You are on page 1of 14

DRAF PERLEMBAGAAN KELAB OLAHRAGA

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN OLAHRAGA FASAL 1. NAMA Kelab Sukan ini dikenali dengan nama KELAB SUKAN OLAHRAGA SMK WIRA PENRISSEN di dalam Perlembagaan ini. FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat Berdaftar Alamat berdaftar (termasuk alamat tempat urusan, surat menyurat dan operasi badan sukan) Kelab Sukan Olahraga SMK Wira Penrissen ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen, KM 14, Jalan Kuching-Serian, 94300 Samarahan, Sarawak. 2.2 Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Kelab dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Pentadbiran Sekolah. Perubahan alamat berdaftar hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa KoKurikulum Sekolah.

FASAL 3. DEFINISI
3.1 3.2 3.3

KELAB bermakna Kelab Sukan Peringkat Sekolah MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang diadakan oleh Kelab ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam Fasal 14 perlembagaan ini. JAWATANKUASA INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi yang mentadbir perjalanan Kelab dan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar Kelab yang disebut dalam Fasal 17 perlembagaan ini. JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 21.
3.5

3.4

Ahli Jawatankuasa bermakna semua Ahli (pelajar) Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa-Jawatankuasa dan mana-mana guru dan pelajar yang diberikan kuasa untuk menjalankan tugas dan fungsi Kelab.

3.6

PEMEGANG JAWATAN bermakna mana-mana guru dan pelajar yang dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan atau dilantik oleh Pihak Pentadbiran Sekolah, Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah atau Jawatankuasa Induk Kelab. PEJABAT bermakna alamat berdaftar Kelab seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2 Perlembagaan ini. AHLI KELAB bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6 Perlembagaan ini.

3.7 3.8

3.9

PENTADBIR SEKOLAH bermakna Pengurus Sekolah Menengah iaitu Pengetua Sekolah, dan Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah bermakna Jawatankuasa yang ditubuhkan di sekolah untuk mengawalselia penubuhan Kelab Sukan, Permainan, Akademik dan Unit Beruniform di sekolah.

FASAL 4. OBJEKTIF DAN FUNGSI 4.1 Objektif Kelab antaranya seperti berikut:
(a) untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan sukan balapan dan padang (olahraga) di kalangan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen;
(b) untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan

balapan dan padang (olahraga) di peringkat sekolah;


(c) untuk memilih atlet bagi mewakili SMK Wira Penrissen dalam

mana-mana pertandingan (olahraga); dan dan Kebangsaan.

sukan

balapan

dan

padang

(d) untuk bergabung dengan MSSM

di peringkat daerah, Negeri

4.2 Fungsi Kelab antaranya seperti berikut:


(a) bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan

mengurus sukan balapan dan padang (olahraga) di peringkat kelab;


(b) mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan

peraturan dan undang-undang sukan balapan dan padang (olahraga) di kalangan para pelajar sebagai ahli;
(c) mengendali kursus dan latihan di kalangan para pelajar sebagai

ahli;
(d) menganjur atau membantu penganjuran pertandingan bagi

sukan balapan dan padang diperingkat kelab. Bagi penganjuran di peringkat antara rumah sukan hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola / pentadbir sekolah dan Jawatankuasa Sukan Sekolah;
(e) menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan

para pelajar sebagai ahli;


(f) mengekalkan hubungan baik dengan Pihak Pentadbir Sekolah /

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah / Jawatankuasa Sukan Sekolah / MSSM peringkat daerah, negeri, kebangsaan, kelabkelab Sukan dan permainan lain atau agensi luar yang lain;
(g) memastikan prosedur pemilihan bagi mewakili sekolah ke

pertandingan-pertandingkan yang disertai adalah terbuka dan adil;


(h) memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah

berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya;


(i) memastikan perlembagaan dan peraturan kelab dipatuhi dan

diikuti oleh semua pelajar sebagai ahli;


(j) memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit

bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;

