You are on page 1of 21

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK PENGGUNAAN PERSEKITARAN DAPAT MEMBANGUNKAN PEMIKIRAN KREATIVITI KANAK-KANAK

PENDAHULUAN
Seni merupakan satu saluran yang paling kerap diaplikasi dalam mengekspresikan emosi, pengalaman, pandangan dan harapan seseorang individu terutamanya kanak-kanak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Ahli-ahli psikologi juga dapat membuat andaian-andaian mengenai sikap, perwatakan dan emosi seseorang dengan menghalusi hasil seni seseorng individu itu. ...bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif. (Lowenfeld, 1975) Pernyataan bahawa perkembangan seni berkembang seiring dengan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak adalah selari dengan pendapat Koster (2001). Menurut beliau, Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Perkembangan seni visual pada seorang kanak-kanak bergantung kepada perkembangan kreativitinya. Paul Torrence atau nama sebenarnya Ellis Paul Torrence, seorang penyelidik dan ahli akademik percaya bahawa bidang kreativiti boleh dipupuk dan dikembangkan dalam diri seseorang terutamanya kanak-kanak oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual di sekolah.

1.0 PENGGUNAAN PERSEKITARAN DAPAT MEMBANGUNKAN PEMIKIRAN KREATIVITI KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN TORRENCE
Penggunaan apa yang ada di persekitaran sebenarnya dapat membangunkan kreativiti kanak-kanak dan ia dapat ditunjukkan melalui teori perkembangan Torrence. Paul Torrence dalam teorinya telah membahagikan proses penjanaan kreativiti seseorang individu kepada tujuh kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan seni visual di dalam bilik darjah. Tujuh kaedah yang dimaksudkan adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah peta minda di bawah.

Page 1

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrence
1.1

Penyoalan Teknik penyoalan dalam set induksi oleh guru dapat memberi rangsangan terhadap minda murid-murid. Contohnya setelah selesai guru membawa murid-murid berjalan di persekitaran kawasan sekolah, guru telah melemparkan soalan kepada kelas secara umum seperti, Pada pandangan kamu, apakah objek di sekeliling kamu yang boleh menggambarkan cantik atau indah? Pertanyaan itu akan mendapat beberapa respon daripada murid-murid. Ada yang menjawab jawapan yang sama dan ada yang memberi jawapan yang aneh-aneh. Jawapan yang paling popular dan diharapkan oleh guru adalah bunga. Tetapi adalah tidak mustahil ada di antara murid-murid tadi yang memang tidak bersetuju dengan jawapan tersebut. Sebagai guru yang ingin murid bersetuju dengan jawapan itu haruslah sudah bersedia dengan hujah-hujah kenapa bunga dianggap cantik atau indah. Kebijaksanaan guru dalam memberikan soalan semasa muridmurid menghasilkan karya seni dapat menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan mereka yang secara tidak langsung dapat mengembangkan kreativiti meraka.

1.2

Penemuan Melalui kaedah penemuan yang guru jalankan semasa murid menjalankan aktiviti di dalam kelas pendidikan seni adalah ternyata dapat mengembangkan kreativiti di kalangan murid itu sendiri. Contohnya semasa aktiviti membancuh warna-warna primer. Murid dapat menghasilkan sendiri warna-warna sekunder sebagaimana yang guru akan tunjukkan. Kejayaan mendapat warna yang sama sebagaimana hasil guru akan menimbulkan kepuasan dalam diri murid-murid tersebut. Guru juga boleh menggalakkan murid untuk melanjutkan aktiviti tadi dengan membancuh lagi warnawarna primer dengan warna-warna sekunder bagi menghasilkan warna-warna tertier pula. Seterusnya guru boleh terus melanjutkan dengan meminta murid menghasilkan warna neutral ton hitam ke putih. Warna yang terang dan jelas akan beransur lembut dan pudar. Warna-warna ini akan dapat menghasilkan kesan ilusi ruang, jarak dan perspektif. Melalui kaedah penemuan yang mana dapatan adalah daripada hasil kerja
Page 2

