You are on page 1of 9

IBNU SINA

BAPA PERUBATAN DUNIA

RIWAYAT HIDUP
Nama sebenar Al Husin Bin Abdillah Bin Al Hasan Bin Ali Bin Sina Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah / 980 Masihi di Afshanan Bukhara, Turkistan Bapanya adalah seorang pengawas Harmaisan, Bukhara Pada tahun 390 Hijrah / 1000 Masihi setelah bapanya meninggal dunia, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizmi, Jarjan, Rai dan Hamazan. Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir AlaDaulah di Asfahan Meninggal dunia di Hamazan pada tahu 428 Hijrah/ 1037 Masihi

KEPERIBADIAN
Tekun mempelajari ilmu
Ibnu Sina pernah membaca berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali

Taat beragama
Ibnu Sina sering berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan Beliau sering pergi kemasjid untuk memohon petunjuk daripada Allah

Pintar
Ibnu Sina berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika berusia lapan belas tahun

Berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan

PENDIDIKAN
Mula mempelajari Al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaz ketika berumur 10 tahun Mempelajari ilmu fekah dan tasauf daripada Ismail Zahid, ilmi hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Masah, ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Natili serta ilme sains dan astronomi daripada Al Biruni. Semasa 16 tahun, beliau dapat mengusai ilmu perubatan

KETOKOHAN
Kepakaran beliau pernah digunakan untuk merawat orang-orang penting Beliau telah berjaya dalam bidang perubatan dengan beberapa pencapaian iaitu
Penemuan penyakit baru dan puncanya
Pengaruh kuman dalam penyakit Jangkitan virus seperti Tibi dan sebagainya Penyakit seperti Rubella, alahan , cacar, penyakit jiwa dan sebagainya

Penemuan dalam bidang farmasi


Menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik dan ubat bisu

Membangunkan teknologi perubatan


Mencipta benang yang khusus untuk mejahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain lagi

KESAN PENINGGALAN
Menggilapkan kembali bidang perubatan yang kian malap pada ketika itu. Beliau memperkenalkan metod pemerhatian dan analisis Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden

HASIL KARYA
Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelabagai bidang ilmu pengetahuan Buku-buku tersebut telah dihimpunkan oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Jasanya dihargai dengan institusi pendidikan di Hungary dinamakan Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)

You might also like