You are on page 1of 2

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari - Pusat Kegiatan Guru Seri Ampang

Pengkelasan di Pusat Sumber


Contributed by Azmir Salleh Friday, 10 July 2009 Last Updated Friday, 10 July 2009

- PENGELASAN Pengelasan merupakan satu proses untuk mengorganisasikan atau menyusun bahan-bahan sama ada berbentuk buku atau pun bahan bukan buku. Ia disusun setempat atau berhampiran mengikut perkara yang berhubungan dengannya. Segala bentuk koleksi yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah hendaklah diorganisasikan dengan baik dan dapat merangkumi semua bidang pengetahuan dan sistem pengelasan yang digunakan mestilah diketahui serta memberi faedah kepada pengguna. Sistem pengelasan yang baik dan mudah difahami dapat membantu pengguna dalam mencari bahan atau menyimpan bahan dengan mudah dan cepat. Oleh itu pengguna dapat mengenali dan mengetahui jenis bahan yang berada di Pusat Sumber Sekolah mengikut topik-topik tertentu. - Sistem Pengelasan Ada banyak sistem pengelasan yang digunakan tetapi system yang paling popular digunakan adalah seperti berikut: i) Sistem pengelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification System). ii) Library of Congress Classification System. - Apakah tujuan diadakan pengelasan? a) Menyusun bahan-bahan buku dan bukan buku dalam satu susunan yang teratur dan sempurna. b)Bahan-bahan yang serupa dan sejenis disusun atau diletakkan ditempat yang sesuai secara teratur. c) Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengakses atau mencari bahan dengan mudah dan cepat. d) Mengetahui bilangan koleksi sesuatu bahan dalam himpunan yang sama secara sistematik. e) Memudahkan pustakawan menyemak stok bahan buku dan bukan buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah melalui kad senarai rak. f) Dapat membantu dalam menambahkan koleksi atau proses pilih buang.

- Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC) Pada tahun 1873 sistem ini telah dicipta oleh seorang yang bernama Melvil Dewey. Sistem ini merangkumi semua bidang pengetahuan dan dapat memberi ruang pada perkara-perkara yang barudari masa ke semasa. DDC telah diperkembangkan, diselenggara dan digunakan dalam Decimal Classification Division of Library of Congress di mana lebih 100,000 nombor DDC diberi kepada karya-karya yang diperolehi oleh Library of Congress. Di Amerika Syarikat nombor DDC dimasukkan dalam rekod-rekod MARC (Machine Readable Catalog) dan diedarkan kepada perpustakaan melalui pita komputer. Dalam DDC seluruh bidang pengetahuan dipecahkan kepada 10 bahagian utama seperti yang disenaraikan dalam ringkasan pertama. Seterusnya setiap bahagian tadi dibahagikan kepada 10 bahagian pula yang dikenali sebagai Senarai Ringkasan Kedua. Kemudian setiap perkara dalam ringkasan kedua dibahagikan kepada perkara yang lebih terperinci dan lebih spesifik seperti ringkasan ketiga dalam buku DDC. Bahagian atau kelas utama tadi dipecahkan kepada 10 bahagian yang bermula dengan nombor 0 – 9 .Jumlah digit yang diambil kira adalah dua dimana digit yang kedua menunjukkan pembahagian Contoh : 300 - digunakan bagi Karya Am Sains Kemasyarakatan 310 - untuk Perangkaan 320 - untuk S 390 - untuk Adat resam tatasusila dan budaya Seterusnya setiap bahagian pula boleh dipecahkan lagi kepada 10 seksyen.Bermula dengan 0 – 9 . Digit ketiga - - - menunjukkan seksyen 330 - digunakan untuk karya am ekonomi 331 - untuk ekonomi buruh 332 - untuk ekonomi kewangan 333 - untuk ekonomi tanah 339 - untuk ekonomi makro Bagi nombor-nombor yang melebihi dari tiga digit satu titik perpuluhan diletakkan selepas digit yang ketiga.Keadaan ini merupakan pembahagian yang selanjutnya pada nombor-nombor kelas untuk jadikan nombor lebih terperinci atau lebih spesifik bidangnya - Dalam ringkasan pertama ada 10 kelas pertama Kelas utama Perkara 000 yang berkaitan 200 Agama 300 Sains Kemasyarakatan 40 700 Kesenian 800 Kesusasteraan 900 - Ringkasan Kedua Ia mempunyai 100 bahagian.Dalam ringkasan kedua setiap kelas utama mempunyai 10 bahagian yang menggunakan nombor 0-9.Nombor yang menandakan bahagian adalah nombor yang kedua dalam notasi Kelas utama Perkara 500 Sains Tulen 510 Ilmu Hisab 520 Astronomi 530 Fizik 540 Kimia 550 Sains Bumi 560 Sains Hayat 570 Sains Tumbuhan 590 Sains Haiwan

