You are on page 1of 4

Teori Kepribadian Mulia(Virtue)

Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat perangai dan ciri watak yang mulia. Teori ini mula-mula sekali dikemukakan oleh Aristotle. Virtue (keperibadian mulia) ialah sekumpulan konsep mencakupi keadilan,kemurahan hati,keberanian,kejujuran,kesabaran dan kebijaksanaan. Keperidian mulia ialah kecederungan untuk sesuatu tujuan bukan perasaan @ kebolehan dan tidak dihasilkan dalam diri seseorang individu oleh alam semula jadi. Menurut beliau bahawa keperibadaian yang mulia ini boleh dimiliki dan diperoleh oleh individu melalui latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu tabiat atau kebiasaan yang menyeronokkan dan menyenangkan. Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi seorang insan yang mulia. Kelemahan/kritikan : Amalan jalan tengah dikatakan tidak dapat memberi bimbingan dan nasihat yang praktikal kerana apa yang dianggap patut dan sederhana adalah tidak jelas. Kerumitan ini meruncing apabila seseorang melakukan sesuatu yang melibatkan orang lain. Al-Ghazali berkata keadilan bukan jalan tengah sebab keadilan tiada dua keterlaluan,tetapi hanya ada pertentangan iaitu ketidakadilan dan kezaliman. Tetapi Aristotle mengatakan tingkah laku yang adil terletak di tengah-tengah.Selain itu oleh kerana Aristotle menganggap keperibadian mulia bukan semula jadi maka teori ini ditentang oleh golongan yang percayakan kepada Tuhan.(Abdul Rahman Md. Aroff, 1999)

Teori Keperibadian Mulia Aristotle(1997), keperibadian mulia atau fadhilah dalam bahasa Arab ialah sekumpulan konsep mencakupi keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan moral. Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Mengikut Aristotle keperibadian mulia tidak dihasilkan dalam diri seseorang individu oleh alam semula jadi, iaitu individu itu tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Aristotle- cara biasa untuk memperoleh atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan, mengamalkan keperibadian itu hingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. Bersifat sederhana dan mengelak daripada berlebihan atau kurang sangat dalam perasaan dan tindakan. Contoh: tidak sombong, tidak megah diri, boleh bertolak ansur, tidak boros, bersederhana, suka menderma, dll.

2.3.4 Teori Keperibadian Mulia (Virtue) Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat perangai dan ciri watak yang mulia. Teori ini mula-mula sekali dikemukakan oleh Aristotle. Menurut beliau bahawa keperibadaian yang mulia ini boleh dimiliki dan diperoleh oleh individu melalui latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu tabiat atau kebiasaan yang menyeronokkan dan menyenangkan. Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan jalan tengah , iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi seorang insan yang mulia. Individu yang berpegang kepada teori kemoralan sosial menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan peraturan dan situasi masyarakat yang baru sedangkan masa dan keadaan sekeliling selalu berubah.

MODUL PENDIDIKAN MORAL Perbincangan Seorang jutawan ingin mendermakan sebilangan wangnya kepada orang miskin. Pada pendapat anda, adakah jalan tengah boleh membantu jutawan ini menganggarkan ciri dan situasi setiap orang yang memerlukan bantuannya? Adakah jalan tengah boleh membantunya menanggarkan kesan kerja amalnya? Seterusnya bincangkan pendapat anda bersama rakan-rakan sekerja dalam sekolah praktikum anda. Membuat Nota Merenung sebentar Apakah kritikan terhadap amalan

Teori Keepribadian Mulia ? Amalan jalan tengah dikatakan tidak dapat memberi bimbingan dan nasihat yang praktikal kerana apa yang dianggap patut dan sederhana adalah tidak jelas. Kerumitan ini meruncing apabila seseorang melakukan sesuatu yang melibatkan orang lain. (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999)

You might also like