(k) memastikan pengutipan yuran kelab dan kegiatan luar daripada

kawasan sekolah yang dijalankan tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan perlaksanaan aktiviti kokurikulum sekolah / Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
(l) memastikan pengutipan yuran dan semua aktiviti di luar

kawasan sekolah Kelab adalah bertujuan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Kelab juga boleh mengutip yuran keahlian dan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Kelab. FASAL 5. LOGO / LAMBANG Logo/lambang Kelab ini ialah Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen dengan tulisan perkataan KELAB OLAHRAGA iaitu menunjukkan bahawa Kelab ini adalah Kelab yang ditubuhkan di SMK Wira Penrissen khusus untuk pelajar-pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen. FASAL 6. KEAHLIAN Keahlian Kelab ini hanya dikhususkan kepada: 6.1 semua pelajar yang bersekolah di SMK Wira Penrissen terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
7.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan bulanan

kepada Kelab seperti berikut : BIL 1 JENIS KEAHLIAN Ahli Individu YURAN PENDAFTARAN RM1.00 YURAN BULANAN RM1.00

7.2 YURAN

PENDAFTARAN wajib dijelaskan sementara YURAN BULANAN hendaklah dijelaskan tiap-tiap bulan kepada Bendahari. Sekiranya pelajar tidak berkemampuan menjelaskan yuran bulanan, pelajar yang berkenaan tidak akan dapat menikmati kemudahan baju T kelab dan juga terlibat dalam mana-mana aktiviti luar kawasan sekolah yang memerlukan pembiayaan kewangan persendirian. tempoh tiga (3) bulan akan menyebabkan keahlian pelajar terbatal.

7.3 Kegagalan untuk menjelaskan YURAN PENDAFTARAN dalam 7.4 Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi

ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru secara bertulis dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran. Penerimaan keahlian ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk. FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI 8.1 Permohonan pelajar menjadi ahli hendaklah dibuat semasa pendaftaran keahlian kelab di awal tahun sesi persekolahan seperti yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Permohonan pelajar untuk menjadi ahli yang dibuat selepas dari tarikh pendaftaran keahlian di awal sesi persekolahan yang

8.2

ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah, permohonan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada guru pembimbing. FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI 9.1 Semua ahli mempunyai hak dan kesitimewaan seperti berikut:

(a) berhak untuk menyertai segala kegiatan yang dianjurkan oleh

Kelab ini;
(b) berhak menerima dengan percuma satu salinan perlembagaan

Kelab semasa pendaftaran dan diberi sekali sahaja; dan


(c) berhak menggunakan kemudahan dan premis Kelab ini tertakluk

kepada peraturan yang ditetapkan.

9.2 Tiap-tiap ahli hendaklah mengakui dan bersetuju untuk mematuhi:

(a) perlembagaan,

undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan kecil, amalan-amalan terbaik yang diterimapakai oleh sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, MSSM, badan-badan sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa;

(b) segala bidang kuasa Kelab sukan ini; dan (c) segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan sukan

ini. FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG 10.1 Semua pelajar sebagai ahli kelab yang membayar yuran pendaftaran dalam tahun tersebut berhak untuk mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan. FASAL 11. DISIPLIN AHLI DAN PEMEGANG JAWATAN Jawatankuasa Tatatertib yang terdiri daripada Guru Pembimbing, Pihak Pentadbir Sekolah (Pengetua), Penolong Kanan HEM Sekolah dan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah setelah mendapati mana-mana ahli, dan pemegang jawatan:
(a)

telah melanggar, gagal, enggan, atau tidak mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang termasuk gagal memenuhi komitmen sebagai ahli sepertimana Fasal 9.2; bertindak secara tidak wajar atau memudaratkan Kelab dan kepentingannya; dan tidak selari dengan matlamat Kelab dan sukan itu sendiri; dan

(b)

(c)

membawa keaiban kepada Kelab, ahli Kelab, sukan itu sendiri, sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, MSSM dan negara.

boleh memulakan prosiding disiplin terhadap ahli, atau pemegang jawatan tersebut tertakluk kepada kuasa, prosedur disiplin yang ditetapkan oleh Jawatnkuasa Induk. Ahli, dan pemegang jawatan yang terlibat, berhak untuk mendapat keadilan semulajadi (natural justice ). FASAL 13. PEMBERHENTIAN, PENGGANTUNGAN DAN PEMECATAN AHLI DAN PEMEGANG JAWATAN 13.1 Mana-mana ahli atau pemegang jawatan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli kelab.

