You are on page 1of 6

PUISI TRADISIONAL : PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi. Ikan siakap ikan senohong, Banyak cakap banyak bohong. Pecah kaca pecah gelas, Sudah dibaca harap balas. Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Pagi petang siang malam, Hati teang senag faham. Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian kena kemas. Buah cempedak dalm gantang, Siapa hendak dia dating. Periuk belanga pasu kuali, Busuk hendak menipu mencuri. Saya kata itik, awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam. Md. Ali Bachik (Penyelenggara) Antologi Kasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.

1. Apakah keburukan orang yang banyak bercakap? A. Dibenci orang C. Akan berbohong B. Akan berbohong D. Menyesal kemudian hari 2. Jika kita berani melakukan sesuatu, kita perlu.. C. menanggung akibatnya A. berfikir lebih mendalam B. memikirkan akibatnya D. yakin terhadap perbuatan yang kita lakukan 3. Penulis surat selalu mengharapkan surat yang ditulis akan mendapat.. A. ulasan B. pujian C. balasan D. peringatan Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian kena kemas. 4. Berdasarkan pantun di atas, kita diharapkan mempunyai nilai B. berdikari C. kasih sayang D. tolong-menolong A. rasional 5. Pernyataan yang berikut merupakan persoalan kepada pantun ini kecuali A. Kepentingan menghargai masa B. Jika mahu sesuatu perlu berkirim salam C. Sudah diberikan peringatan baru hendak senyap D. Sanggup menghadapi risiko sesuatu yang dilakukan

PUISI TRADISIONAL : SYAIR KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN

Deli tua negerinya itu, Kotanya kukuh berpagar batu, Pasarnya ramai bukan satu, Tiada berbanding pada zaman itu. Baginda berputera tiga orang jua, Laki-laki konon putera yang tua, Puteri cantik putera kedua, Parasnya elok jarang tersua. Putera yang bongsu laki-laki jua, Parasnya elok tiadalah dua, Menarik hati orang semua, Dikasihi rakyat muda dan tua. Adapun akan dulu baginda, Isterinya lama sudah tiada, Banyak dicari gadis dan janda, Hati baginda penuju tiada. Beberapa lama demikian itu, Di atas takhta konon sang ratu, Dengan kehendak tuhan yang satu, Baginda pun gering suatu waktu. Baginda nan gering bukan kepalang, Badannya kurus tinggallah tulang, Tabib pun selalu dating berulang, Mengubati baginda raja terbilang.

Tabib berusaha bersungguh hati, Menolong baginda raja berbakti, Sudahlah takdir Rabbulizzati, Penyakit tak dapat diubati. Pertolongan tabib tiada berfaedah, Semakin payah sultan yang syahdah, Ajal baginda hampirlah sudah, Ke negeri yang baqa akan berpindah. Dengan hal yang demikian itu, Penyakit` menggoda setiap waktu, Ubat pun tiada dapat membantu, Baginda pun mangkat ketika itu.

Baginda berpulang ke rahmatullah. Takhta kebesaran semua tinggallah, Harta dunia sudah terjumlah, Kepada yang alin diberikan Allah. Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari (Penyelenggara) Antologi Kasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.

1. Pernyataan yang berikut berkaitan dengan negeri Deli dalam rangkap pertama, kecuali A. kotanya berpagar batu C. kewujudannya belum begitu lama B. mempunyai banyak pasar D. negeri lain tidak terlawan akan kehebatannya 2. Sultan Sulaiman jatuh gering kerana A. Penyakitnya tidak akan sembuh lagi B. Baginda tidak mahu untuk berubat

C. Kegagalan tabib mengubatinya D. Takdir dan kehendak Tuhan

3. Rabbulizzati dan rahmatullah merupakan perkataan bahasa A. Asing B. Arab C. Klasik D. Harian 4. Yang berikut merupakan persoalan daripada rangkap keempat dalam syair, kecuali A. Seorang suami yang telah kematian isteri C. Hatinya belum terbuka kepada seseorang

B. Masih gagal mencari isteri baharu

D. Kesetiaan hanya sementara waktu sahaja

5. Tema Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman ialah A. Kemangkatan Sultan Sulaiman setelah melalui berbagai-bagai usaha B. Kematian tidak dapat dielakkan oleh sesiapa juga C. Kesedihan Sultan Sulaiman sebelum mangkat D. Sejarah kemangkatan pemerintah Deli Tua

SAJAK : DIARI LAMA

Di halaman diari ini aku hayati selembar tulisan tentang perjuangan bertitis air mata mengalir namun tak sederas darah yang tertumpah.

diulit riang bersalut hiba Dataran Merdeka menyambut suka gagah perbarisan anak-anak Malaysia mengayun langkah menongkah persada riang di naungan nusa, makmur setiap ketika sampai bila-bila SMahadzir Antologi Kasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009

Di naunagn panji yang megah kutegakkan cinta dan kasih sayang anak bertuah bumi merdeka pada semarak ulang tahun

1. Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap pertama sajak Diari Lama? A. Penyajak berasa pilu apabila mengamati satu tulisan dalam diari lama tentang perjuangan namun tidak dapat menandingi darah pejuang yang telah terkorban B. Penyajak dapat menyelami erti dan makna perjuangan oleh pejuang terdahulu C. Penyajak ingin menjadi pejuang seperti pejuang terdahulu D. Penyajak menitiskan air m,ata kerana dapat mengerti keperitan pejuang terdahulu

Pada semarak ulang tahun diulit riang bersalut hiba 2. Baris di atas membawa maksud A. Kegembiraan dan kesedihan pada hari ulang tahun B. Bersama-sama menyambut hari kemerdekaan C. Rasa sedih dan gembira menyambut hari kebangsaan D. Berkongsi kesedihan dan kegembiraan pada hari bersejarah 3. Nyatakan harapan penyajak terhadap Negara A. Kekal makmur C. Maju dan berdaulat B. Keamanan terbela D. Dalam naungan bangsa

4. Penggunaan tak dalam baris namum tak sederas darah yang tertumpah merupakan A. anafora B. sinkope C. metafora D. personafikasi 5. Antara pengajaran dalam sajak ini ialah A. Jasa perajurut perlu dikenang dan dihargai B. Anak muda perlu memohon menjadi tentera darat C. Rakyat perlu menyambut Hari Kebangsaan bersama para perajurit D. Kita perlu menghargai perjuangan para perajurit yang mempertahankan Negara CERPEN : KASUT KELOPAK JANTUNG

1. Apakah yang akan dirasai oleh Cikgu Harun sekiranya Ahmad berhenti sekolah? A. Merasakan telah gagal dalam kerjayanya B. Anak muridnya telah gagal dalam pelajaran C. Akan kehilangan kerjaya sebagai seorang pendidik D. Negara akan kehilangan murid yang cemerlang dalam pelajaran 2. Ketika mahu menuju ke rumah Ahmad, Cikgu Harun membayangkan A. Kehidupan Ahmad amat sukar B. Kesukaran Ahmad ke sekolah tanpa kasut C. Kaki Ahmad akan luka kerana tidak berkasut D. Perjalanan ank muridnya ke sekolah amt meletihkan 3. Pernyataan yang berikut merupakan perwatakan Cikgu Harun, kecuali A. Mudah berasa kasihan C. Mementingkan diri sendiri B. Mementingkan pendidikan D. Memikirkan nasib anak muridnya 4. Pengajaran yang diperoleh daripada petikan di atas ialah A. Pendidikan tidak sekadar di sekolah B. Jangan putus asa menghadapi cabaran C. Kita perlu menderma wang yang kita miliki D. Guru perlu menyelesaikan masalh anak murid 5. Nyatakan peleraian cerpen Kasut Kelopak Jantung A. Hubungan Cikgu Harun dan Ahmad akhirnya pulih seperti asal B. Ahmad tidak dating ke sekolah selama beberapa hari kerana malu C. Cikgu Harun mencari Ahmad di rumahnya di kawasan pedalaman D. Cikgu Harun membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut untuk Ahmad

DRAMA : SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN

1. Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada Sabtu pertama ketibaan Abe, kecuali A. Kamal meminjam wang daripada ibunya B. Kamal menemami Abe ke Bandar C. Kamal tidak menghadiri sesi latihan badminton D. Kamal pulang ke rumah pada waktu malam 2. Apakah kegusaran yang terdapat dalam diri Kamal? A. Abe sudah berubah C. Abe tidak banyak bercakap B. Abe tidak semesra dulu D. Abe seperti menyembunyikan sesuatu 3. Antara yang berikut, yang manakah bukan peristiwa yang berkaitan dengan Abe? A. Abe kelihatan murung B. Abe mengajak Kamal ke Bandar C. Abe gembira tinggal di Kelantan D. Abe bersekolah di sekolah yang sama dengan Kamal 4. Berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam petikan, kecuali C. Bandar Kuantan A. Rumah Abe B. Rumah Kamal D. Kuantan Parade 5. Pengajaran yang terkandung dalam petikan ialah A. Kita haruslah tabah dalam menghadapi cabaran B. Kita haruslah menghormati dan menjaga hati kawan C. Kita haruslah berani dalam membuat sesuatu keputusan D. Kita haruslah bertanggungjawab jika melakukan sesuatu

TATABAHASA KATA ADJEKTIF 1. Abang memberitahu adik bahawa bola ragbi berbentuk ___ A. lonjong B. leper C. bulat

D. petak

2. Pokok rambutan yang ___ di halaman rumah kami di tanam oelh Pak Ghani A. pendek B. lebar C. rendang D. rendah 3. Memandangkan kesemua biskut tersebut berbau ____, Puan Salwa terus membuangnya ke dalam tong samapah. A. hanyir B. hangit C. busuk D. tengik

4. Telapak tangannya menjadi ___ kerana sering membantu ibunya di kebun A. kusut B. kasar C. kesat D. keras 5.

You might also like