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK sendiri sudah tentu dapat memberikan kesan yang lebih bererti terhadap murid tersebut berbanding dengan melihat hasilkerja orang lain. Keadaan ini akan dapat menggalakkan murid lebih berani untuk berkreatif dan mencuba perkara yang baru. 1.3 Pemerhatian Pemerhatian adalah kaedah yang memerlukan penggunaan pelbagai deria terutamanya deria penglihatan. Walaubagaimanapun, di dalam konteks seni visual, proses pemerhatian bukan tertumpu kepada deria penglihatan semata-mata malah turut melibatkan deria-deria lain seperti deria sentuhan dan lain-lain. Contohnya, untuk melukis sebiji buah durian, murid bukan sahaja perlu melihat tetapi dengan menyentuh buah durian tersebut, murid tahu tekstur sebenarnya yang berduri tajam. Murid dapat gambaran yang lebih jelas mengenai sesuatu objek bukan dengan melihat sahaja tetapi perlu menyentuhnya juga. Barulah penghasilan seninya lebih realistik. 1.4 Percubaan Perkembangan kreativiti murid-murid juga dapat diperolehi dengan kaedah percubaan. Percubaan merupakan usaha berterusan dan berulang-kali dilakukan oleh murid-murid dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam menghasilkan hasil seni yang terbaik. Contohnya di dalam aktiviti membuat tembikar daripada tanah liat. Dari menghasilkan bancuhan yang betul hinggalah membentuknya. Murid-murid tadi akan mencuba berulang-ulang kali sebelum mendapat hasil yang dikehendaki. Sesuatu hasil seni yang sempurna tidak akan dapat diperolehi dengan hanya satu percubaan. Sebaliknya, perlu melalui beberapa eksperimen dan mungkin melalui beberapa kegagalan sebelum memperolehi hasil yang terbaik. Ini secara tidak langsung menerapkan kreativiti dan nilai tidak mudah berputus asa di kalangan kanak-kanak tadi. 1.5 Penerokaan Kaedah penerokaan atau eksplorasi memerlukan murid memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di persekitarannya. Contohnya dalam menghasilkan
Page 3

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK bingkai gambar yang dihiasi dengan bahan-bahan terbuang atau terpakai. Muridmurid akan berkreatif untuk menghasilkan produk yang diminta guru. Mungkin ada yang menggunakan ranting-ranting dan daun-daun kering. Mungkin ada yang menggunakan cebisan-cebisan kertas atau kain dan mungkin ada yang menggunakan tatal-tatal daripada pensel yang dikorek dijadikan hiasan. Oleh itu kita melihat murid-murid mengembangkan kreativiti mereka secara tulen. 1.6 Memanipulasi Kaedah ini ada sedikit kelainan daripada penerokaan. Memanipulasi merujuk kepada murid memanipulasikan bahan atau objek yang berada di sekeliling mereka sebagai hasilan seni. Contohnya menghasilkan bekas pensel atau bekas serbaguna daripada bahan-bahan terbuang. Murid-murid akan menggunakan bahanbahan seperti tin kosong atau kotak bekas pembungkusan. Mereka akan berkreatif untuk menjadikan hasil seni mereka lebih menarik dan praktikal untuk digunakan. Mungkin mereka akan membalut tin tadi dengan kertas atau fabrik untuk menutup bahagian yang tajam sebelum mereka menghiasnya dengan mewarnakannya atau menampal dengan bahan-bahan terbuang lain seperti kulit kerang atau siput dan sebagainya. Selain dapat mengembangkan kreativiti mereka, guru juga dapat menerapkan sikap berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran. 1.7 Aktiviti/ Bermain Melalui aktiviti dan kaedah bermain yang dijalankan guru di dalam kelas pendidikan seni, dipercayai dapat meransang kreativiti kanak-kanak tersebut. Murid-murid akan merasa seronok dan tercabar dalam menjalani sesuatu aktiviti itu. Aktiviti seperti pertandingan melukis mural di dalam kelas dapat memberangsangkan kreativiti dan kesungguhan murid. Kaedah bermain seperti menghasilkan corak tak terancang dengan menggunakan tiupan straw dan warna air, dapat menimbulkan keseronokan kepada murid-murid untuk berkreatif.