13.2 Penggantungan atau pemecatan ahli atau pemegang jawatan boleh dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib setelah melalui proses keadilan semulajadi. 13.3 Pemberhentian atau pemecatan mana-mana pegawai atau pemegang jawatan yang dilantik oleh Presiden atau Jawatankuasa Induk adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam perlantikannya.

13.4 Setiap ahli atau pemegang jawatan yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya atau jawatannya bagi tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah. Surat tunjuk sebab hendaklah dikemukakan kepada ahli atau pemegang jawatan tersebut sebelum tindakan pemecatan atau penggantungannya dibuat. 13.5 Penggantungan atau pemecatan itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. 13.6 Mana-mana ahli, atau pemegang jawatan yang keahliannya dipecat atau jawatannya digantung boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib 13.7 Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa sama ada untuk menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan lain yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad. FASAL 14. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 14.1 Mesyuarat Agung Tahunan ialah mesyuarat yang dihadiri oleh semua ahli Kelab. Ia merupakan kuasa perundangan tertinggi untuk membuat keputusan. 14.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 1 September tiap-tiap tahun.

14.3 Jika Kelab gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya mengikut tempoh yang ditetapkan dalam fasal 14.2 dan 14.7, Kelab hendaklah merujuk kepada Pihak Pentadbir Sekolah untuk pelanjutan masa bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan itu.
14.4 Notis Mesyuarat Agung Tahunan (a) Notis Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dilekatkan secara

bertulis di papan notis kokurikulum sekolah dan sesalinan notis hendaklah diserahkan kepada PK Kokurikulum Sekolah.

(b) Notis pemberitahuan hendaklah ditampalkan di papan notis

kokurikulum sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan perkaraperkara berikut:

(i) Tarikh (ii) Hari (iii) Masa (iv) Tempat Mesyuarat diadakan ( v) Agenda

14.5

Korum (a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang dari satu perdua (1/2) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi. (b) Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka Mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh mesyuarat itu. (c) Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditunda itu maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh meminda perlembagaan dan membuat apa-apa keputusan berkaitan dengan kepentingan ahli .

14.6 Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan. Mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan yang ditangguhkan selain daripada perkara 14.3, Pengerusi boleh dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada ahli mesyuarat yang berhak mengundi, menangguh mesyuarat kepada masa dan tempat yang lain.
(a)

(b) Sekiranya mesyuarat Agung Tahunan ditangguhkan dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari, mesyuarat itu boleh disambung tanpa mengeluarkan notis mesyuarat

yang baru. Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang masih belum selesai. (c) Jika mesyuarat itu ditangguhkan melebihi daripada tiga puluh (30) hari, notis mesyuarat baru hendaklah dikeluarkan sama seperti notis asal menurut fasal 14.4. Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang masih belum selesai. 14.8 Pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan Apa-apa perkara yang berbangkit semasa Mesyuarat Agung Tahunan berkaitan dengan agenda mesyuarat, prosedur dan tatacara pengendalian mesyuarat hendaklah dirujuk kepada pengerusi Mesyuarat yang keputusannya adalah muktamad. 14.9 Kaedah Mengundi Dan Keputusan 14.9.1 Apa-apa keputusan yang memerlukan pengundian, pengundian hendaklah dibuat dengan cara: (a) mengangkat tangan; atau (b) jika diminta oleh:
(i)

Guru Pembimbing dengan persetujuan majoriti ahli mesyuarat; atau

(ii) satu perdua (1/2) daripada ahli Mesyuarat yang berhak mengundi. menggunakan kertas undian tertutup. 14.9.2 Keputusan undian tersebut hendaklah diisytiharkan oleh Pengerusi sebaik sahaja proses pengiraan selesai dan keputusan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat. 14.10 Penghantaran Dokumen dan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Setiausaha hendaklah menghantar setiap minit Mesyuarat Agung Tahunan yang belum disahkan kepada Guru Pembimbing dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat itu diadakan.
(a)

