You are on page 1of 2

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan

malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan


mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik Umno mula bercerita
tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama,
sukaduka,susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya,
bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita
tempuh, abang amat menyayang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik
bermain-main di benak abang ni dan abang selau bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang
dgn abang selama ni?
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya
itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku
pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agakterkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan
memang berniat utk memaafkan isterinya,"bagaimana boleh terjadi 3
kali tu Maria?" Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita
lama, "abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah
dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah
kita hampir nak dirampas oleh bank" "ya, abang ingat peristiwa tu"
jawab si suami" si isteri menyambung cerita, "abang pasti ingat yg
pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya,
bank tu tak jadi rampas rumah kita,malah bagi tambahan pinjaman utk
abang mulakan perniagaan.."

"emmmm..sukar buat abang menerima kenyataan ini,tapi abang


maafkan Maria kerana apa yg Maria buat tu untuk masa depan kita
jugak", kata si suami,"kali ke 2 pulak?"

"abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan


dalam otak abang tu, dan kita tak dapat buat apa apa sebab tak
mampu biaya duit pembedahan?" si isteri menyambung cerita, "ya,
abang ingat" jawab si suami"kalau macam tu, abang pasti ingat yg
Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat
pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apapun."

"oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan,tapi abang tetap


maafkan Maria sebab apa yg Maria buat tu untuk masa depan kita
jugak dan kerana sayangkan abang jugak..yang kali ke 3 macam mana
pulak? ", kata si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah," abang,


ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang
perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak..!!

You might also like