Page 4

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

2. BAGAIMANAKAH KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI BAHASA TAMPAK (ASAS SENI REKA) MELALUI TEMA PERSEKITARAN DAPAT DIUKUR DENGAN MENGGUNAKAN PORTFOLIO.
Pengertian terhadap sesuatu hasil seni adalah abstrak, begitu juga penilaian dan pengukuran ke atasnya. Bagi kanak-kanak pula melalui hasil seni, mereka dapat berkomunikasi dan mengekspresi diri. Menurut Lowenfeld (1975), Bagi orang dewasa seni visual sering dikaitkan dengan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif. Walaupun demikian, setiap karya seni mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh diklasifikasikan sebagai aplikasi asas-asas seni reka. Sesuatu karya seni itu akan lebih sempurna sekiranya ia dihasilkan dengan mengambil kira beberapa sudut yang berbeza ini yang juga dikenali sebagai unsur-unsur seni reka. Ia terbahagi kepada enam elemen asas yang penting sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2.1

Garisan Garisan merupakan sambungan atau cantuman dar i satu titik ke titik-titik yang lain yang mempunyai jarak tertentu. Elemen garisan wujud di merata-rata sumber dan objek alam semula jadi mahu pun objek-objek buatan manusia. Elemen garisan pada kulit kayu, bulu binatang, sarang labah-labah, urat pada permukaan daun, rekahan pada tanah atau batu dan sebagainya adalah contoh dari alam semula jadi. Elemen garisan dari contoh objekobjek buatan manusia adalah seperti rel keretapi, susunan papan pada rumah kayu, jala atau jaring dan sebagainya. Berdasarkan contoh hasil kerja murid yang ditunjukkan di bawah, dapat dilihat bahawa nurid telah membina kefahaman mengenai elemen garisan. Pada tahap awal,

murid ini telah mengabaikan elemen garisan pada lukisannya. Setelah mengalami beberapa aktiviti, murid telah menunjukkan kematangannya dalam elemen itu melalui tema persekitaran yang ditunjukkan dalam karyanya.
Page 5

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Terdapat perkembangan dalam elemen garisan 2.2 Rupa Rupa boleh ditafsirkan sebagai garisan (outline) yang membentuk sesuatu imej atau objek dan terdapat sempadan mengelilinginya. Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dengan permulaannya. Rupa adalah sesuatu ruang yang bersifat 2Dimensi (tidak berjisim) yang berbeza dengan kawasan di sekelilingnya. Rupa boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rupa geometri dan rupa organik. Rupa geometri adalah yang bersudut atau berpenjuru. Tetapi rupa organik adalah lebih bebas dan tidak terikat kepada sesuatu bentuk yang khusus. Rupa geometri dipersembahkan dalam bentuk logo dan corak yang terhasil daripada motif yang disusun secara berulang-ulang. Sampel lukisan oleh murid di bawah ini menunjukkan kefahaman murid tersebut mengenai rupa melalui pengajaran guru dan contoh maujud yang berada di sekelilingnya.

Page 6

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Dengan menggunakan apa yang ada di sekelilingnya, murid ini telah menunjukkan perkembangan kreativitinya terutamanya dalam elemen rupa.

