You are on page 1of 14

SIMULASI DALAM PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA EDU 3102

DISEDIAKAN OLEH: ANDREW JOO ANAK ANSOK HANIS SYAZNI BINTI HASNI MUHAMMAD NAZRIN BIN CHE YA NUR IZZATI BINTI MAT RAZI SHAHIRAH IZZATI BINTI SHAIK OSMAN

BAYI KANAK-KANAK

REMAJA

PENGENALAN PERKEMBANGAN KOGNITIF


 Perkembangan kemahiran kognitif : Kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.

PENGENALAN PERKEMBANGAN BAHASA


Bahasa: Satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal,bukan-lisan dan tulisan. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.

KEPENTINGAN PERKEMBANGAN BAHASA


 Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting kerana bahasa merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut.  Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran mereka.

Menurut Berk (2001), bahasa memudahkan proses pengajaran. ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Manakala Santrock (2007) menyatakan, bahasa akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak. kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial.

Simulasi
Maksud
o Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar

Jenis simulasi
Sosiodrama Main peranan Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian

Menggunakan skrip dan mengandungi konflik

Aktiviti: Permainan pisang goreng ( permainan sambung perkataan)

Kumpulan sasaran: kanak-kanak berumur 10 tahun (tahun 4) bagi subjek Bahasa Melayu
Objektif aktiviti: 1) melatih kanak-kanak agar cepat berfikir 2) melatih kanak-kanak agar berfikir secara kreatif 3) melatih kanak-kanak agar mampu mencari kesinambungan idea 4) melatih kanak-kanak menguasai kata majmuk 5) menambahkan pembendaharaan kata kanakkanak

PELAKSANAAN AKTIVITI
 Pelajar dibahagi mengikut kumpulan (6 atau 7 orang)  Guru menyanyikan lagu pisang goreng  Kumpulan pertama diminta menyambung perkataan di belakangnya, iaitu goreng dengan perkataan lain yang sempurna. Contohnya goreng ikan. Pelajar haruslah menyanyi mengikut rentak yang dimainkan guru  Pelajar dalam kumpulan haruslah berjaya menyambung perkataan tersebut dalam tempoh segera (guru boleh memberi masa selama 10 saat)  Kumpulan kedua diminta menyambung perkataan ikan , contohnya ikan besar, juga mengikut rentak nyanyian yang sama dan dalam kadar tempoh yang sama  Permainan diteruskan sehingga perkataan gagal disambung oleh mana-mana kumpulan atau kumpulan tersebut lambat mencari perkataan yang sesuai

Kelebihan aktiviti ini


Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat Kemahiran pertuturan pelajar dapat ditingkatkan Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik

SEBARANG PERTANYAAN???

TERIMA KASIH

Rujukan
Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel,(2011),Perkembangan Kanak-kanak,Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mok Soon Sang, (2012), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. (2011), Simulasi, di Url : http://ms.wikipedia.org/wiki/Simulasi, diakses pada 18/2/2012.

You might also like