You are on page 1of 3

.

Assalamualaikum wrm wbt

Diharap agar dapatlah kita sebar-sebarkan risalah ini kepada


rakan-rakan
muslimah atau adik-adik perempuan kita..insyaAllah punya
manfaatnya….

Peringatan Buat Saudariku......

Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,


tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik
perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun......
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap
sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya......

Saudariku.....Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi


setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada
Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa
ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada

lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang


tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu
yang terdedah ......umpama sebutir permata yang didedahkan
buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu
bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk
melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang
terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan
setiap insan yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah

yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang


bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau
miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang
ada ...

Namun ingatlah saudariku....sesiapa yang inginkan kebaikan


maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu,
yang Penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan
istiqomah..........

Saudariku.....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada


kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan
dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat
membentingimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang
bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang
lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum
lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah


berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan
orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan
tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu
sebaris dengan kaum Adam...

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah


yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan
mu.....

Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan


menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai
diantara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak
salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia
sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala
murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya
kerana sebuah cinta...

Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"


cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan
perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta
itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT...
Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu
, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang
berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami
proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan


terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada
penciptamu............

Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap

makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang
pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan
bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah
kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam
seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu
mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah
muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak


dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu


Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi
untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal ,
kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta

pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang


kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia
sendiri.
"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT
PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA
MAHARNYA......"

You might also like