2.3

Bentuk Bentuk tidak seperti rupa, ia mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk mempunyai lebih dari satu permukaan datar. Bentuk dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandang seperti hasil karya 3 dimensi. Bentuk boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk konkrit dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan, boleh disentuh dan dirasai oleh organ deria. Bentuk konkrit dapat dihasilkan melalui teknik seperti arca, model, topeng, boneka dan origami. Bentuk ilusi ialah gambaran bentuk yang dipersembahkan dalam bentuk rata contohnya gambar, lakaran, catan, lukisan dan lukisan komputer grafik 3D. Ia juga boleh dihasilkan melalui teknik kolaj, mozek, lorekan ataupun gosokan. Berdasarkan sampel daripada portfolio seorang murid yang ditunjukkan di bawah, ternyata murid ini cuba mengaplikasikan pemahamannya mengenai elemen bentuk ilusi di dalam hasil karyanya yang masih bertemakan persekitaran.

Page 7

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Murid ini cuba mempersembahka n elemen bentuk ilusi dalam karyanya.

2.4

Jalinan Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek atau lukisan yang dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi. Jalinan akan dapat menyerlahkan lagi hasil sesuatu karya seni. Terdapat beberapa kesan pada jalinan seperti timbul, lekuk, lembut, kasar, tajam, halus dan sebagainya. Terdapat dua jenis jalinan iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh adalah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah pulasan (contoh dari alam semula jadi) dan tekat (contoh dari objek buatan manusia). Jalinan tampak pula hanya dapat dilihat dengan deria penglihatan tanpa dapat dirasai dengan sentuhan. Contoh dari alam semula jadi seperti jalinan corak pada kulit tembikai. Corak pada kertas sampul hadiah adalah contoh objek buatan manusia. Pelbagai teknik seni visual boleh digunakan dalam menghasilkan jalinan sentuh di antaranya ialah kolaj, sulaman dan anyaman. Manakala sulaman tampak pula dapat dihasilkan daripada teknik pualaman, ikat dan celup, stensil, lukisan dan catan, capan dan mencetak. Berdasarkan sampel dari portfolio salah seorang murid, jelas menunjukkan bahawa murid tersebut telah memahami elemen jalinan dengan menerapkannya dalam hasil karya seninya sebagaimana yang ditunjukkan pada contoh di bawah.

Page 8

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK Membuat jalinan tikar sebagai aktiviti memperkenalkan elemen jalinan kepada murid.

2.5

Ruang Secara umumnya, ruang adalah bahagian yang tidak dipenuhi rupa dalam sesuatu hasil karya seni visual sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi. Ruang merupakan kawasan kosong yang wujud di sekeliling rupa atau bentuk sama ada dalam bentuk 2 dimensi ataupun 3 dimensi. Ruang ditunjukkan dengan menghasilkan objek di hadapan atau lebih dekat adalah lebih besar dan menggunakan warna yang lebih jelas dan terang. Manakala menghasilkan objek yang di belakang atau lebih jauh adalah lebih kecil dan menggunakan warna yang kabur dan lembut. Ruang juga boleh dibahagikan dengan ruang ilusi atau ruang tampak yang berkait rapat dengan 2 dimensi dan 3 dimensi sebagaimana pada elemen bentuk dan jalinan yang diterangkan sebelumnya. Melalui sampel yang diperolehi daripada portfolio murid seperti mana yang ditunjuk di bawah, dapat dilihat bahawa murid tersebut memahami elemen ruang dengan penggunaan warna yang jelas ke kabur dan objek di lukis dari besar ke lebih kecil bagi kedudukan jarak yang semakin jauh. Beliau dapat mempersembahkan dengan baik melalui tema persekitaran yang dihasilkannya.

Page 9

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Pada mulanya murid ini masih kurang faham mengenai elemen ruang mengenai jarak, jelas dan kabur.

