You are on page 1of 13

AGENDA 21

Ain Zawani binti Mohd. Zaki NorSyafika binti Nasir Siti Noor Asyikin Johari

AGENDA 21 DALAM PERSIDANGAN PBB (SIDANG KEMUNCAK BUMI RIO DEJANEIRO 1992)
`

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB seterusnya mengadakan laporan khusus/tahunan tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.

Persidangan Rio De Janeiro


`

Persidangan Rio De Janeiro ialah suatu persidanganoleh anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai alamsekitar dan pembangunan yang juga dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Bumi yang diadakan di Rio De Janeiro padatahun 1992. Persidangan ini memfokuskan kepada isu alam sekitar iaitu :

Pertama
`

Menggesa negara-negara di seluruh dunia mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga alam sekitar demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Malaysia ialah antara negara yang turut menyertai dalam World Solar Commission untuk memastikan penggunaan tenaga yang lebih selamat di masa hadapan.

Kedua
`

Membahas bagaimana pembangunan yang berterusan dapat dijalankan iaitu pembangunan yang mengambil kira alam sekitar, menyediakan hak yang sama untuk semua manusia dan menjaminkan bahawa generasi akan datang turut dapat menikmati dan memenuhi kehendak yang sama seperti mana generasi kini.

Ketiga
`

Mencatat prinsip-prinsip dan tindakan-tindakan dalam Agenda 21.

OBJEKTIF AGENDA 21
` ` `

Menggalakkansemuanegaramempertahankanalamsekitarm asing-masing. Memperbaikikesihatanmanusiadanmengatasimasalahkemi skinan. Merupakansatupelantindakankomprehensif yang akan dilaksanakan secara global, di peringkat nasional dan tempatan oleh badan-badan PBB, kerajaan dan pelbagai badan-badan yang mana melibatkan kesan alam sekitar terhadap manusia. Menggalakkan semua negara mengurangkan pencemaran alam, mengawasi hasil-hasil bumi serta menjaga habitat semulajadi dan kehidupan liar.

Prinsip-prinsip local agenda 21 telah dijalankan di Kerian dengan 8 diantara 21 local agenda itu ialah :
1. `

Penyertaan Dan Ketelusan Melibatkan masyarakat tempatan termasuk swasta, pihak berkuasa tempatan dan jabatan jabatan kerajaan lain dalam semua program Local Agenda 21. Maklumat tentang program Local Agenda 21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.

2. Usahasama ` Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan di semua peringkat program Local Agenda 21. 3. Kebertanggungjawaban ` Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil.

4. Pendekatan Menyeluruh ` Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. 5. Peka Kepada Keupayaan ` Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.

6. `

Kesaksamaan Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program Local Agenda 21.

7. Mementingkan Masa Hadapan ` Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program Local Agenda 21. 8. Hasil Yang Nyata ` Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

TUMPUAN AGENDA 21 DAN KAITAN PEMBANGUNAN LESTARI DENGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Kesedaran orang awam.

Penambahbaikan pendidikan asas

Mengorientasi program pendidikan untuk pembangunan lestari

Pengwujudan peluang latihan untuk kesedaran dan amalan.

You might also like