Setiausaha hendaklah menyerahkan kepada Guru Pembimbing dokumen-dokumen yang ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran dan Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Dokumen-dokumen tersebut ialah:
(b)

(i) Minit Mesyuarat Agung Tahunan;

(ii) Laporan Aktiviti Tahunan; (iii) Laporan Kewangan Tahunan; (iv) Senarai Ahli Jawatankuasa terkini; dan
(v) dokumen-dokumen lain seperti yang diarahkan oleh

Pentadbiran Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

FASAL 15. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkaraperkara seperti berikut : (a) menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan sebelumnya; (b) menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan Kelab sepanjang tahun sebelumnya; (c) menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya; (d) pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk (jika berkenaan); dan (e) hal-hal lain yang berkaitan. FASAL 16. MESYUARAT BIASA 16.1 Mesyuarat Biasa boleh diadakan dalam keadaan berikut: (a) dengan kehendak Guru Pembimbing;
(b) (c)

Penyata

bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk; atau

atas sebab tujuan-tujuan kegiatan atau aktiviti yang telah dirancang oleh Kelab.

16.2 Setiausaha hendaklah menampalkan notis pemberitahuan dan

agenda untuk Mesyuarat Biasa kepada semua ahli sekurangkurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat. FASAL 17. JAWATANKUASA INDUK 17.1 Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri daripada :
(a) seorang Pengerusi (b) seorang Penolong Pengerusi (c) seorang Setiausaha / Penolong Setiausaha

(d) seorang Bendahari / Penolong Bendahari

(e) Tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa 17.2 Jawatankuasa Induk hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan memegang jawatan untuk tempoh selama satu ((1) tahun. 17.3 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah: (a) pelajar yang bersekolah di SMK Wira Penrissen (b) masih bersekolah di SMK Wira Penrissen semasa memegang jawatan; (c) warganegara Malaysia; (d) tidak pernah dikenakan tindakan disiplin yang berat oleh pihak sekolah;

17.4 Mana-mana pemegang jawatan yang dikenakan tindakan disiplin yang berat oleh pihak boleh dilucutkan jawatannya dengan sertamerta. 17.5 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Induk yang disebabkan pemegang jawatannya telah melepaskan jawatan atau telah berpindah sekolah, calon yang mendapat undi kedua terbanyak semasa pemilihan Jawatankuasa Induk yang lepas adalah dengan sendirinya layak untuk memegang jawatan tersebut. Jika tiada calon yang sedemikian atau calon itu menolak tawaran jawatan itu, pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. FASAL 18. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK 18.1 Tugas-tugas Jawatankuasa Induk dengan bimbingan Guru Pembimbing antaranya adalah seperti berikut:
(a) (b) (c)

menubuh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil; melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil; menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Biasa;

mengurus dan mentadbir kelab secara teratur; (e) merancang dan melaksana program kelab; (f) mengkaji dan mencadangkan program-program dan perbelanjaan yang berkaitan;
(d)

FASAL 19. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK

19.1 Pengerusi

Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi melalui bimbingan Guru Pembimbing dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. 19.2 Penolong Pengerusi Timbalan Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran kelab. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden. 19.3 Setiausaha dan Penolong Setiausaha Setiausaha dan Penolong Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran kelab mengikut Perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai apa-apa notis perjumpaan aktiviti, menyimpan apa-apa dokumen seperti buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.

19.4 Bendahari dan Penolong Bendaharai Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan menyimpan buku kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. FASAL 20. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK 20.1 Jawatankuasa Induk bila bermesyuarat perlu kehadiran Guru Pembimbing. Pengerusi dengan arahan Guru Pembimbing boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa. 20.2 Korum mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak kurang daripada satu perdua(1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk. FASAL 21. JAWATANKUASA -JAWATANKUASA KECIL 21.1Jawatankuasa Induk boleh menubuhkan jawatankuasa yang dirasakan perlu atas arahan Guru Pembimbing untuk membantu perjalanan Kelab seperti berikut: (a) (b)
(c)

Jawatankuasa Kewangan; Jawatankuasa Tatatertib; dan Jawatankuasa-Jawatankuasa lain yang difikirkan perlu.