Melalui tunjuk ajar guru dan latihan, murid telah mula faham tentang elemen ruang dan mula pandai memainkan warna. ` 2.6 Warna Warna merupakan elemen yang penting dalam seni visual. Melalui penggunaan warna yang betul pelukis atau pengkarya seni dapat menyampaikan gambaran sesuatu objek, rupa atau bentuk serta ruang dengan lebih tepat kepada orang yang melihat hasil karyanya. Secara asasnya warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna primer (asas), warna sekunder dan tertier. Warna primer terdiri daripada warna merah, kuning dan biru. Campuran dua warna-warna asas tadi akan menghasilkan warna-warna sekunder. Campuran kuning dan merah akan menghasilkan jingga. Campuran kuning dan biru akan menghasilkan hijau, manakala campuran merah dan biru menghasilkan ungu. Warna tertier pula diperolehi daripada campuran warna primer dengan warna sekunder. Selain itu terdapat juga warna penggenap, warna terang dan sejuk serta warna neutral. Warna penggenap ialah warna-warna yang bertentangan pasangan di dalam roda warna. Warna-warna tersebut menimbulkan kesan percanggahan, kontra dan pergerakan.

Page 10

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK Warna-warna seperti biru, hijau dan ungu merupakan warna-warna sejuk yang menggambarkan suasana tenang, dingin, nyaman, selesa dan jauh. Manakala warna-warna seperti kuning, merah dan jingga dapat member gambaran tentang suasana yang terang, garang, bertenaga, dekat dan sebagainya. Warna neutral pula seperti ton hitam ke putih dapat melemahkan kuasa warna-warna tersebut. Warna yang jelas dan terang kemudian beransur lembut dan pudar dapat memberikan kesan ilusi jarak, ruang dan perspektif. Berdasarkan sampel dari portfolio seperti ditunjukkan di bawah, murid ini telah mengaplikasikan pembelajaran yang lalu mengenai jenis-jenis warna asas di dalam hasilhasil seninya yang berikut yang bertemakan persekitaran. Beliau juga telah mengaplikasikan warna-warna neutral untuk menimbulkan kesan jarak, ruang dan perspektif.

Murid diminta mewarna roda warna dengan warna air sebagai pengetahuan mengenai warnawarna asas dan warna-warna sekunder.

3.0 CADANGAN SISTEM PENILAIAN PORTFOLIO YANG DAPAT MENILAI DALAM ASPEK-ASPEK ASAS SENI REKA
Sistem Penilaian Portfolio yang dicadangkan di bawah merupakan dapatan daripada hasil pemerhatian dan sedikit kajian melalui pembacaan terhadap kepentingan penerapan aspek-aspek seni reka dalam hasil karya seni visual murid dari tahap satu atau peringkat awal persekolahan. Berikut adalah cadangan Sistem Penilaian Portfolio Tahap Satu Sekolah Rendah yang telah saya rangka. 3.1 SISTEM PENILAIAN
Page 11

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 3.1.1Pencapaian Tahap pencapaian murid akan ditentukan berdasarkan kriteria penskoran dan penggredan. 3.1.2 Skor Markah yang diperolehi oleh murid dalam setiap aspek akan dijadikan skor (%) dan direkodkan dalam borang markah murid.

Markah keseluruhan skor menentukan gred pencapaian murid. Gred pencapaian murid dicatatkan dalam Borang Markah Murid berdasarkan jadual di bawah. BIL 1 2 3 4 5 GRED PENCAPAIAN CEMERLANG BAIK MEMUASKAN SEDERHANA PENCAPAIAN MINIMUM MARKAH KESELURUHAN (%) 80% - 100% 60% - 79% 40% - 59% 20% - 39% 1% - 19%

Page 12

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Page 13

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASPEK

Skor (20%-39%) KRITERIA Elemen garisan terlalu lemah atau hampir tidak kelihatan. Elemen rupa terlalu lemah atau salah.

Skor (40%-59%) KRITERIA Elemen garisan lemah dan kurang jelas atau mengelirukan. Elemen rupa lemah dan mengelirukan.

