You are on page 1of 1

TANGGAPAN

Pada Suatu Hari Shahrul Pergi Ke Teluk Intan Dan Ingin menaiki bas Ke Bagan Datoh
Untuk Pergi Kerumah Kawannya. Hari Itu Merupakan Hari Pertama Shahrul
Menjejakkan Kakinya Di Teluk Intan Dan Dia Langsung Tidak Tahu Bas Apa Yang Perlu
Di Naiki Untuk Pergi Ke Bagan Datoh Pula. Shahrul Merupakan Seorang Lelaki Yang
Kacak Dan Sempurna Sifat Fizikalnya, Tetapi Shahrul Adalah Seorang Lelaki Yang
Sengau. Oleh Kerana Shahrul Tidak Tahu Bas Untuk Pergi Ke Bagan Datoh, Lalu
Shahrul Pun Berjumpa Dengan Seorang Gadis Cantik Yang Kebetulannya Ingin Menaiki
Bas Di Bus Stand Tersebut.Sebenarnya Gadis Tersebut Juga Akan Menaiki Bas Yang
Akan Shahrul Naiki.Maka Bermulalah Dialog Antara Mereka Berdua:
Shahrul : "Saudari Tumpang Tanya, Kalau Nak Ke B.Datoh Naik Bas Yang Mana
Satu?"(Dengan Suara Sengaunya)
Gadis Tersebut : "Emmmmmm..." (Tersenyum-Senyum Memandang Shahrul)
Shahrul : "Maaf Kan Saya Bertanya, Bas Nak Ke B. Datoh Yang Mana Satu? "(Dengan
Suara Sengaunya)
Gadis Tersebut : (Masih Tersenyum-Senyum Memandang Shahrul)
Shahrul: "Kau Menghina Aku Yer???..Tak Per..... Suatu masa nanti engkau tahu Tuhan
akan membalasnya... Bentak Shahrul Dengan Suara Sengaunya Kerana Begitu Marah
Kepada Gadis Tersebut Yang Tersenyum-Senyum Memandang Kearahnya Apabila Dia
Bertanya. Dan Kemudian Dia Berlalu Untuk Bertanya Kepada Orang Lain.
Rupa-Rupanya Gelagat Gadis Tersebut Telah Diperhatikan Oleh Seorang Mak Cik Yang
Tidak Jauh Dari Situ. Timbullah Ketidakpuasan Hatinya Lantas Bertemu Gadis Tersebut
Utk Bertanyakan Perkara Yang Sebenar.
Mak Cik Tersebut : "Anak, Kenapa Anak Tidak Menjawab Pertanyan Anak Muda Itu
Tadi, Dan Tersenyum-Senyum Memandangnya, Bukankah Itu Perkara Berdosa?"
Apakah agaknya jawapan yang diberikan oleh gadis itu pada tanggapan anda ?
Gadis tersebut menjawab dengan jelas: "mak cik lebih baik saya tidak menjawabnya
daripada menjawab pertanyaan anak muda itu, kerana saya kuathir ia akan berfikir saya
cuba menyindirnya bahawa saya juga adalah sengau sepertinya" kata gadis tersebut
DENGAN SUARA SENGAUNYA...............
# Jangan kita mudah membuat tanggapan pada sesuatu perkara tanpa usul periksa yang
jitu.

You might also like