- Ringkasan Ketiga Ringkasan ketiga setiap bahagian dipecahkan kepada 10 bahagian kecil angka tersebut adalah yang ketiga dalam notasi nombor pengelasan. 511 Prinsip Am 512 Algebra dan Teori Angka 513 Kira-kira
http://pkgseriampang.org/portal Powered by Joomla! Generated: 27 February, 2012, 07:31

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari - Pusat Kegiatan Guru Seri Ampang

514 515 516 517 518 519

Topologi Analisis Geometri Belum ditentukan Belum ditentukan Ilmu Hisab Gunaan & kebarangkalian

- Cara Pengelasan 1. Pilih nombor DDC seperti berikut : a) Tentukan bahagian utama bidang berkenaan. b) Dapatkan bahagian kecilnya. c) Pilih nombor yang paling tepat. 2. Letakkan bahan di bawah nombor pengelasan yang anda fikir paling sesuai dan akan dicari oleh ramai pengguna. 3. Jika lebih daripada satu perkara atau aspek dibincangkan. 4. Pilih satu nombor pengelasan yang dapat merangkum semua perkara atau aspek tersebut. 5. Pilih perkara yang ditegaskan melalui jumlah mukasurat, ataupun perkara yang mencerminkan hasrat penulisnya. 6. Jika dua perkara diberi penekanan yang sama, pilih mana yang sebut dulu.

- Panduan Am Pengelasan Sesebuah buku atau bahan itu perlulah diberikan nombor pengelasan yang anda fikir paling sesuai dan yang akan dicari oleh ramai pengguna. Anda hendaklah ada alasan mengapa sesebuah buku atau bahan itu diletakkan pada nombor yang anda pilih itu.

- Bahan-Bahan Khas Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengelasannya. Nombor pengelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899.23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS, terutamanya di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.

- Bahan Khas (Bentuk Bahan) Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti kaset video, kaset audio, cakera padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya. Contoh; CD782.42 – Cakera padat lagu MelayuVID591.5 – Pita video mengenai Gajah

- Pengelasan – Panduan Am Mana-mana system pengelasan boleh diguna pakai asalkan : 1. Manasabah 2. Membantu pengguna mengesan bahan 3. ‘User friendly’ 4. Nombor Panggilan ialah alamat kepada bahan-bahan dalam pusat sumber. Ia terdiri daripada : 1. Nombor Pengkelasan 3 Abjad awal ‘entry utama’. 2. Biasanya ia ditulis / dipaparkan di bahagian bawah tulang (spine) buku.

- Kaedah Pengelasan Untuk mengelas buku atau bahan pandang dengar, perkara-perkara berikut perlu diperhatikan : a) Tentukan perkara buku yang hendak dikelas itu dengan menimbangkan perkara-perkara berikut : i. Karya itu sendiri – dengan membaca jadual kandungan, pendahuluan, ciri-ciri istimewa teks atau tajuk. ii. Maklumat daripada punca lain (buku rujukan orang yang pakar dalam perkaraitu). Pilih nombor pengelasan DDC mengikut langkah-langkah berikut : i. Tentukan secara umum bidang atau kelas ilmu yang berkenaan. ii. Cari bahagian yang sesuai dalam kelas atau bidang itu. iii. Pilih nombor yang paling tepat dengan perkara buku itu. Jika lebih daripada satu aspek yang dibincangkan dalam buku itu, pilih satu cara i. Pilih satu nombor yang tepat merangkum semua aspek. ii. Pilih perkara yang ditegaskan atau mencerminkan tujuan penulis. iii. Jika kedua-dua perkara ditekan, pilih yang disebut dahulu. berikut :

b)

c)

http://pkgseriampang.org/portal

Powered by Joomla!

Generated: 27 February, 2012, 07:31