Skor (60%-79%) KRITERIA Elemen garisan dipersembahkan pada tempat yang betul dan dapat difahami. Elemen rupa dipersembahkan dengan baik dan difahami dengan jelas. Elemen bentuk dipersembahkan dengan baik dan difahami dengan jelas. Elemen jalinan dipersembahkan dengan jelas. Elemen ruang dipersembahkan dengan baik dan dapat difahami. Penggunaan elemen warna yang baik dan dapat menunjukkan perbezaan rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Prinsip-prinsip rekaan dapat diterapkan dalam karya dan hanya terdapat sedikit kekurangan mengenainya.

Skor (80%-100%) KRITERIA Elemen garisan dipersembahkan dengan tepat dan menarik dan difahami dengan jelas. Elemen rupa dipersembahkan dengan tepat dan menarik dan difahami dengan jelas. Elemen bentuk dipersembahkan dengan tepat dan menarik dan difahami dengan jelas. Elemen jalinan dipersembahkan dengan tepat dan menarik. Elemen ruang dipersembahkan dengan tepat dan menarik. Penggunaan elemen warna yang menarik dan dapat menunjukkan perbezaan elemen rupa, bentuk, jalinan dan ruang dengan tepat. Kesemua prinsip-prinsip rekaan dapat dipersembahkan dengan baik dan menarik.

Garisan

Rupa Elemen bentuk terlalu lemah dan tidak difahami. Elemen jalinan terlalu lemah atau tiada. Elemen ruang tidak ketara dan mengelirukan. Penggunaan elemen warna yang kurang tepat atau ada kalanya tidak sesuai. Tiada atau terlalu lemah ditunjukkan prinsip-prinsip rekaan dalam karya. Elemen bentuk lemah dan mengelirukan.

Bentuk

Jalinan

Elemen jalinan lemah dan tidak begitu ketara. Elemen ruang yang kurang jelas atau kurang tepat. Elemen warna digunakan secara sedarhana atau biasa dan kurang menarik. Hanya sebahagian prinsip-prinsip rekaan diterapkan.

Ruang

Warna

Prinsip-prinsip Rekaan
(Harmoni, kontra, penegasan, imbangan,pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan)

Page 14

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

3.2

PENCAPAIAN BERDASARKAN KRITERIA

Page 15

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

3.3

PENENTUAN SKOR
Penentuan skor calon berdasarkan criteria penskoran seperti jadual di bawah. KRITERIA PENSKORAN Kriteria 2 Kurang jelas atau mengelirukan. (3 4 markah) Lemah dan mengelirukan. (3 4 markah) Lemah dan mengelirukan. (3 4 markah) Tidak begitu ketara. (3 4 markah) Kurang jelas atau kurang tepat. (3 4 markah) Sedarhana atau biasa.

Bil . 1

Aspek Garisan

Kriteria 1 Terlalu lemah atau hampir tidak kelihatan. (1 2 markah) Terlalu lemah atau salah. (1 2 markah) Terlalu lemah dan tidak difahami. (1 2 markah) Terlalu lemah atau tiada. (1 2 markah) Tidak ketara dan mengelirukan. (1 2 markah) Kurang tepat atau ada kalanya tidak sesuai.

Kriteria 3

Kriteria 4 Tepat dan menarik. (8 - 10 markah) Tepat dan menarik. (8 - 10 markah) Tepat dan menarik. (8 - 10 markah) Tepat dan menarik. (8 - 10 markah) Tepat dan menarik. (8 - 10 markah) Menunjukkan perbezaan rupa, bentuk, jalinan dan ruang dengan tepat dan menarik. (16 20 markah) Kesemua prinsip-prinsip rekaan dipersembahkan dengan baik dan menarik. (16 20 markah)

Betul dan dapat difahami. (5 7 markah) Baik dan difahami. (5 7 markah) Baik dan difahami dengan jelas. (5 7 markah) Jelas. (5 7 markah) Baik dan dapat difahami. (5 7 markah) Menunjukkan perbezaan rupa, bentuk, jalinan dan ruang. ( 11 15 markah) Dapat diterapkan walaupun terdapat sedikit kekurangan. ( 11 15 markah)

2 3

Rupa Bentuk

4 5

Jalinan Ruang

Warna

Prinsipprinsip Rekaan

(1 5 markah) Tiada atau terlalu lemah.

