertatasusila menggunakan kosa kata yang luas dan tepat

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan: . Teks Cerita Langkah Pentaksiran: 1. Murid diminta membaca dan memahami cerita yang disediakan. 2. Murid menceritakan semula menggunakan kosa kata yang luas dan tepat .

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU


NAMA : TARIKH: .

KELAS : .. RUJUKAN: B6 DB1 E1

Arahan: Baca petikan di bawah. Ceritakan semula petikan yang telah dibaca. Pada suatu hari,angin bertemu dengan awan. Angin dengan sombong berkata, Wahai Sang Awan! Aku lebih kuat daripada engkau. Awan dengan angkuh turut berkata Wahai Sang Angin! Aku lebih kuat daripada engkau. Mereka bersetuju untuk beradu siapakah yang lebih kuat. Pada ketika itu,mereka melihat seorang pemuda sedang berjalan. Angin lalu berkata, Sesiapa yang berjaya membuka jubah pemuda itu akan menjadi juara. Awan bersetuju dengan cadangan angin. Angin pun terus bertiup kencang. Pemuda itu memegang jubahnya kuat-kuat. Dia tidak mahu jubahnya diterbangkan oleh angin. Tibalah pula giliran awan. Awan segera menurunkan hujan dengan lebatnya.Pemuda itu memeluk tubuhnya kerana kesejukan. Ha!Ha!Ha! angin dan awan terdengar suara matahari ketawa.Kamu berdua sangat sombong kerana menyangka kamu lebih kuat,kata matahari. Sekarang giliranku pula untuk cuba membuka jubah pemuda itu,kata matahari lagi. Matahari pun memancarkan cahaya panas teriknya. Pemuda itu berasa panas. Badannya berpeluh. Dia segera membuka jubahnya.

Lain kali,janganlah menyangka kamu lebih kuat dan menganggap orang lain lemah,ujar matahari lagi. Angin dan awan berasa sangat malu.

You might also like