You are on page 1of 24

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS KANAK-KANAK ( Kemahiran menulis dan melukis )

1. FARIZAM BT MOHD NOOR 2. HALIMATUN SAADIAH BT HASSAN 3. SITI SURAIDA BT JAMARI

PENGENALAN
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Peringkat Kemahiran Menulis


Peringkat Pramenulis Peringkat Mekanis Peringkat Pelahiran

Peringkat Pramenulis Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan. Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

Menyambung titik Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. Latihan membentuk garisan lurus Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis gambar

Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut: Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis. Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus. Latihan menulis huruf dalam suku kata. Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. Latihan menamakan gambar-gambar. Latihan menyalin frasa atau ayat. Latihan menyalin ayat daripada buku.

Peringkat Pelahiran Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

Contoh Aktiviti: Menulis jawapan pemahaman Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata Melengkapkan ayat.

PERKEMBANGAN OTOT HALUS dan KOORDINASI MATA DAN TANGAN


Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan tangan Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan tangan, iaitu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis.

KEPENTINGAN
Membina otot-otot tangan dan jari Membina koordinasi mata, jari dan tangan Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan Bermain dengan bongkah atau blok binaan Mewarna bentuk, corak dan objek Melakukan aktiviti permainan air dan permainan pasir

FAEDAH PERGERAKAN MOTOR HALUS


Dapat meningkatkan keupayaan membina koordinasi di antara mata dan tangan Menggunakan otot-otot untuk membina sesuatu objek Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan harian mengezip, membutang Dapat menggunakan peralatan melukis dan menulis dengan betul

KEBOLEHAN MEMEGANG ALAT TULIS


Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menggenggam alat tulis kerana otot halus mereka masih lagi belum matang. Setelah otot halus mereka matang kanakkanak akan diajar cara memegang alat tulis dengan betul dan kemudian guru akan menyuruh mereka menconteng dengan cara memegang alat tulis dengan betul.

Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka Contengan adalah merupakan asas kebolehan menulis Sambil kanak-kanak mempelajari tentang fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai wakil bunyi (suara), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan Kebolehan yang mereka dapati daripada contengan lukisan itu digunakan untuk meniru huruf yang mereka lihat dalam bacaan mereka

KEBOLEHAN MEMBUAT LAKARAN ASAS (basic stokes) DAN PERSEPSI ABJAD / NOMBOR

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MELUKIS

KANAK-KANAK DAN MELUKIS

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahamanmereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.

(b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali.

(c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.

(d) Peringkat Visual Realism Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.