You are on page 1of 2

IP tutorial 5 Pn Clem, mengajar murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang berusia 11-13 tahun. Pn.

Clem menganggap pelajar-pelajarnya seperti sebuah keluarga. Dia sering merungut kepada pelajar tentang beban dan peraturan. Pada bulan Mac, Cik Cathy telah mula bertugas di situ dibawah pemantauan Pn. Clem yang mempunyai pengalaman pengajaran selama 20 tahun. Pada hari itu, Pn. Clem memperkenalkan Cathy kepada pelajar-pelajarnya. Cathy berasa gembira kerana pelajar-pelajar tersebut dapat menerima dia, tetapi dia berasa Pn. Clem memperkenalkannya dengan cara yang tidak profesional. Dia berasa seperti Mascot dan bukan seperti guru yang perlu dianggap serius. Pn. Clem sebenarnya berat hati untuk memberi kelas tersebut kepada Cathy. Sehingga minggu ketiga setiap pembelajaran yang dijalankan oleh Cathy ditentukan oleh Pn. Clem. Cathy tidak dapat merancang P&Pnya sendiri. Pada hari berikutnya Pn. Clem meminta Cathy mengajar tentang Pendidikan Seks iaitu bahagian-bahagian tubuh badan manusia mengikut caranya. Namun Cathy berasa tidak setuju kerana Pn. Clem mengeluarkan fakta yang tidak betul. Cathy dapat merasakan bahawa Pn. Clem cemburu atau dengki kepadanya. Cathy telah merancang untuk mengajar pada 31 Mac. Apa yang ditakutinya ialah pengajaran yang dirancang tidak dapat dijalankan. Pada 30 Mac, Cathy dan Pn. Clem telah pergi berkursus tentang pembelajaran Sains. Pada masa itu, Pn. Clem membawa Science Kit bersamanya. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawa Science Kit tersebut pada hari Khamis 31 Mac. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa Science kit itu berada di kereta. Cathy ingin mengambilnya tetapi Pn. Clem tidak membenarkan, dan meminta Cathy membina BBB sendiri. Perasaan Cathy ketika itu ialah Pn. Clem tidak dapat menerima pendapat orang lain. Pada hari tersebut, semua pelajar bekerjasama melakukan tugasan English dan Kajian Sosial kerana Pn. Clem suka kepada aktiviti berkumpulan. Pada masa yang sama Cathy memberi peneguhan iaitu good work ticket @ token. Dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar bernama Jabar, dia suka membantah dan mengganggu kawan-kawannya supaya tidak dapat menyiapkan kerja, dan dia dapat menjadi orang pertama yang menyiapkan kerja. Jabar berkawan baik dengan Juny, yang selalu dipengaruhi tingkahlaku dan perangai Jabar. Semasa, mengganggu dia kawan-kawannya, Cathy menegur Jabar dengan sopan supaya dia tidak mengganggu rakan-rakannya lagi. Semasa waktu rehat Cathy mendapat sepucuk surat meminta maaf dari Jabar dan dia menerima teguran Cathy itu. Pada waktu kelas seterusnya Jabar menafikan dengan cara memberontak bahawa surat tersebut bukan dikirimi olehnya, tetapi ditulis oleh Juny. Semasa makan tengahari, Cathy duduk berborak dengan pelajar-pelajarnya, termasuklah Jabar. Tetapi, Jabar tidak mempedulikan kehadirannya. Walaupun Cathy cuba menegur dengan cara baik, Jabar tetap begitu. Oleh itu, jadi berasa bahawa dia perlu bertegas dengan pendiriannya (asertif). Pada kebiasaannya, semasa pembelajaran Sains, Pn.Clem akan menyuruh pelajarnya membaca dengan kuat, dan pada anggapan Cathy, jika Pn. Clem tidak membawa Science Kit

tersebut, aktiviti pembelajaran tidak dapat dijalankan. Semasa Cathy masuk ke dalam kelas dia mendapati Science Kit yang dia inginkan tiada di tempatnya. Cathy berasa marah dan tidak dapat memberi tumpuan kepada P&P. Perkara ini menyebabkan pelajar-pelajar yang sudah bersedia mendengar P&P Sains, berasa tidak puas hati dan mula bergaduh. (Jabar, Isaac dan Thomas). Walaubagaimanapun, Cathy cuba meleraikan pergaduhan mereka dan terus memulakan pembelajaran. Tiba-tiba Pn. Clem memarahi pelajar-pelajarnya dan menyuruh mereka menghormati Cathy. Sebagai denda Pn. Clem meminta mereka semua termasuk Jabar dan Thomas membuat surat meminta maaf dengan Cathy. Tetapi Jabar enggan dan terus meninggalkan kelas. Separuh daripada kelas sibuk menulis meminta maaf dan separuh lagi enggan. Cathy bertambah marah kerana dia amat memerlukan Sains kit itu, dan meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Akhirnya Pn. Clem menyuruh Cathy mengambil Sains kit itu bersama seorang pelajar, kerana ia berat. Cathy merasa sekiranya dia meninggalkan kelas dalam keadaan begitu, kelas akan menjadi kucar-kacir dan sukar dikawal, tetapi dia perlu mengambil masa untuk menyelesaikan masalah itu. Semasa Cathy dan Pn. Clem memilih pelajar yang sesuai untuk mengambil Sains kit di kereta berlaku sedikit perbalahan antara mereka. Kemudian Jabar dan Tai yang pergi mengambil Sains kit itu dan diiringi oleh Cathy. Cathy cuba menggunakan BBB tersebut, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan P&P yang dirancangnya. Semasa Cathy cuba mengawal murid-murid kelasnya. Cathy merasakan bahawa dia merasa semakin tertekan dengan sikap Jabar dan tidak memberi tumpuan, bising dan mengganggu rakan-rakan lain. kemudian, Jabar bangun dan keluar dari kelas. Apabila dia kembali semula dia lebih membuat bising dan mengganggu rakan-rakannya lagi. Dia kemudian keluar sekali lagi bersama Juny. Melihat keadaan itu, Pn. Clem telah menjerit dan menyuruh Jabar mesuk ke kelas segera dengan bahasa yang kasar, tetapi tidak dihiraukan. Setelah Jabar keluar Cathy mencari Jabar di dewan dan memberitahu bahawa disebabkan dia P&P kelas perlu diganti selama 20 minit semasa waktu rehat tengahari. Selepas itu, Cathy berbincang dengan Jabar. Dia hairan mengapa murid-muridnya bersikap begitu teruk. Selama 4 minggu dia mengajar, Cathy mula sedar bahawa terdapat kesan buruk akibat konflik yang melanda dia dan Pn. Clem. Kesan tersebut memberi kebolehan kepada Cathy untuk mengajar dan mengurus kelas. Akhir sekali Cathy berharap, hari esok akan lebih baik dari hari ini.

You might also like