You are on page 1of 4

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO INOVASI LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1.1 Penyertaan

Penyertaan adalah terbuka kepada kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Objektif pertandingan ini adalah untuk mendapatkan logo yang melambangkan transformasi LKIM yang berpaksikan ciri-ciri inovatif dan kreatif melalui usaha-usaha yang terancang. 1.2 Spesifikasi Reka Bentuk Logo 1.2.1 1.2.2 Reka bentuk mestilah baru dan asli Penyertaan reka cipta logo boleh direka menggunakan tidak melebihi 3 jenis warna kecuali hitam dan putih Saiz rekaan tidak melebihi saiz kertas A4. Logo menggambarkan identity dan imej korporat LKIM serta memberi gambaran grafik dan impak yang amat berkesan kepada organisasi. Reka bentuk boleh dilukis dengan tangan (free hand) atau grafik komputer. Reka bentuk mestilah menarik, jelas, mudah dan kemas. Setiap warna dan bentuk yang digunakan dalam rekaan logo hendaklah disertakan dengan definisi/penjelasan bagi setiap simbol atau warna yang digunakan.

1.2.3 1.2.4

1.2.5

1.2.6 1.2.7

1.3

Dokumen Pe rmohonan Penyertaan Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki menyediakan dua (2) salinan dokumen-dokumen seperti berikut: i) Borang Penyertaan Borang adalah seperti yang terdapat di lampiran dan hendaklah diisi oleh setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini.

ii)

Layout / Design Logo a) Layout / Design hendaklah direka di atas kertas bersaiz A4 dan diajukan kepada pihak urusetia pertandingan bersama-sama dengan borang penyertaan. b) Penyertaan adalah percuma. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. c) Maklumat berikut hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing- masing iaitu: Nama Penuh Nombor Kad Pengenalan Seksyen/Bahagian/LKIM Negeri

1.4

Tempoh Penyertaan Penyertaan dibuka sehingga 15 November 2011. Sebarang penyertaan selepas 15 November 2011 tidak akan dilayan oleh pihak urusetia.

2.

METODOLOGI PENILAIAN 2.1 Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design/penjelasan logo yang dihantar kepada urusetia pertandingan. Kriteria-kriteria yang diambil kira adalah seperti yang terdapat di lampiran.

2.2

3.

HADIAH PERTANDINGAN 3.1 Hanya tiga reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja. Tiga pemenang pertandingan akan menerima plak, sijil penghargaan serta wang tunai bernilai seperti berikut:Johan Naib Johan Ketiga 3.3 : : : RM1,000.00 RM 700.00 RM 500.00

3.2

Hadiah saguhati akan diberi kepada penyertaan yang tidak memenangi pertandingan ini.

4.

PANEL PENILAI Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu dan logo yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hak milik LKIM.

Lampiran 1 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO INOVASI LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1. BUTIRAN PESERTA i) ii) iii) iv) 2. Nama :______________________________ Jawatan:______________________________________ Seksyen/Bahagian/LKIM Negeri:_________________________ No. Telefon Pejabat / Handphone:________________________

PENGAKUAN PESERTA

Adalah saya dengan ini mempe rakui bahawa penyertaan saya ini adalah asli dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan seumpamanya sebelum ini. Saya juga faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan secara serta merta jika saya melanggar peraturan ini. Saya juga bersetuju sekiranya terpilih, rekaan saya ini akan me njadi hak milik Le mbaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan saya tiada hak ke atasnya selepas ini. 3. ALAMAT UNTUK MENGEMUKAKAN PENYERTAAN Penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada: Urusetia Pertandingan Mencipta Logo Inovasi LKIM Unit Inovasi Bahagian Pentadbiran Lembaga Ke majuan Ikan Malaysia (u.p: Puan Norma binti Jaafar) No. Tel: 03-26177206 Email: norma@lkim.gov.my

Untuk kegunaan urusetia pertandingan Tarikh Terima Penyertaan:______________________ No. Daftar:_____________________