21.2 Tugas Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk. 21.3 Tugas Jawatankuasa Kecil

(a)

Jawatankuasa Kewangan Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan kelab seperti tajaan, bantuan dari sekolah, atau cara-cara lain yang sah dari segi arahan pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

(b) Jawatankuasa Tatatertib Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan keskes berhubung salah laku ahli termasuk individu dan pemegang jawatan; dan menentukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pentadbiran sekolah. FASAL 22. KEWANGAN
22 .1 Sumber kewangan Kelab boleh diperoleh melalui: (a) yuran pendaftaran dan yuran tahunan; (b) tajaan kewangan sekolah; (c)

sumber-sumber lain yang dibenarkan seperti yang termaktub dalam arahan pihak pentadbir sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

22.2. Pendapatan Kelab yang diperolehI hendaklah digunakan untuk mencapai objektif seperti yang disebut dalam perlembagaan Fasal 4.1. 22.3 Semua resit pembayaran perbelanjaan kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha serta disahkan oleh Guru Pembimbing.

22.4 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM10,00 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti diserahkan kepada guru pembimbing untuk disimpan dalam akaun kelab. 22.5 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari melalui bimbingan Guru Pembimbing dan diperiksa oleh Guru Pembmbing dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah tamat tahun kewangan. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang telah disahkan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya. 22.6 Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Oktober pada tiap-tiap tahun. FASAL 24. DISKRIMINASI, EKSPLOITASI DAN GANGGUAN SEKSUAL. 24.1Kelab dan ahli kelab ini termasuk individu, pegawai, pemegang jawatan, jurulatih serta atlet bertanggungjawab menjamin keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira gender, agama dan bangsa. 24.2 Kelab hendaklah memastikan tiada ekploitasi, gangguan fizikal, emosi dan seksual dilakukan terhadap mana-mana orang dalam Kelab.

FASAL 25. KESELAMATAN DAN PERUBATAN 25.1Kelab bertanggungjawab terhadap keselamatan ahli atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama ada di dalam atau luar kawasan sekolah. 25.2 Ahli Kelab atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan, pertandingan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah hendaklah mengambil bahagian atau terlibat melalui prosedur keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 25.3 Kelab bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perubatan kepada ahli atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama ada di dalam atau luar kawasan sekolah. FASAL 26. PENAUNG ATAU PENASIHAT Penaung Kelab ialah Pengetua SMK Wira Penrissen dan Penasihat bagi kelab ini, ialah guru SMK Wira Penrissen yang telah dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Guru Penasihat mempunyai kuasa sebagai penyelaras dan pembimbing dalam mendidik membimbing pelajar sebagai ahli Kelab untuk belajar mentadbir kelab. FASAL 27. PINDAAN PERLEMBAGAAN 27.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

27.2 Apa-apa pindaan kepada perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Pindaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

27.3 Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah boleh mengarahkan dan menasihatkan Guru Penasihat kelab untuk meminda perlembagaan bila ada keperluan untuk berbuat demikian. FASAL 28. LARANGAN 28.1 Segala bentuk aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan akta pelajaran / peraturan sekolah / peraturan MSSM dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dilarang

dilakukan dalam apa-apa aktiviti kelab.

28.2

Kelab tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa-apa jua kegiatan pertandingan luar atau mana-mana aktiviti anjuran persatuan luar tanpa persetujuan daripada pihak pentadbiran sekolah.

FASAL 29. PEMBUBARAN 29.1 Kelab ini boleh dibubarkan mengikut arahan pentadbiran sekolah. 31.2 Sekiranya kelab ini dibubarkan secara yang disebut di atas, maka semua baki wang yang tinggal hendaklah diserahkan kembali kepada pelajar sebagai ahli kelab secara saksama dan adil, serta pelaporan hendaklah diberikan kepada pihak pentadbiran sekolah.

Disahkan betul oleh:

Pengerusi:

Setiausaha:

Nama: Tarikh:

Nama: Tarikh:

You might also like