(6 10 markah) Hanya sebahagian diterapkan. (5 8 markah)

(1 4 markah)

Page 16

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Page 17

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

SAMPEL YANG DINILAI

Page 18

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

3.4

BORANG MARKAH MURID


PRODUK NAMA PELAJAR TAHUN : PORTFOLIO : _NURUL SYAHIRAH NT. MOHAMAD__ : _2 AL-JAZARI MARKAH KESELURUHAN Markah 8 8 6 8 8 12 12 62 BAIK Markah Penuh 10 10 10 10 10 20 30 100 Skor % 80 80 60 80 80 60 60

Bil 1 2 3 4 5 6 7

Aspek Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna Prinsip-prinsip Rekaan JUMLAH MARKAH GRED PENCAPAIAN

62%

Diperiksa oleh : Disahkan oleh :

FAIZAH BINTI FADZIL


(Guru matapelajaran)

___________________________
(Ketua Panitia Pendidikan Seni)

PENUTUP
Kaedah penilaian aspek-aspek seni reka berdasarkan portfolio murid adalah difikirkan sesuai dalam mengukur kefahaman dan perkembangan kreativiti murid di dalam kelas Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Melalui kaedah ini, guru dapat mengukur sama ada
Page 19

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK objektif jangka panjang pengajarannya untuk kelas-kelas tertentu berjaya dicapai ataupun sebaliknya. Guru juga dapat merancang aktiviti-aktiviti atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain sekiranya dipertengahan jalan, difikirkan kaedah yang digunakan pada masa itu kurang bersesuaian. Secara tidak langsung, guru dapat mempertingkatkan nilai pengajarannya di bilik darjah. Kebaikannya daripada sudut murid pula, murid dapat melihat sendiri perkembangan kemahiran yang dipelajari dan diperolehi daripada kelas pendidikan seni melalui portfolionya sendiri. Murid juga dapat menghargai hasil karya seninya sendiri dengan koleksi tersebut. Penilaian melalui portfolio ini juga dapat meningkatkan kesungguhan kepada muridmurid untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh guru untuk mereka. Ini kerana setiap hasil karya mereka akan dinilai dari semasa ke semasa. Tidak dapat dinafikan melalui tugasan ini juga, tema persekitaran adalah amat penting dan paling kerap dan mudah untuk diaplikasikan dalam kelas pendidikan seni dalam mempastikan perkembangan dan pembangunan pemikiran kreativiti dan fizikal murid-murid terus berlaku. Untuk mencapai objektif tersebut, guru seharusnya bijak memainkan peranan untuk menggalakkan dalam mengadaptasikan apa yang ada di persekitaran murid sebagai sumber rujukan utama dalam menghasilkan karya seni yang baik.

SENARAI RUJUKAN

Edwards, L.C. (1997). The Creative Arts: A Process Approach for Teachers and Children. New Jersey: Prentice Hall.
Page 20

[Type the document title]HBAE1203:PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK Ee Ah Meng. (1992). Pedagogi Satu Pengenalan: Edisi kedua. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti. Freeland, K., & Hammond, K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A Lesson Based Approach. New York: Delma Publishers. Isbell, R., & Aines, S. (2002). Creativity and the Arts with Young Children. New York: Thomas Delmar Learning. Kathleen Chee, (2002), Siri Pelengi Pendidikan Seni Fokus Jingga SPM: Adesi Kedua. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. Lowenfeld, & Britain, (1986). Creative and Mental Growth 6th. New York: Mac Millan. Shiela Coulson, (2007). You Can Draw From Pencils to Pastel in 15 easy Lessons. China: Tucker Slingsby Ltd. http://www.faculty.de.gcsu.edu/

Page 21

You might also like